Sekadar berkongsi suatu cerita (buat pengajaran semua. Di sebuah universiti, bukan di NZ, dan bukan di Wellington, ada satu mamat berbangsa bangla. Mulut manis, muka pun manis. Patutlah ramai budak melayu sangkut dengan bangla kat Malaysia. Sungguh baik budi pekerti. Bak kata pepatah melayu, "pukul nyamuk pun tak mati". Mamat ni sungguh prihatin dengan tajuk rakan-rakan yang lain. Sibuk sangat nak tahu apa orang lain buat, apa variable diorang dia test, apa paper diorang baca, apa isu nak di'counter'.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dalam diam habis semua variable dan model orang lain masuk dalam proposal dia. Ada yang menangis, ada pula yang geram, apabila tahu idea mereka di rampas mamat ini. Apa yang boleh buat ialah berdoa kepada NYA. Mohon Allah berikan tajuk yang lebih baik.
Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Doa orang yang dizalimi sentiasa dimakbulkan Allah. Dengan rahmatNYA, dapatlah orang yang teranaiya dengan tajuk yang lain. Mamat tersebut happy tak terkata bila proposalnya lulus oleh committee. Namun, bak kata pepatah melayu, "Disangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan ribut, puting beliung, ditengah hari". Research yang dijalankan oleh Mamat tu tak 'doable', sebab terlampau banyak variable.
Mengikut temubual dengan salah seorang mangsa rampasan, Beliau berkata" sebenarnya gua dah tahu projek tu banyak masalah kat measurement dia, tapi gua tak bagitahu dia, biar dia spent 6-10 bulan baru dia sedar.. padan muka".
Moralnya :- Jangan kebas idea orang lain.
- Jangan guna perkataan "padan muka", tidak baik. Ingatlah "Budi bahasa amat mulia"
semuga perjalanan mencari ilmu kawan-kawan ku dan juga ku di permudahkan Allah Maha Kaya...Amin....
ReplyDeleteKA yang aku kenal mana ada 'gubra'....VCD cerita 'gubra' pun takdak...he....
..hp....
Salam Khairul.
ReplyDeleteApa khabar? Ada berita baik ke dari supervisor?
Salam HP dan En. Halim,
ReplyDeleteTerima kasih,... berita baik tak ada,
Cuba sibuk sikit skarang sebab nak balik Malaysia... Yahooo...
Nanti saya datang melawat En. Halim ye.
Nak mohon pandangan dan nasihat En. Halim
pasal financial reporting kat Malaysia. . ok
sekian
Khairul
Assalamualaikum Khairul/ Wan
ReplyDeleteTak sabar tunggu awak berdua balik ke Malaysia. Nak mintak tolong ajar Datastream.
P/s Orang lain collect data untuk Phd, kita baru nak confirm. He..he
Tak pe, belajar tak mengira usia.[psst..nak sedapkan hati ni...]
Kak Roza,
ReplyDeleteRindunya! Lama tak dengar suara & bertemu mata. Hampir setiap hari saya singgah di blog kak Roza. Seronok betul baca cerita kisah-kisah lama...hehehe (tak sabar nak tunggu kisah kat UK tu ditulis). Cerita Arab punya 'ladies gathering' tu...sampai sekarang ingat lagi..hihihi.
Nanti kita jumpa + borak-borak + blajar datastream. InsyaAllah.
betulla...'manis sgt orgnya'. hampir terpedaya jugak hari tu....tapi, nasib mangsa rampasan cepat bertindak menyedarkan saya. c u guys at QARS!
ReplyDeleteSalam Khairul.
ReplyDeleteSilakan. Saya pun ada benda nak tanya pada Khairul ni. Mudah-mudahan kita dapat bertemu.