Sunday, April 18, 2010

Gila Kereta

Kami bukan gila kereta. Buktinya kami tidak pernah mengubahsuai kereta. Apa yang dibeli, itulah yang digunakan sehingga akhirnya. Apabila saya imbas kembali, banyak juga kereta yang telah kami beli sebelum ini. Semuanya adalah kerana keperluan. Antaranya ialah:

Proton Iswara (Harga RM 27k). Kereta ni kami gunakan sehingga Najmi berumur 6 bulan. Selepas itu kami bertukar kepada kereta yang lebih besar untuk mengisi buaian dan perkakasan 'baby Najmi' yang lain.

Proton Waja (Harga 65k). Kami gunakan selama lebih 5 tahun sebelum pergi ke NZ. Kereta ini banyak berjasa dan banyak berkhidmat untuk perjalanan jarak jauh Segamat-Lumut-Kota Bharu-Segamat. Cuma kereta ni selalu ada masalah pintu. Sepanjang tempoh 5 tahun kami guna kereta ni 4 kali tukar pembuka pintu, dan sekali motor power window.

Kancil 660cc (2nd Hand - RM16k). Kereta ni paling kerap kami gunakan meronda bandar Segamat. Apabila harga minyak mahal kami naik kereta ini sahaja. Kos minyak hanya RM 30 sahaja seminggu.

Subaru Outback (NZD 2.5k =RM 6.2k). Kereta ni kami pakai 2 hari sahaja. sebab enjin overheating. Beli dengan harga NZD 2500 dan jual semula dengan harga NZD 2700. Lepas tolak caj lain-lain, kami break even sahaja.

Nissan Bluebird (NZD 2k = RM5k). Kereta ini kereta lama tahun 1996. Enjin 1800cc. Bila naik rasa macam naik kereta Waja usia 5 tahun sahaja. [abg-abg Proton jangan marah ye]. Kereta ni dah habis ronda satu North Island, dan dah 2 kali buat ekspedisi ke Mount Ruapehu.

Honda Odyssey (Harga NZD 3350 = RM 8,375). Kereta ni tersangatlah ok. Najmi, Ainul, dan Imran pun sangat suka naik kereta ni, sebab lebih selesa dan luas. Saya pun kadang-kadang hairan juga bagaimana kereta jepun ni walaupun dah hampir 13 tahun masih tip-top lagi. Tak ada pulak pintu asyik rosak atau power window tak function..Lepas ni apabila balik Malaysia tak tahu nak beli kereta apa pulak, paling senang bawa sahaja balik Odyssey tu. Sebab Bibik pun boleh ikut jalan-jalan sekali .. ha ha.

3 comments:

  1. bagus tu idea. bwlah balik odyssey tu. nanti jadi kete nostalgia, memori di NZ. my sis in law just graduated in japan, also bring back odyssey(2nd hand masih tip top, about RM40K, tak pasti tahun berapa, rasa masih baru, cuma pernah sekali accident, so harga jatuh merudum di sana).

    ReplyDelete
  2. whwhwhwh....en k tlg bwa blik utk saya 1......pakai toyota wish ni x bape nak best la........biasa la, masa belum dpt diidam2 kan ...bila da dpt x tau nak hargai.......

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle Khairul dgn Auntie Wan.
    Ini Fairol, lama juga tak ketemu anda berdua.
    Last we meet when I was part1 in Segamat.

    Bila dikenang, terasa seperti abah dengan mama di rumah je. Mungkin tu sebab Fairol jarang pulang KL :-)
    btw, if anything Uncle can find me via fb or my blog.
    ym once a month pun blum tentu buka.
    Insyallah kita jumpa dilain waktu.

    ~Salam.

    ReplyDelete