Tuesday, October 13, 2009

Imran’s First Day at School

Semalam merupakan hari pertama Imran ke sekolah. Imran sungguh ‘excited’ kerana dapat bersama-sama dengan Ainul dan Najmi bersekolah. Kini Ainul tidak dapat mengejek dia sebagai ‘Baby’ lagi. Itulah kata-kata yang sungguh mengguris hati Imran. Ia selalu dilontarkan oleh Ainul apabila mereka bergaduh. Zaman tersebut telahpun berakhir. Dia kini adalah ‘big boy’ katanya.

Sorry Imran, Papa & Mama pun kena pergi sekolah juga. Nanti cikgu papa dan cikgu mama marah ..

Imran akan masuk ke kelas ‘Fireflies’ di bawah selian Ms Dunseath, manakala Ainul pula berpindah dari kelas ‘Fireflies’ ke ‘Glow Worm’ dengan Ms Nalder sebagai cikgunya. Itulah salah satu yang menariknya tentang bersekolah di sini. Anak-anak masuk ke sekolah selepas mereka menyambut birthday yang ke lima.

Imran gembira dapat bersekolah bersama Ainul dan Najmi.

Kebetulan semalam merupakan hari yang sangat sibuk bagi saya dan Deb. Kami berdua mempunyai ‘meeting’ dengan supervisor di sebelah pagi. Jadi kami tidak dapat menghantar Imran ke kelas beliau. Saya hanya ‘drop’ kan beliau di tepi jalan berhadapan dengan sekolah. Namun saya Saya dan Deb sangat yakin Najmi akan menguruskan Imran dengan baik. Najmi sangat bertanggung jawab.

3 comments:

  1. Wah, Imran dah big boy la, tp muka still cute mcm baby.. hehe :-). Bagusnya Abg Najmi dah boleh manage adik2. Kat sana br start sek. kan, kat Malaysia dah nak final exam, pastu dah long holiday.

    ReplyDelete
  2. Ha ha .. Imran dah 'big boy'. Tapi masih manja lagi. Ada beberapa alphabet dia tak baoleh cakap dengan betul lagi .. Sekolah kat sini akan cuti dari Krismas sampai bulan 2 tahun depan ..

    Macam mana baby ? Sihat ke ?

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday ami & imran

    ReplyDelete