Friday, October 23, 2009

Imran di Sekolah

Imran sungguh gembira bersekolah. Setiap kali habis sekolah, dia akan bermain sebentar di Playground sebelum pulang ke rumah. Selain itu, aktiviti 'swimming' juga sangat mengembirakan Imran. Sudah 2 minggu, setiap hari Jumaat, Imran akan pergi menaiki bas ke 'swimming pool'. Saya tidak ikut serta. Semua diuruskan oleh guru dan ibu-bapa yang berkelapangan.

Pada minggu ini juga, ada aktiviti rock climbing di sekolahnya. Imran, Najmi dan Ainul sungguh gembira. Saya sendiri tidak tahu bagaimana mereka melakukkannya, yang pasti, ada jurulatih yang membantu. Semalam Imran membawa pulang satu 'sijil'. Ia sesuatu budaya yang biasa di sini. Setiap minggu ada sahaja pelajar yang akan menerima hadiah dan sijil semasa perhimpunan sekolah.

Saya teringat kembali zaman persekolahan dahulu. Ia adalah sesuatu yang sangat menakutkan apabila tidak siap 'homework' subjek lukisan, jawi, atau dan lain-lain subjek. Pasti akan kena rotan atau kena pulas kat perut. Kalau datang lambat kena ambil nama dengan pengawas dan kena marah dengan guru kelas. Kalau kuku panjang, nescaya kena ketuklah jari tersebut. Di sekolah mereka tiada pengawas. Yang ada hanya pelajar senior yang menjadi 'traffic patrol', iaitu bertugas menjaga lalu-lintas jalan raya.

4 comments:

  1. Wan - Khairul,

    Saya kehilangan kad kredit yang saya bayar blog saya. U punya OK tak?

    ReplyDelete
  2. Salam Prof,

    Blog saya ok. Saya dah guna kad kredit baru.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam khairul,
    Apa khabar? lama tak jenguk sini. InsyaAllah kami akan ke welly first nov nih, utk urusan birth cert baby... kami berlima shj, sy, dina, ajeep dan 2 babies.. insyaAllah kami bertandang di rumah pn STJ, if berkesempatan bole ler kita berjumpa yea.. cuma kami tak lama, isnin petang kami da balik auckland semula..
    wassalam

    ReplyDelete
  4. Jemputa datang ke rumah. Nanti saya call ok;

    ReplyDelete