Pada 25 Oktober yang lalu (Jumaat), Imran menyambut birthday beliau di kindergarten. Kebetulan hari itu juga merupakan hari terakhir semester itu sebelum bercuti selama 2 minggu. Apabila semester baru dibuka nanti (12 Oktober 2009), Imran akan mula bersekolah. Ia merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Imran dan juga oleh kami sekeluarga.
Mulai 12 Oktober, ketiga-tiga anak kami akan bersekolah di sekolah yang sama. Ia merupakan satu kelegaan yang saat besar kepada kami. Ia akan dapat menjimatkan masa untuk mengambil dan menghantar mereka. Teringat saat mula tiba di New Zealand, semua mereka berada di sekolah/sesi yang berlainan. Saya terpaksa menumpukan seluruh perhatian kepada hal persekolahan anak-anak. Bayangkan betapa sibuknya jadual ketika itu.
8.30 pagi- Hantar Ainul ke kindergarten
8.55 pagi - Hantar Najmi ke Sekolah
12.30 petang - Ambil Ainul dari Kindergarten
1.30 petang - Hantar Imran ke kindergarten
3.00 petang - Ambil Najmi dari sekolah
3.15 petang - Ambil Imran dari kindergarten.
Apabila saya mula menyambung pelajaran, Uncle Niklin dan Auntie Dar mengambil alih tugas tersebut. Bersyukur kepada Allah swt dan jutaan terima kasih kepada Uncle Niklin dan Auntie Da kerana menjaga mereka. Uncle Niklin dan Auntie Da tidak pernah 'menepis' setiap kali saya menelefon meminta 'tolong' mereka mengambil dan menjaga anak kami. Itulah antara rahmat Allah yang sangat besar bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah masa tersebut telah berlalu. Kini kami hanya perlu menghantar mereka pada pada 8.55 pagi dan mengambil semula pada pukul 3.00 petang. Hidup semakin mudah. Kami bersyukur kepada Nya.
No comments:
Post a Comment