Kalau keadaan ini terus kekal begini, maka ramailah pelajar-pelajar PhD yang berkeluarga terpaksa belajar 'part-time' sahaja, sebab kena cari kerja part-time atau kerja full-time untuk cover kos sara hidup yang semakin tinggi.
Wednesday, October 28, 2009
Menggila
Friday, October 23, 2009
Imran di Sekolah
Saya teringat kembali zaman persekolahan dahulu. Ia adalah sesuatu yang sangat menakutkan apabila tidak siap 'homework' subjek lukisan, jawi, atau dan lain-lain subjek. Pasti akan kena rotan atau kena pulas kat perut. Kalau datang lambat kena ambil nama dengan pengawas dan kena marah dengan guru kelas. Kalau kuku panjang, nescaya kena ketuklah jari tersebut. Di sekolah mereka tiada pengawas. Yang ada hanya pelajar senior yang menjadi 'traffic patrol', iaitu bertugas menjaga lalu-lintas jalan raya.
Wednesday, October 14, 2009
Earthquake di Wellington
Tuesday, October 13, 2009
Imran’s First Day at School
Sorry Imran, Papa & Mama pun kena pergi sekolah juga. Nanti cikgu papa dan cikgu mama marah ..
Imran akan masuk ke kelas ‘Fireflies’ di bawah selian Ms Dunseath, manakala Ainul pula berpindah dari kelas ‘Fireflies’ ke ‘Glow Worm’ dengan Ms Nalder sebagai cikgunya. Itulah salah satu yang menariknya tentang bersekolah di sini. Anak-anak masuk ke sekolah selepas mereka menyambut birthday yang ke lima.
Kebetulan semalam merupakan hari yang sangat sibuk bagi saya dan Deb. Kami berdua mempunyai ‘meeting’ dengan supervisor di sebelah pagi. Jadi kami tidak dapat menghantar Imran ke kelas beliau. Saya hanya ‘drop’ kan beliau di tepi jalan berhadapan dengan sekolah. Namun saya Saya dan Deb sangat yakin Najmi akan menguruskan Imran dengan baik. Najmi sangat bertanggung jawab.
Monday, October 5, 2009
Hari sibuk yang telah berlalu
Pada 25 Oktober yang lalu (Jumaat), Imran menyambut birthday beliau di kindergarten. Kebetulan hari itu juga merupakan hari terakhir semester itu sebelum bercuti selama 2 minggu. Apabila semester baru dibuka nanti (12 Oktober 2009), Imran akan mula bersekolah. Ia merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Imran dan juga oleh kami sekeluarga.
Mulai 12 Oktober, ketiga-tiga anak kami akan bersekolah di sekolah yang sama. Ia merupakan satu kelegaan yang saat besar kepada kami. Ia akan dapat menjimatkan masa untuk mengambil dan menghantar mereka. Teringat saat mula tiba di New Zealand, semua mereka berada di sekolah/sesi yang berlainan. Saya terpaksa menumpukan seluruh perhatian kepada hal persekolahan anak-anak. Bayangkan betapa sibuknya jadual ketika itu.
8.30 pagi- Hantar Ainul ke kindergarten
8.55 pagi - Hantar Najmi ke Sekolah
12.30 petang - Ambil Ainul dari Kindergarten
1.30 petang - Hantar Imran ke kindergarten
3.00 petang - Ambil Najmi dari sekolah
3.15 petang - Ambil Imran dari kindergarten.
Apabila saya mula menyambung pelajaran, Uncle Niklin dan Auntie Dar mengambil alih tugas tersebut. Bersyukur kepada Allah swt dan jutaan terima kasih kepada Uncle Niklin dan Auntie Da kerana menjaga mereka. Uncle Niklin dan Auntie Da tidak pernah 'menepis' setiap kali saya menelefon meminta 'tolong' mereka mengambil dan menjaga anak kami. Itulah antara rahmat Allah yang sangat besar bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah masa tersebut telah berlalu. Kini kami hanya perlu menghantar mereka pada pada 8.55 pagi dan mengambil semula pada pukul 3.00 petang. Hidup semakin mudah. Kami bersyukur kepada Nya.
Sunday, October 4, 2009
Open House: Aidil Fitri
Rumah Terbuka Bersama (Saya, Shahrizal dan Niklin)
Antara tetamu yang hadir: tak muat jadi kena lepak kat dapur
Shah, Iskandar dan Adi khusyuk mendengar taklimat keselamatan oleh Tuan Lt. Col
Imran celebrate Birthday di tengah kesibukan open house ini
Khusyuk mendengar celoteh dari Datin (isteri Duta Malaysia di NZ)
Adik Azzah gembira beraya di Wellington
Ainul pun sempat celebrate birthday yang ke 6.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 10 malam. Kami sungguh gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke open house ini. Jika ada sebarang kekurangan kami mohon maaf. Sekian.
News: Lawatan Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan
Gambar ini gambar gantian. Untuk gambar asal di Bernama sila klik di sini
Wellington, 3 Oktober.-- Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan (kiri) menerangkan sesuatu kepada Presiden Pelajar Pasca Siswazah Wellington Khairul Anuar Kamarudin (tengah) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Datuk Hasnuddin Hamzah (kanan) selepas pertemuan dengan pelajar Malaysia di Wellington di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia New Zealand di sini.
sumber : Bernama
Lebih lanjut sila klik di sini