Sunday, September 13, 2009

Gotong Royong - Ifthar - Malaysia

Semalam 13 September 2009, satu acara gilang gemilang berlangsung di Masjid Wellington. Inilah kali pertama masyarakat Malaysia mengadakan majlis Ifthar untuk masyarakat Islam di Wellington. Sejak awal-awal pagi lagi, seluruh keluarga Hicom, Post-Grads, Undergrads, komuniti melayu wellington dan sahabat melayu Islam lain bertungkus lumus menyediakan juadah untuk berbuka.

Team (Grape) tekun dalam tugas


Team "Carrot" posing baik punya

Makanan yang disediakan adalah untuk 600-700 orang. Operasi memasak melibatkan 8 ekor kambing, 100 kg ayam, 70 kg beras, 600 agar-agar, 800 kuih popia & samosa. Selain itu buah tamar dan anggur juga disediakan.


Zaidi, Niklin, Shah dan saya .. sedang buat-buat sibuk .. ha ha


Team 'Nasi' sedang bertungkus lumus

Alhamdulillah semua masakan berjaya di masakkan dnegan jaya. Ketika waktu berbuka, lebih 700 jemaah datang untuk berbuka. Ruang sembahyang lelaki penuh dan terpaksa sembahyang di luar. Sementara bagi wanita 3 dewan di buka [pada kebiasaannya 2 dewan sahaja]

Apabila diperhalusi kembali, program ini dapat mengukuhkan silatur-rahim dan ukhwah sesama pelajar, kakitangan Hicom dan masyarakat muslim NZ. Terima kasih kepada semua yang telah menderma dan bergotong royong untuk majlis ifthar ini.

Cerita sama di blog Welly Postgrads click di sini

6 comments:

  1. Salam Khairul,

    cepatnya masuk.. hehe.. saya masih lagi belek2 gambar.. Khairul boleh bubuh entry yang sama dalam blog postgrad nanti saya tambah gambar dari kamera saya..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran,

    700 orang yang hadir! Mesti hebat majlis tersebut. Suasana beraya dan menyambut Ramadan di luar negara memang berbeza dan kadangkala ia lebih meriah. Ketika saya di Edinburgh lebih 14 tahun dulu, kami mengadakan rumah terbuka hingga ke malam. Bila dikenang, suasana itu tidak wujud di negara kita Malaysia. Mungkin bila berjauhan semangat dan permuafakatan kita lebih baik dan hubungan menjadi lebih mesra. Selamat Hari Raya dari kami di Johor Bahru. Ingatkan kami semasa makan ketupat nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam Khairul, Deb dan anak-anak,

    Selamat Hari Raya dan mohon maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  5. - Comment Deleted-

    Tuan/Puan Prihatin,
    Saya potong komen tuan/puan kerana mencerca orang lain. Semoga Allah swt beri kebaikan, keampunan dan taufik hidayah kepada kita semua.

    ReplyDelete