Bagi mengubat kerinduan pada keluarga di Malaysia, kami di sini buat-buat sibuk. Kalau tak nangis wooo. Hari raya pertama kami bergegas sembahyang di Hicom. Kenapa ke sana? Suka takbir raya style Malaysia. Selain dari dapat jumpa adik-adik postgraduate dan staff Hicom. Lepas tu kami beraya sakan. Malam baru balik rumah ... ha ha ..
Bagi menjimatkan masa, wang dan tenaga, pelajar-pelajar postgrads buat open house ikut mukim. Secara amnya 3-4 rumah sama-sama organise satu open house. Satu tempat sahaja. Kelebihannya makanan lebih banyak, tetamu lebih ramai, dan lebih meriah
Rumah Nawawi (sahabat Combodia)
Empat Emak Dara - di Rumah Duta Malaysia di NZ
Family Photo di rumah Dato TYT
Rumah Kak Farah (Drummond Street)
Untuk menambahkan sibuk raya ni, kami buat open house pada raya ke 2. Bersama dengan keluarga Shahrizal dan keluarga Niklin kami sama-sama menganjurkan open house bertempat di rumah kami di Naenae, Lower Hutt. Malam tu bila balik dari beraya kami tidak dapat tidur walaupun badan sangat penat dan mata sangat mengantuk. Saya dan Deb bertungkus lumus mencucuk satay. Entah pukul berapa baru selesai. Kira punya kira dekat 500 cucuk juga.
Wah, siap buat satey lagi... nampak meriah raya kat sana :-)
ReplyDeleteKak Na..
ReplyDeleteKalau raya kat sana kan, wajib ada sate. Miss suasana raya kat sana, tu yang buat tu... tapi kat sana boleh order..tak yah susah-susah...hihihi. Khairul dapat merasa rendang hitam mak on hari raya, so untuk berlaku adil...sate mestilah ada juger!
wow sungguh comel anak2 sedondon pink dihari raya..
ReplyDeletemeriah raya Pn Wan sekeluarga di sana..
ReplyDeleten suka theme colour Pn Wan sekeluarga..my fav colour:))