Friday, September 25, 2009

Ainul ditidurkan

Seminggu sebelum hari raya, Ainul mendapat rawatan di Southern Cross Hospital, Wellington. Dia menjalani pembedahan gigi. Empat batang giginya di cabut dan beberapa batang lagi di tampal, [huhu.. enam bulan lepas saya menerima khutbah yang panjang dari Nurse dan Dr. kerana kerosakan gigi ini]. Saya menemani Ainul sebelum dia ditidurkan oleh pakar bius. Doktor gigi mengambil masa 1 jam untuk menjalankan tugasnya.

Senyum gumbira sebelum operation

Selepas ‘operation’ selesai, Ainul merengek-rengek dan manangis. Pipi dan mulut beliau sengal-sengal akibat bius dan cabutan gigi. Selepas berhat lebih kurang 15 minit, saya membawa Ainul dari “Recovery Room” ke biliknya. Saya memujuknya untuk tidur dan berehat. Apabila dia bangun, nurse memberikan dia yogurt dan Aiskrim dan selepas itu dia mula bising untuk pulang ke rumah. Kami terpaksa menunggu agak lama sebelum ‘discharge paperwork’ disediakan.


Selepas operation

Dalam tempoh 1 jam menunggu pembedahan tersebut, saya bagaikan hendak demam. Badan saya sejuk dan menggigil. Teringat kembali ketika Ainul dilahirkan, saya menanti kelahirannya di sisi Deb di bilik bersalin. Kesannya, saya demam selama seminggu selepas itu. Mungkin saya ‘lemah semangat’ kata orang tua-tua. Perkara yang sama berulang kembali. Setibanya di rumah, Ainul gembira bermain dengan Najmi dan Imran. Dia seolah-olah tidak peduli tentang 4 batang gigi yang dicabut. Saya pula terus masuk ke dalam selimut dan tidur. Demam saya hanya kebah selepas hampir seminggu, iaitu di pagi aidlfitri.

2 comments:

  1. Salam Lebaran,

    Semoga Ainul cepat sembuh, jangan makan banyak gula-gula dan jangan lupa gosok gigi. Amboi lama benar demamnya. Ainul sudah ok, bapanya pula demam. Itu tanda kasihnya seorang bapa, memang tidak sanggup melihat anaknya sakit. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kami di Johor Bahru.

    ReplyDelete
  2. Dalam Dr. Ahmad dan Pn Safiah

    terima kasih atas nasihat tersebut.
    Kami sekeluarga ingin ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri.
    Mohon maaf atas segala salah dan silap

    Jumpa lagi

    Khairul-Deb

    ReplyDelete