I would like to share the latest announcement made by Fianz regarding Halal status of Nando's. Starting from 9 September 2009, FIANZ has lifted suspension on Nando's Halal Certificate. Please read this circular for detail information.
Wednesday, September 9, 2009
Monday, July 27, 2009
Jalan Laut

Monday, June 1, 2009
Berkelip-kelip
Sebaik telah ‘settle down’ di NZ, kami membeli laser printer jenama Brother model HL2140. Harganya termasuk 1 toner percuma ialah NZD 150. Bila saya intai, tengok harga toner sahaja ialah NZD 120. Nampaknya harga toner lebih mahal dar harga printer.
Selepas menggantikan dengan yang baru enam bulan yang lalu, kini lampu toner printer berkelip-kelip. Kerlipan lampu ala lampu kelip-kelip hari raya menandakan ia sudah kehabisan toner dan perlu diganti. Sebagai langkah penjimatan, setiap kali nak menggunakannya kami terpaksa menggoncang tonernya sebelum mencetak. Leceh sungguh rasanya kerja membuka dan menatup printer ni.
Akhirnya saya temui penyelesaiannya. Sebenarnya toner laser printer ini masih ada, cuma ‘sensor’nya mengesannya sebagai habis walaupun ianya sebenarnya tidak. Mungkin pengeluar ada sebab disebaliknya. Yang pastinya lagi cepat kita tukat toner, lagi kayalah mereka. Penyelesaiannya ad adi video di bawah.
Selain itu toner ini juga boleh di ‘refill’ seperti video di bawah. Tapi saya tak cuba lagi ...
Monday, January 5, 2009
Cari Yang Termurah
Setahun yang lalu, saya membuat kesimpulan bahawa barangan elektronik di New Zealand amat mahal jika dibandingkan dengan Malaysia. Kini pandangan tersebut boleh dipertikaikan. Selepas nilas NZD jatuh dengan teruk sejak Oktober tahun lalu, sebahagian besar dari perkakasan elektrik menjadi lebih murah dibandingkan dengan di Malaysia.
Sudah sekian lama saya mengidamkan sebuah GPS yang lengkap dengan peta terkini dan pelbagai maklumat lain seperti fixed camera detector dll. Sebelum keluar dari rumah untuk membeli GPS idaman kalbu, saya berazam dan berniat untuk membeli yang termurah yang ada di pasaran. Oleh sebab itu, saya pergi meninjau di lima kedai iaitu di Harvey Norman, Norman Ross, Bond and Bond, Noel Lemming dan Dick Smith, dan hasilnya GPS jenama TomTom yang termurah berharga NZ247 dijumpai.
Tetapi entah macama mana dalam sekelip mata semuanya berubah. Saya tewas, mata saya entah tiba-tiba menjadi rabun. Saya bukannya membeli yang termurah sebaliknya membeli GPS TomTom XL yang lebih mahal sedikit. Apabila pulang ke rumah, saya geleng kepala kehairanan (sambil tersenyum) dengan keputusan saya itu. Penat lima kedai saya pergi cari yang termurah, tapi akhirnya beli yang lain pula... hu hu
Saturday, July 26, 2008
Apa Perlu Di Bawa ?
Semoga maklumat ini memberi sedikit panduan.
BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA
- Dokumen penting seperti International Driving Permit. No Claim Insurance Letter, kad Imunisasi anak, dan dokumen penting lain. Pastikan semua anak-anak yang akan bersekolah/tadika dalam tempoh akan datang memiliki student visa sementara pasangan pula (working visa).
- Barang elektronik. (cth. Computer, handphone, dan pekakasan elektronik yang lain). Di sini semuanya sangat mahal dan pilihan terhad + outdated. New Zealand ni sebenarnya pusat lambakan barang-barang elektronik + komputer yang dah tak laku tempat lain, tapi harganya tetap mahal. Tolonglah beli handphone yang baru jika rasa-rasa handphone sedia ada tu dah uzur. Jika tidak anda akan menyesal tak sudah.
- Kitab Al-Quran, CD/MP3, Terjemahan, Surah Yassin, Iqra', buku rujukan Fekah, sejadah dan lain-lain, semuanya tiada dijual di sini.
- Cermin mata.
- Alat-tulis. (tapi alhamdulilahkami di SACL, VUW, buat masa ini kami dapat semuanya percuma).
- Barang makanan seperti rempah-rempah kebanyakannya ada di sini. Cumanya harganya kalau di Malaysia RM 1.00, di Wellington harganya NZ$1.00. Antara barang yang tiada atau jika ada tetapi kurang bermutu ialah (1) Ikan bilis; (2) Udang kering; (3) Keropok Ikan/Sotong/Sayur; (4); Kerisik; (5) Minuman 3 in 1 (spt Kopi, Milo,Tongkat Ali, ….); (6) Kiub Pati Ayam/Kiub Ikan Bilis. Selain itu rempah kurma tiada kat sini (tapi masakan kurma kurang sesuai dan kurang mendapat sambutan disebabkan faktor cuaca yang sejuk). Bawalah rempah kari daging lebih sedikit, sebab di sini kari daging dan kambing lebih membuka selera dan membuat badan lebih panas. Berkaitan dengan makanan ini pastikan ada label pengeluar dan kalau boleh ada translation dalam bahasa Inggeris.
- Jangan Lupa bawalah kicap kipas udang. Kat sini memang tiada langsung. Kalau bermurah hati hantarlah beberapa botol ke rumah kami … ha ha. Mulai Julai 2009. Kicap kipas udang telah boleh didapati di Kilbirnie Asian Shop (Next to PakNSave) dengan harga NZD 5.70 sebotol.
- Ubat-ubatan seperti Deman, Batuk, Gastrik dll (Di sini susah sangat nak jumpa Doktor). Pastikan dapatkan preskripsi dari Doktor untuk ubat yang dibawa.
- Ubat-ubat tradisional seperti minyak panas, minyak urut, Pil Che Ke Tech Aun (sakit perut), Vicks dll
- Beli lah juga International Adapter- untuk barang elektrik. Dekat sini ada jual juga, tapi agak limited. Hargannya lebih kurang NZ$ 10.00 setiap satu. Kalau banyak bawa pekakas elektrik dari Malaysia, bawa sekali dia extension cable.
KEPERLUAN LAIN. (tertakluk kepada budibicara/keperluan)
- Periuk nasi, blender, semuanya ada dijual di sini. (Cuma mahal sedikit)
- Pakaian dan seluar – kebanyakannya di sini buatan China . Tetapi kualiti bolehlah. Harga agak mahal, tetapi selalu ada Sale akan jadi terlampau murah.
- Kalau nak jimat beli sekali mesin gunting rambut. Kalau nak gunting kat kedai paling murah NZ$12.00. Silap hari bulan sampai NZ$20. Cara yang paling jimat, gunting sendiri.. ha ha
- Kalau kemeja & Kot, elok beli kat Malaysia sebab lebih cantik & berkualiti.
- Pakaian Panas, rasanya kalau datang ke NZ pada musim panas tak payah beli sebab baju sejuk ni saiznya besar dan sukar dibawa. Di sini harganya pelbagai dan lebih banyak pilihan.
- Kasut – apabila ada Sale harganya 'murah gila'. (Saya ada lagi kasut yang tak buka dari kotak lagi). Saya beli kasut LA Gear NZ$25.00 masa Sale . Tetapi kasut dan pakaian sukan agak mahal.
MAKLUMAT LAIN
- Boleh buka akaun bank New Zealand dari Malaysia. Mohon secara online. cth National Bank of New Zealand, Bank of New Zealand, ANZ Bank, Kiwi Bank, Westpac Bank. Lepas tu gunakan maybank2u.com untuk transfer semua duit tu ke new Zealand. Untuk transfer duit pada bulan-bulan berikutnya, Jangan lupa anda perlukan nombor TAC. Apa yang perlu dibuat ialah tukar no telefon (untuk TAC) di Kad ATM kepada keluarga di Malaysia supaya mereka boleh forwardkan nombot TAC kepada anda.Bila sampai di New Zealand boleh aktifkan akaun tersebut dan buat Kad ATM. Jadi masa pergi tu tak payahah bawak 1 bakul duit. Ada juga bank yang boleh hantar no TAC ke handphone NZ.
- Selain tu boleh masukkan duit tu kedalam credit card untuk berbelanja (selamat dan murah). Jangan lupa untuk hubungi 'credit card customer service' untuk aftifkan kat anda bagi tujuan kegunaan di luar negara.
- Ada juga rakan-rakan yang keluarkan duit gunakan kad ATM Malaysia spt Maybank. Tapi kena aktifkan dulu "PLUS".
- Di sini jualan murah (Sale) memang ada setiap minggu. Tapi yang paling murah ialah Disember dan Julai (Winter punya clearance).
- Kalau nak bawa barang banyak sangat. Boleh pos dari Malaysia. Gunakan 'sea mail'. Caj lebih kurang RM 90.00 bagi setiap kotak yang beratnya 20 kg. Tapi satu-dua bulan baru sampai.
- Berkaitan dengan Imunisasi anak, saya dimaklumkan oleh rakan, bahawa ianya percuma
- Kos penjagaan anak-anak, lebih kurang NZ$5.00 sejam ... (sangat mahal)
- Kereta - sangat-sangat murah. Kalau ada anak 4 atau lebih. Tak boleh gunakan kereta. Kena beli MPV, Van atau kenderaan yang lebih besar. Semua orang termasuk kanak-kanak mesti ada tempat duduk sendiri. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun mesti gunakan car seat atau booster. (rujuk website NZ Land and Transport Department). Denda NZ$200 bagi setiap kanak-kanak yang tak pakai seat belt dan/atau car sear/booster.
- Sekolah untuk anak-anak pelajar PhD adalah percuma. Tetapi ada donation kena bayar. Bergantung kepada decile rating sekolah. Kalau decile rating tinggi, sekolah dapat budget sedikit, jadi donation mahal, dan anak-anak selalu ada aktivit untuk 'fundraising' (contohnya, jual Coklat, sosej, pokok krismas, gambar, kutipan support naik basikal, cuci kereta dan seribu satu idea lagi untuk dapatkan duit). Last-last, ayahanda dan bonda jugak yang kena bayar. Sekolah Najmi tidak ada aktiviti fundraising, sebab banyak dapat duit dari Govt. (nota: Decile rating bergantung kepada banyak faktor antaranya ialah purata pendapatan ibu-bapa dan masyarakat sekeliling sekolah, tetapi bukan menggambarkan kualiti atau taraf sekolah). Alhamdulillah. Bagi kindergarten dapat 20 jam ECE percuma. Untuk anak-anak yang dah pergi High School dan Intermediate School kena belanja banyak sedikit untuk uniform sekolah mereka.
- Mencari rumah sewa di Wellington ialah suatu tugas yang sangat mencabar. Sangat susah nak dapat sebab penawaran terhad. Permintaan sangat tinggi. Tambah kita ini orang mendatang. Untuk mencari rumah sewa pilihan idaman anda, boleh cuba lihat di trademe.co.nz atau mana-mana property agent seperti gilliesgroup, homeads, Quinovic, jhooker dll. Ada sahabat yang terpaksa duduk kat hotel/ motel/ backpackers sampai 3 minggu baru dapat rumah. Jadi gunakan sebaiknya elaun penempatan yang diberikan oleh kementerian Pengajian Tinggi. Untuk pengetahuan, sewa rumah rakan-rakan di sini adalah lingkungan NZ$ 300 hingga NZ$ 370 seminggu (belum masuk elektrik dan gas). Masing-masing sewa rumah yang sangat kecil. Tetapi kalau anda bujang tiada masalah, tinggal sahaja di university accomodation...
- Berkaitan dengan belanjawan, kalau hanya bergantung kepada biasiswa sahaja, memang tidak mencukupi. Jadi kena hantar semua gaji ke New Zealand. Sebagai panduan, belanja minimum adalah seperti berikut: (1) sewa rumah NZ$300-350/week; (2) Gas & Elektrik NZ$ 150/month; (3) Travelling NZ$200/month (Untuk dua orang gunakan public transport); (4) Petrol (NZ$2.10/liter); (5) Parking NZ$4.00/hour; (6) Makanan mentah NZ150/week (7) Telefon rumah dan Internet NZ$80/month; (8) Handphone NZ$20/month (tak pakai sangat)
PENTING
- Jangan Bawa barang tenusu dan daging. Selain itu jangan bawa sebarang cecair di dalam hand luggage. (rujuk website Biosecurity ini untuk lebih lanjut)
- Declare semua barang makanan yang di bawa semasa si Bio-Security, Auckland International Airport. Denda NZ$200 kalau gagal declare. (lebih lanjut, click website ini.)
Nota: Jika ada maklumat tambahan dari saya atau rakan-rakan yang lain, nanti saya kemaskini blog post ini. Sentiasalah memohon kepada Allah swt agar memudahkan perjalanan anda dan keluarga. Bukankah Allah swt yang mengaturkan perjalanan manusia di muka bumi ini dan Dia juga mengaturkan perjalanan siang dan malam. ... "Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan".
RUJUKAN (useful links)
- Warehouse (ala-ala Jaya Jusco)
- Farmers (ala-ala MetroJaya)
- Dick Smith Electronics (jual semua barang elektronik)
- Harvey Norman (jual perabut, komputer, barang elektronik)
- trademe (beli, jual barang secara online macam-macam ada (kereta, rumah, barang kecik pun ada)
- NZ Immigration
- Land Transport
- NZ Biosecurity
- NZ School Education
- Property Agents (gilliesgroup, homeads, Quinovic, ljhooker)
- Victora University Accomodation
- Malaysian Students Department, Wellington, NZ
- Federation of Islamic Associations New Zealand (FIANZ)
- National Bank of New Zealand
- Bank of New Zealand
- ANZ Bank
- Kiwi Bank
- Westpac Bank
Updated on August, 31 2009
Wednesday, May 7, 2008
Sejuk, Bosan dan Komputer
Suhu di Wellington kini semakin sejuk. Siang pula semakin pendek. Waktu maghrib kini lebih kurang 5.20 petang. Isya’ pula sekitar 6.50 petang. Mungkin inilah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin berpuasa sunat atau ganti. Teringat kembali ketika baru tiba di New Zealand pada November tahun lepas, Isya' mula pada pukul 10.45 malam dan Subuh pada 4.00 pagi. (pada waktu itu kena set jam, kalau tidak mungkin boleh terlepas sembahyang subuh..)
Dua minggu yang lepas ialah cuti sekolah. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana. Deb sibuk menyiapkan assignment nya. Tambahan pula boleh dikatakan semua kaum ibu (pelajar post-grad) sibuk dengan tugasan masing-masing. Bagi kami kaum bapa (pengiring) tidak berani untuk menganjurkan apa-apa program. Namun bagi Najmi dan Imran, mereka sungguh gembira lepak di rumah sahaja. Mereka mengambil kesempatan mengisi cuti mereka dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang PS2. Lepas satu game ke satu game yang lain.
Namun bagi Ain sebaliknya. Dia tersisih. Dia tidak dapat ’menyertai’ liga PS2. Dia kurang berminat dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Najmi dan Imran mengawal ‘controller’ masing-masing. Ain merengek kebosanan. Sebagai penyelesaiannya, kami belikan untuk Ain sebuah komputer (PC) terpakai dari www.trademe.co.nz. Ain tersenyum riang bila mendapat komputer peribadinya. Komputer Pentium 4 dengan LCD skrin itu cuma berharga NZ110. Komputer tersebut berjaya mengubat kebosanan Ain. Dia dapat melayari website-website sambil bermain 'online game' kesukaannya seperti barbie, dora, barney, my little pony dan banyak lagi..
Tips: Teknologi komputer di Malaysia jauh lebih kehadapan dari New Zealand dan harga aksesori komputer di Malaysia jauh lebih murah. Kepada rakan-rakan yang akan datang ke New Zealand, nasihat kami belilah komputer dari Malaysia. Boleh cuba semak dan bandingkan harga komputer di NZ di laman web Harvey Norman, DickSmith dan Noel Leeming. Saya pernah membeli UBS USB cable untuk printer dengan harga NZ$19.00 (hampir RM 50.00), kalau di Malaysia harganya cuma RM 5 sahaja.
Thursday, May 1, 2008
Hari-Hari Yang Sibuk
Friday, April 25, 2008
Berjimat Tak Bertempat
Selepas lebih 5 bulan memandu kereta tanpa insuran, akhirnya saya membeli juga insuran kereta (third party) dari AMI Insurance. Itupun setelah berbincang dengan Abg Ali dan Pak Lah. Insuran kereta memang amat penting, tetapi sifat bertangguh, malas dan berjimat tak bertempat telah menyebabkan ia tertangguh sekian lama.
Tambahan pula kerajaan NZ ni tak wajibkan. Sekarang ni baru ada ura-ura yang nak wajibkan semua kenderaan ada 3rd party insuran. Alhamdulillah sepanjang tempoh 5 bulan memandu tanpa insuran, saya tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan. Kalau 'accident' macam mana ? Kalau terlangar Merc atau Jaguar camna ? Kalau terlanggar orang, patah, mati camna?. Jawabnya "Melopong la Den". Nasihatku kepada Kepada semua rakan-rakan yang berada di NZ, "Pergilah beli Insuran, Aku tahu korang pun tak ada insuran jugak"
Tips: Kepada sahabat-sahabat yang sedang/akan membeli insuran di New Zealand, Kalau boleh dapatkan 'No claim' Letter dari Insuran company di Malaysia supaya boleh tolak NCB. Dalam kes saya, pernah 'accident' 3 bulan sebelum ke NZ, walaubagaimanapun nasib baik boleh guna isteri punya... ha ha ..
Thursday, April 24, 2008
Tiga Dara Pingitan dan Giant Teddy Bear
Tiga dara pingitan (Hasha, Dini dan Aina) ini memiliki ’giant teddy bear’. Kemenangan bagi pertandingan ’the bigest teddyy bear’ sempena “Teddy Bear Picnic” bagi tahun 2009 nanti sudah hampir pasti menjadi milik mereka. Kami sekeluarga bersama Niklin sekeluarga (sahabat dari Acheh) sempat melakukan kunjungan hormat kepada pemilik ’giant teddy bear’ ini iaitu Madi dan Maz sekeluarga.
Kelab Disney Wellington
Madi dan Maz tiba di Wellington lebih kurang 2 bulan yang lepas. Maz memenangi 'teddy bear' tersebut melalui online auction di trademe.co.nz. Untuk makluman semua, kebanyakan urusan jual dan beli di New Zealand dilakukan melalui internet (www.trademe.co.nz). Kita boleh membeli dan menjual apa sahaja iaity dari sebesar-besar barang (seperti rumah, kereta atau motorbot) kepada sekecil-kecil barang (seperti jarum peniti) di sana. Yang menguntungkan ialah tiada pihak ketiga, jadi harganya jauh lebih murah dan menguntung jika membeli secara online.
Monday, March 31, 2008
Terima Kasih Cik 'Dan'
Kami baru sahaja menerima bungkusan dari Malaysia. Terima kasih kepada Mak, Abah, dan terutamanya Cik 'Dan' kerana bersusah payah membeli dan mengeposkan pelbagai barang untuk Najmi, Ain dan Imran. Semuanya Cik 'Dan' (nama sebenarnya Mohd Azlan- adik saya yang ke 5, sedang belajar di UUM) lakukan pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Najmi dan Imran tak sabar nak buka
'Sea Mail' Pos Malaysia lebih murah
Alhamdulillah semua barang tersebut telah pun selamat sampai. Cik 'Dan' poskan pada 14 Februari 2008 melalui 'jalan laut' sebab cajnya lebih murah. Bagi setiap 20kg kosnya ialah RM98.10 sahaja. Masa yang diambil antara 1 hingga 6 bulan. Untuk pengiriman kali ini, kami terimanya pada 1 April 2008 (iaitu lebih kurang 1 bulan setengah sahaja)..