Sunday, January 3, 2010
Sunday, September 28, 2008
Proposal Presentation
Alhamdulllah. Syukur kepada Allah swt. Perbentangan proposal oleh deb berjalan lancar. Deb membentangkan proposal selama 40 minit dan selepas itu ada pula sesi soal jawab selama 20 minit.
Selepas itu, 8 ahli ‘Research Committee’ bersidang dan kemudiannya memutuskan penyelidikan tersebut ‘doable’ dan boleh diteruskan. Kami bersyukur kepadaNYA kerana memudahkan perjalanan ini.
Wednesday, May 7, 2008
Sejuk, Bosan dan Komputer
Suhu di Wellington kini semakin sejuk. Siang pula semakin pendek. Waktu maghrib kini lebih kurang 5.20 petang. Isya’ pula sekitar 6.50 petang. Mungkin inilah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin berpuasa sunat atau ganti. Teringat kembali ketika baru tiba di New Zealand pada November tahun lepas, Isya' mula pada pukul 10.45 malam dan Subuh pada 4.00 pagi. (pada waktu itu kena set jam, kalau tidak mungkin boleh terlepas sembahyang subuh..)
Dua minggu yang lepas ialah cuti sekolah. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana. Deb sibuk menyiapkan assignment nya. Tambahan pula boleh dikatakan semua kaum ibu (pelajar post-grad) sibuk dengan tugasan masing-masing. Bagi kami kaum bapa (pengiring) tidak berani untuk menganjurkan apa-apa program. Namun bagi Najmi dan Imran, mereka sungguh gembira lepak di rumah sahaja. Mereka mengambil kesempatan mengisi cuti mereka dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang PS2. Lepas satu game ke satu game yang lain.
Namun bagi Ain sebaliknya. Dia tersisih. Dia tidak dapat ’menyertai’ liga PS2. Dia kurang berminat dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Najmi dan Imran mengawal ‘controller’ masing-masing. Ain merengek kebosanan. Sebagai penyelesaiannya, kami belikan untuk Ain sebuah komputer (PC) terpakai dari www.trademe.co.nz. Ain tersenyum riang bila mendapat komputer peribadinya. Komputer Pentium 4 dengan LCD skrin itu cuma berharga NZ110. Komputer tersebut berjaya mengubat kebosanan Ain. Dia dapat melayari website-website sambil bermain 'online game' kesukaannya seperti barbie, dora, barney, my little pony dan banyak lagi..
Tips: Teknologi komputer di Malaysia jauh lebih kehadapan dari New Zealand dan harga aksesori komputer di Malaysia jauh lebih murah. Kepada rakan-rakan yang akan datang ke New Zealand, nasihat kami belilah komputer dari Malaysia. Boleh cuba semak dan bandingkan harga komputer di NZ di laman web Harvey Norman, DickSmith dan Noel Leeming. Saya pernah membeli UBS USB cable untuk printer dengan harga NZ$19.00 (hampir RM 50.00), kalau di Malaysia harganya cuma RM 5 sahaja.
Tuesday, May 6, 2008
Pelancaran Warna-Warni
Minggu -minggu awal di perjalanan PhD memang tenang. Tiada tekanan atau stress (harap-harap gembira sentiasa sampai ke sudah). Saya dan deb sempat mengambil peluang melihat perbentangan research proposal dari Binh Bui. Beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang ’management accounting’. Professor-professor dari pelbagai bidang turut hadir, antaranya perakaunan, pengurusan dan ’commercial law’.
Sesi soal jawab sungguh meriah dan ber’warna-warni’ dengan ’pelancaran’ soalan yang bertubi-tubi. Namun semua ’soalan’ berjaya di tangkis oleh Binh dengan mudah. Dia benar-benar bersedia. Bagi 'penonton' yang menyaksikan, timbul juga ’kegabraan’ tentang nasib yang akan menimpa diri masing-masing. Semuanya berharap dan berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.
