Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Kereta Baru

Ini berita dari surat khabar lama. Sebulan yang lalu, kami telah membeli sebuah kereta baru [sebenarnya kereta lama] model Honda Odyssey tahun 1997. Harganya ialah NZD 3,350 [lebih kurang RM 8,400]. Boleh dikira sangat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kereta 7 seaters ini dibeli sebagai persiapan untuk membawa Atuk, Nenak dan Opah yang akan datang menziarah kami nanti.

Yang paling suka dengan kereta baru ini ialah Ainul, Najmi dan Imran. Dalam sekelip mata, Najmi, Ainul dan Imran beralih selera. Kalau boleh mereka nak saya menghantar dan menjemput mereka dari sekolah dengan kereta ini. Bak kata pepatah melayu, sudah ada gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi... he he. Secara peribadi saya lebih suka membawa kereta Nissan Bluebird lagi kerana ia lebih jimat kerana enjinnya hanyalah 1800cc manual transmission berbanding dengan Odyssey (2200cc, automatic)

Kepada abang atau kakak Pegawai Kastam yang baca entri ni, tolonglah kira berapa agaknya cukai yang yang kena bayar kalau bawa balik ke Malaysia? Entah-entah sekali ganda dari harga belian, ke boleh diskaun.. he he

Tuesday, March 23, 2010

Paling Hampeh + Cincai

Dalam banyak-banyak 'annual report' syarikat-syarikat di Bursa Malaysia, aku beri anugerah 'annual report' paling hampeh dan cincai kepada Metech Group Berhad Tahun 2008.

Aku tak tahu macam mana Board of Directors, CEO, Accountant dan staff syarikat ni boleh keluarkan annual report macam ni.

Anugerah lain akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sunday, March 21, 2010

Tahniah

Kami sekeluarga dengan penuh syukur dan gembira mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Dr. Mizan dan Dr. Ayuni (Zen).

Zen


Hobi: Menjahit baju raya pesakit


Dr. Ayuni (Zen) telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Dr. Zen adalah antara mereka yang mula-mula kami temui semasa tiba di Wellington dahulu. Beliau sering bertugas menjaga Najmi, Ainul dan Imran semasa kami sedang sibuk mencari rumah dan kereta. Terima kasih Dr. Zen atas segala budi baik yang telah dihulurkan. Semoga berjumpa di Malaysia suatu hari nanti.

mizanyani


Research Interest: Political Stability and  Terrorism Mercedes.


Sementara itu, Dr. Mizan baru sahaja selesai viva (oral examination) pada hari Jumaat yang lalu. Beliau antara rakan PhD yang banyak memberikan nasihat dan panduan kepada kami. Selain itu, anak beliau (Nabhan) adalah rakan baik Najmi. Mengikut berita yang diterima, Nabhan kini terpaksa mengikuti kelas pemulihan "Bahasa Melayu", hehe kenapa ye Nabhan ?

Monday, March 1, 2010

BBQ di Kaitoke, Farewell Nik & Fatma

Pada 20 Februari yang lalu, kami bersama-sama sahabat2 Malaysia di Wellington ber'BBQ' di Kaitoke Regional Park. Hampir semua warga Post-Grads mengikuti program ini. Paling gembira ialah kanak-kanak terutamanya Najmi, kerana BBQ ialah aktiviti kegemarannya.

Najmi seperti biasa bertugas memasak Ayam BBQ

Antara juadah yang disediakan


Kelab Wanita: dari kiri (Datin, Kak Zeti, Deb, Khadijah, Abby, Hani, Aini, Zuryati, Pn Ros)

Sedapnya: Komen Ainul dan Imran
Nik & Fatma

Program ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Majlis Perpisahan untuk Nik Fadly dan Wan Fatma Zuharah. Kepada Nik dan Fatma, selamat maju jaya dan terima kasih kerana banyak membantu kami sejak kami belum bertolak ke NZ.

Saturday, November 28, 2009

Aidil Adha 2009

Hari raya Aidil Adha jatuh pada hari Sabtu di New Zealand, berbanding dengan keluarga di Malaysia yang telah merayakannya sehari lebih awal. Namun, saya dan Deb gembira juga, sebab kami ada PhD Consortium di Auckland pada hari Khamis, ditambah pula dengan Research Seminar pada hari Jumaat. Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, nampaknya kami tidak dapat berayalah tahun ini.

Kami sekeluarga bersembahyang di Dewan Naenae College. Turut sembahyang bersama ialah Dr. Rosli, Iskandar, Dasuki, Niklin dan jemaah yang lain. Selepas sembahyang sunat Aidil Adha, kami menjemput mereka semua untuk singgah beraya di rumah kami.

Mama dan anak-anak kesayangannya

Imran 'khusyuk' mendengar khutbah Aidil Adha

Senyuman gembira di Aidil Adha


Najmi, Ainul dan Imran sungguh gembira sungguh pada hari raya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran kawan-kawan sebaya mereka. Kami kemudiannya beraya di rumah Zuryati dan Dasuki, iaitu keluarga baru yang kebetulan menetap se’taman’ dengan kami. Kami kemudiannya beraya di rumah Dr. Rosli, iaitu Pengarah MSD di NZ.

Iskandar dan Dasuki

Pn. Ros dan Zuryati

Ainul dan Ajda

Mama sedang santap


Fuad (anak Dr. Rosli) yang masak semua ni

Sedang mesyuarat pelan strategik komuniti PGs di Wellington

Selepas seketika di rumah Dr. Rosli, kami segera pulang semula ke rumah untuk berehat selepas menghadapi kepenatan beban tugas yang melampau sejak kebelakangan ini.

Tuesday, November 17, 2009

All Whites

Nama 'All Whites" mungkin tidak se'gah' 'All Blacks', namun Sabtu lalu mereka mengalahkan Bahrain di Stadium Westpac, Wellington dengan jaringan 1-0. Kemenangan penuh makna ini membawa pasukan bola sepak New Zealand itu ke Piala Dunia.



Pada keesokan harinya, pasukan ini di arak dari Lambton Quay ke Civic Square. Kebetulan kami sekeluarga berada sana untuk menyaksikan perarakan watak-watak kartun seperti Sponge Bob, Dora the Explorer, Cinderella, The WotWots, Jester, Chipmunks, DartVader (Starwars), The Cat in the Hat dan banyak lagi sempena Santa Parade. Program ini dimulakan dengan perarakan pasukan All-Whites. Semua penonton memberikan sorakan dan menunjukkan tanda "thumbs up" kepada wira-wira mereka. Mereka diraikan seperti wira.


Hati kecil saya hairan bagaimana New Zealand boleh layak ke Piala Dunia, sedangkan bola sepak bukanlah sukan yang popular di sini. Rugby dan Cricket adalah jauh lebih popular. Dengan bilangan penduduk hanya 5 juta, mereka mampu mencari 11 orang wira untuk menyarung jersey All Whites.

Wednesday, October 14, 2009

Earthquake di Wellington

Earthquake atau gempa bumi merupakan fenomena biasa yang melanda New Zealand. Sejak kembali ke Wellington pada Ogos 2009, kami di Wellington telah mengalami gegaran sebanyak 3 kali. Kali terakhir ianya berlaku pada Sabtu lalu. Gegaran dengan magnitude 4.8 berpusat di 20 km north-west of Wellington. Pada waktu tersebut, jam 6.02 petang rumah kami rasa bergegar, nasib baik tempohnya adalah singkat.
Sejak dari 8 September 2009 hingga 12 September 2009, New Zealand telah mengalami 30 gegaran. Untuk lebih lanjut, sila baca di sini. Sekian sahajalah laporan dari kami di NZ. Doakan keselamatan kami semua..

Sunday, October 4, 2009

News: Lawatan Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

Gambar ini gambar gantian. Untuk gambar asal di Bernama sila klik di sini

Wellington, 3 Oktober.-- Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan (kiri) menerangkan sesuatu kepada Presiden Pelajar Pasca Siswazah Wellington Khairul Anuar Kamarudin (tengah) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Datuk Hasnuddin Hamzah (kanan) selepas pertemuan dengan pelajar Malaysia di Wellington di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia New Zealand di sini.



sumber : Bernama

Lebih lanjut sila klik di sini

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya







Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada Ayahanda, Bonda, seluruh keluarga, guru-guru, sahabat handai, dan semua kenalan. Kami juga memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan oleh kami. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Sunday, September 13, 2009

Gotong Royong - Ifthar - Malaysia

Semalam 13 September 2009, satu acara gilang gemilang berlangsung di Masjid Wellington. Inilah kali pertama masyarakat Malaysia mengadakan majlis Ifthar untuk masyarakat Islam di Wellington. Sejak awal-awal pagi lagi, seluruh keluarga Hicom, Post-Grads, Undergrads, komuniti melayu wellington dan sahabat melayu Islam lain bertungkus lumus menyediakan juadah untuk berbuka.

Team (Grape) tekun dalam tugas


Team "Carrot" posing baik punya

Makanan yang disediakan adalah untuk 600-700 orang. Operasi memasak melibatkan 8 ekor kambing, 100 kg ayam, 70 kg beras, 600 agar-agar, 800 kuih popia & samosa. Selain itu buah tamar dan anggur juga disediakan.


Zaidi, Niklin, Shah dan saya .. sedang buat-buat sibuk .. ha ha


Team 'Nasi' sedang bertungkus lumus

Alhamdulillah semua masakan berjaya di masakkan dnegan jaya. Ketika waktu berbuka, lebih 700 jemaah datang untuk berbuka. Ruang sembahyang lelaki penuh dan terpaksa sembahyang di luar. Sementara bagi wanita 3 dewan di buka [pada kebiasaannya 2 dewan sahaja]

Apabila diperhalusi kembali, program ini dapat mengukuhkan silatur-rahim dan ukhwah sesama pelajar, kakitangan Hicom dan masyarakat muslim NZ. Terima kasih kepada semua yang telah menderma dan bergotong royong untuk majlis ifthar ini.

Cerita sama di blog Welly Postgrads click di sini

Wednesday, September 9, 2009

Nando's Kembali Halal

I would like to share the latest announcement made by Fianz regarding Halal status of Nando's. Starting from 9 September 2009, FIANZ has lifted suspension on Nando's Halal Certificate. Please read this circular for detail information.

Thursday, August 27, 2009

Jom ke Program Ayuh Bantu Palestin

Di sini saya panjangkan Promosi Istimewa lagi Penting Ini. Ia dari adik-adik kita yang prihatin menganjurkan program Ayuh Bantu Palestin.

AJK Roadshow Palestin NZ dengan kerjasama UMNO Wellington dan WMSO bersama jemputan khas AMAN PALESTIN BERHAD (Malaysia) dengan berbesar hati menjemput sekalian masyarakat Malaysia di Wellington ke siri Roadshow Palestin NZ di Wellington iaitu


AYUH BANTU PALESTIN!
pada 29 Ogos 2009 (Sabtu)
di Union Hall, Student Union Building, Kelburn
bermula dari 11.00 pagi hingga 6.00 petang

Penyertaan adalah PERCUMA. Pelbagai agenda menarik, pameran berinfomasi, kutipan derma dan jualan barangan serta juadah berbuka diadakan.

Sila rujuk surat jemputan rasmi bersama tentatif, poster dan peta lokasi untuk maklumat mengenai program Ayuh Bantu Palestin atau layari http://seedofislam.blogspot.com/

Sehubungan dengan itu, pihak kami turut memohon sumbangan ikhlas daripada anda khusus untuk penduduk di Palestin. Sumbangan boleh dikirimkan melalui akaun bank berikut:

Nama Akaun : Miss A A Mohd Noor

No. Akaun : 12-3141-0304589-00

Tarikh Tutup : 29 Ogos 2009

Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada Sharifah Aminah (poporing_86@yahoo.com) atau Aisyah Amalina (aisyah_amalina@yahoo.com)

Jemputlah datang beramai-ramai menderma sambil beramal serta meluaskan pengetahuan mengenai isu-isu saudara seakidah kita. Sebarkan kepada kenalan yang lain. Ia pastinya akan memberikan anda pengalaman yang berbeza daripada biasa!
Jumpa anda semua di sana!!!

Sekian, Terima kasih.

Wassalam.

Khas daripada AJK Roadshow Palestin NZ

Saturday, May 30, 2009

NZD mengukuh berbanding RM

NZD mula mengukuh berbanding RM. Sungguh tidak ku sangka, NZD mampu mengukuh selepas kejatuhan teruk secara 6 bulan yang lalu. Bila bercerita tentang tukaran matawang ini, kami teringat saat ketiba baru tiba di Wellington pada NOv 2007. Ketika itu tukaran adalah RM 2.50++ bagi setiap NZD. kalau bawa RM10,000 bila tukar dapat lebih kurang NZD 3,900 sahaja. Masa tu kena berjimat sangat bagi memastikan 'soru' tak miss.

Selepas setahun, entah apa sebabnya. NZD terkena pernyakit semput. Saban hari menguncup sampai ke jatuh terkena angin ahmar pada 2 Februari. Pada tarikh tu, tukaran asing ialah pada RM 1.80 bagi setiap NZD 1.00. Saat tu kami rasa mewah. Di saat mat salleh, minah salleh, opah salleh dan atuk salleh kat sini semuanya tak berbelanja sebab ekonomi meleset dan duit diorang merudum, budak-budak Malaysia semuanya shopping sakan. Kalau pergi supermarket jumpa diorang sahaja. Briscoes (kedai pinggan mangkuk dan barangan kelengkapan rumah) penuh dengan budak Malaysia. Habis segala periuk dan pinggan mangkuk di borong mereka. Macam kat Langkawi dibuat deme.

Garaj Sale dan kedai barang terpakai tiba-tiba kehilangan pelanggan dari Malaysia. Yang rajin pergi garaj sale pada masa tu mat salleh dan minah salleh pulak. Dunia ibarat roda...

Cuma yang susahnya ketika NZD merudum, ialah barang makanan (diimport) semuanya jadi mahal. Barang-barang makanan dari Malaysia semuanya jadi sangat mahal. Kedai Asian Market punya stok pun berkurangan sebab tak import sangat barang dari Malaysia, sebab terlampau mahal. Jalan yang terbaik pada masa tu ialah poskan sahaja barang dari Malayisa. Beras siam wangi yang 25kg naik dari NZD 40.00 ke NZD 59.00. Terpaksalah kurang-kurang makan beras, kami makan roti dan pasta je.. he he .. macam boleh .. Pagi petang siang malam makan nasi juga...

Kini segalanya berubah kembali. Duit NZD dah naik balik. Duit RM dan lemah. Terpaksalah berjimat cermat. Nak ulas lebih-lebih pun tak tahu, sebabnya tak mengaji pasal isu matawang ini dengan mendalam... cuma suka nak perhatikan perubahan demografi pelanggan garaj sale, kedai barang terpakai dan Briscoes.

Tuesday, May 19, 2009

Nondo's NZ is not Halal anymore.

The Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) has suspended Halal Accreditation Certificate for Nando's effectively immediately (15 May 2009) until further notice. For more information, please visit FIANZ website.

Sunday, May 10, 2009

All Black Malaysia

Semuanya berbaju hitam. Ianya melambang perpaduan dan keberanian menentang musuh. Kami semua nekad untuk berjuang habis-habisan dalam menentang lawan. Begitulah bersemangat seluruh warga Post-grad di Wellington.

Program kali ini dianjurkan oleh Bro Zaidi. Entah macam mana Bro Zaidi mendapat idea untuk mencabar pasukan Indonesia dalam pertandingan bola tampar. Yang pastinya pasukan lawan berlatih setiap minggu sejak beberapa tahun yang lalu. Sedangkan pasukan dari Malaysia hanya baru sekali berlatih. Walaubagaimanapun itu tidak menjadi kegentaran..


Team A (Muda dan Tua bergabung tenaga) he he


Pengurus: Bro. Syafiq, Bro Hadi & En. Dzul

Penyokong dari pasukan Malaysia mula memenuhi Dewan Kolej Newlands. Setelah memanaskan badan, perlawanan pun bermula. Tempik sorak dari penyolong Malaysia amat gamat sekali. Dewan Kolej Newland adalah kawasan Indonesia (ibarat Istora Senayan), tapi penyokong Malaysialah yang paling padu dan gamat sokongannya.


Ain dan Kak Alia memberikan sokongan


Team B Bersedia Mengasak Lawan

Setelah beberapa jam bermain, Pasukan Indonesia disitiharkan menang 3-1. Terlupa nak beritahu, saya pun main juga pada hari tu. Seronok juga exercise walaupun tidak keluar peluh. Mungkin selepas ini, boleh diadakan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan.

Thursday, March 5, 2009

Buku Baru

Saya tersenyum gembira membaca blog Prof. MKI di awal pagi ini. Buku baru Financial Reporting in Malaysia sudah siap, begitulah maksud kandungan entri tersebut. Saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Prof. Mustaffa Mohamed Zain atas usaha gigh mereka menyiapkan buku tersebut. Tanpa usaha gigih dan bantuan mereka, projek penulisan buku ini tidak akan berjaya.



Saya dan Deb hampir lupa sama sekali tentang projek buku ini. Sejak tiba di New Zealand, kami hanya menumpukan masa untuk pengajian PhD sahaja. Saya amat berterima kasih kepada Prof. MKI kerana banyak membimbing dan mengajar kami selama ini. Beliau ialah pensyarah, penyelia, mentor, penyelidik bersama, penulis bersama, sahabat dan juga keluarga. Namun kami tak sempat ber’BOS’kan beliau. Beliau hanya dilantik menjadi Pengarah UiTM Johor, selepas kami meninggalkan kampus tersebut. Mungkin ada hikmah dan rahsia Allah disebalik itu. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Tuesday, December 16, 2008

Berpindah

InsyaAllah pada hari khamis ini, kami akan mula berpindah ke rumah baru di Naenae, Lower Hutt. Ia adalah selepas mengambil kira kehendak dan keselasaan anak-anak. Namun yang sedihnya, pihak telstra hanya boleh sambung semula Telefon, Internet dan TV selepas Krismas iaitu 29 December 2008.


Dalam tempoh ini, boleh telefon atau text kami di nombor handphone berikut:


Khairul : +64 21 02 64 2005


Adibah : +64 21 02 63 0493

Saturday, December 13, 2008

Mercedes vs Non-Mercedes

Tanggal 13 December 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, semua pelajar post grad wellington dan keluarga berkumpul di pantai Miramar untuk majlis BBQ sempena Aidil Adha. Selain itu, satu pertandingan GP Joran juga diadakan dengan tawaran pelbagai hadiah yang menarik. Pelbagai juadah juga dibawa, Seekor kambing dan beberapa ekor ayam di'BBQ'kan. Bila tengok makanan yang sangat banyak ini, timbul konflik dan persoalan dalam diri, tentang makanan mana yang nak disantap.



Kambing dengan 5 jenis resepi marinate berbeza, Ikan pun ada



Imran gembira


Program ini juga lebih meriah dengan kehadiran jemputan-jemputan di kalangan rakan-rakan karib & keluarga sini seperti Nawawi (Cambodia), Niklin (Acheh), Adi & Zaza (Hicom), Lt.Col Ahmad Faiezzelan (Hicom) dan Nizam & Ina (Hicom). Yang paling istimewa ialah kehadiran Y. Berbhg Dato Prof. Othman Yatim dan Datin ke Majlis ini. Y.Berbhg Dato Prof. Othman telah melepaskan acara GP Joran dan juga meng'sponsor' pelbagai hadiah untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Dato' dan Datin yang sentiasa menyokong aktiviti kami dan sentiasa sudi membantu kami selama ini.


 


Kelab Wanita menjamu selera.



Makan time


Peserta pertandingan masing-masing sibuk dengan umpan tersendiri. Selain itu juga pelbagai jenama joran digunakan seperti Katmandu, Shimano, Jorvois, dan lain-lain lagi. Selepas beberapa minit pertandingan bermula, beberapa peserta menarik diri lebih awal kerana tidak tahan dengan godaan bau BBQ. Kelab wanita juga lebih sibuk dengan sesi temubual & perbincangan hal ehwal semasa. Bagi anak-anak mereka kelam kabut bermain dengan anak-anak Malaysia yang lain.



Y. Berbhg Dato Prof. Otham Yatim melancar pertandingan



Mencari Spot yang Terbaik 



Secara keseluruhannya ini adalah keputusan pertandingan:

GP Joran Siri 1


Kategori Pertama  :   Tangkapan terawal     :  Sham (Ueya)

Kategori Kedua     :   Tangkapan terbanyak :  Abg Ali

Kategori Ke tiga    :   Tangkapan terbesar   :  Abg Ali

Hadiah cabutan bertuah :

Cabutan Pertama   :   Abg Ali

Cabutan Kedua      :   Mizan

Cabutan ketiga      :   Niklin

 



Tangkapan terawal, Sham menggunakan pancing Shimano



Juara tangkapan terbanyak & tangkapan terbesar




Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Mizan 



Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada sdr. Niklin


Aktiviti ini telah merapatkan hubungan silatur-rahim dikalangan semua pelajar, pasangan, anak-anak dan rakan-rakan di Wellington. Yang paling menarik, ialah  semua orang boleh duduk bersama walaupun berlainan (1) Darjat (Dato vs non Dato); (2) Pangkat (Pegawai vs Pelajar); (3) Kelab kereta (Mercedes vs Non-Mercedes). Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun begitu juga.



Kitalah Sahabat, Kitalah Keluarga

Thursday, December 4, 2008

Al-Fatihah

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand


Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.
Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.
Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

 

Ni berita dari NZ

Tourists dead after truck and van collide


Thursday, 04 December 2008

Two tourists were killed and four people injured when their van collided with a truck and trailer unit in south Waikato last night

The crash happened at the intersection of State Highway 1 and State Highway 5, east of Tirau.

Senior Sergeant Murray Hamilton of Taupo Police said initial inquiries showed that the van ignored a stop sign on SH5 and drove into the path of the truck and trailer unit on SH1.

Of the injured, two men were flown to Waikato Hospital in a serious condition, while two women were taken by ambulance with minor injuries. The truck driver was uninjured.

SH1 between Putaruru and Tirau was closed following the crash and diversions put in place.

Thursday, May 22, 2008

Yassin & Tahlil - Malaysian Post Grads

Pada hari sabtu (17 Mei 2008) kami sekeluarga menjemput semua Malaysian Post Grads untuk program Jalan-jalan Makan-makan (JJMM) di rumah kami di Lower Hutt. Sehubungan dengan itu,  kami mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil. Alhamdulillah semua Malaysian Post Grads dan Family dapat hadir pada majlis ini. Yang bestnya program ini mencatatkan rekod peribadi iaitu saya dan deb masak sendiri. Sini Wellington, tak ada 'caterer' woo !!!  .




 Fairuz (baju belang hitam-putih) memimpin bacaan Yassin



Mizi (Vest-Hitam) memimpin Tahlil



Kelab Wanita



Berbual Mesra sambil Menjamu Selera



Beriyani 'Time'



Sebahagian Yang Hadir- Gambar kenang-kenangan

Rakaman Setinggi Terima Kasih kepada Dato Prof. Othman, Datin dan semua sahabat-sahabat yang hadir. Kehadiran anda semua telah memeriahkan majlis ini. "Macam Raya Pulak!". Mohon maaf atas segala kekurangan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan majlis ini.