Thursday, October 14, 2010

Berakhir cuti sekolah

Minggu ini sekolah 'start' semula selepas cuti selama 2 minggu. Ain naik kelas ke kelas "Ablaze", manakala Imran masih kekal di 'Glow Worm'. Terkontang-kanting lah Imran di kelas tersebut tanpa kakaknya. Mana tidaknya, sudah hampir setahun, Ainul dan Imran berada di kelas yang sama.

Imran banyak bergantung kepada Ainul, manakala Ainul pula bersifat 'protective'. Elok sangatlah tu.. Kini masing-masing kena berdikari.

Apa kami buat masa cuti sekolah? Jawapannya tidak ada apa-apa. Lepak dirumah sahaja. Makan, tidur, makan tidur. Jika ada jemputan 'open house' kami pergi. Jika tak ada jemputan kami duduk rumah diam-diam.

1 comment:

  1. Salam Sdr Khairul & Deb

    Insya Allah kami sekeluarga dari Melbourne akan ke NZ pada akhir Dec 2010 nanti. Boleh bagi email address Khairul untuk saya hubungi, nak bertanyakan tempat2 menarik untuk dikunjungi di sana.

    Terima kasih...8)

    ReplyDelete