Wednesday, July 21, 2010

Nenek Glenys

Nenek tua bernama Glenys memang istimewa bagi pelajar-pelajar di Epuni Primary School. Beliau mengisi masa lapangnya dengan mengait 'beanie', iaitu sejenis tutup kepala yang digunakan semasa winter. Semua beanie yang telah siap dihadiahkan kepada pelajar-pelejar junior di Epuni Primary School [mungkin sekolah lain juga.. saya tidak pasti). Imran & Ainul tidak ketinggalan untuk menerima Beanie masing-masing.

Baru-baru ini kanak-kanak ini menulis surat kepada Nenek Glenys untuk mengucapkan terima kasih. Tidak lama selepas itu, mereka menerima surat balasan dari Nenek Glenys. Imran & Ainul teruja untuk menceritakan surat Nenek Glenys kepada kami.

Sebagai ibu-bapa, kami mengucapkan terima kasih kepada Nenek Glenys kerena memberi contoh dan pendidikan tidak formal kepada anak-anak kami.

1 comment:

  1. salam.. blog hopping.. singgah2 la blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara di 45 BUAH NEGARA.. :)

    ReplyDelete