Tuesday, November 17, 2009

All Whites

Nama 'All Whites" mungkin tidak se'gah' 'All Blacks', namun Sabtu lalu mereka mengalahkan Bahrain di Stadium Westpac, Wellington dengan jaringan 1-0. Kemenangan penuh makna ini membawa pasukan bola sepak New Zealand itu ke Piala Dunia.



Pada keesokan harinya, pasukan ini di arak dari Lambton Quay ke Civic Square. Kebetulan kami sekeluarga berada sana untuk menyaksikan perarakan watak-watak kartun seperti Sponge Bob, Dora the Explorer, Cinderella, The WotWots, Jester, Chipmunks, DartVader (Starwars), The Cat in the Hat dan banyak lagi sempena Santa Parade. Program ini dimulakan dengan perarakan pasukan All-Whites. Semua penonton memberikan sorakan dan menunjukkan tanda "thumbs up" kepada wira-wira mereka. Mereka diraikan seperti wira.


Hati kecil saya hairan bagaimana New Zealand boleh layak ke Piala Dunia, sedangkan bola sepak bukanlah sukan yang popular di sini. Rugby dan Cricket adalah jauh lebih popular. Dengan bilangan penduduk hanya 5 juta, mereka mampu mencari 11 orang wira untuk menyarung jersey All Whites.

No comments:

Post a Comment