Hari raya Aidil Adha jatuh pada hari Sabtu di New Zealand, berbanding dengan keluarga di Malaysia yang telah merayakannya sehari lebih awal. Namun, saya dan Deb gembira juga, sebab kami ada PhD Consortium di Auckland pada hari Khamis, ditambah pula dengan Research Seminar pada hari Jumaat. Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, nampaknya kami tidak dapat berayalah tahun ini.
Kami sekeluarga bersembahyang di Dewan Naenae College. Turut sembahyang bersama ialah Dr. Rosli, Iskandar, Dasuki, Niklin dan jemaah yang lain. Selepas sembahyang sunat Aidil Adha, kami menjemput mereka semua untuk singgah beraya di rumah kami.
Mama dan anak-anak kesayangannya
Imran 'khusyuk' mendengar khutbah Aidil Adha
Senyuman gembira di Aidil Adha
Najmi, Ainul dan Imran sungguh gembira sungguh pada hari raya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran kawan-kawan sebaya mereka. Kami kemudiannya beraya di rumah Zuryati dan Dasuki, iaitu keluarga baru yang kebetulan menetap se’taman’ dengan kami. Kami kemudiannya beraya di rumah Dr. Rosli, iaitu Pengarah MSD di NZ.
Salam Khairul,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji.. wahh meriahnya.. kirim salam kat Zuryati dan Dasuki yer..
Khairul, sorry lupa letak nama lak..
ReplyDeleteAnija
Selamat Hari Raya Aidiladha.. comeynya Ain pakai tudung hijau, kopiah Najmi & Imran pun comey juga..
ReplyDeleteSelamat hari raya Kak Na.. mamanyer tak comel ker..hahahaha
ReplyDelete