Monday, March 31, 2008

Terima Kasih Cik 'Dan'

Kami baru sahaja menerima bungkusan dari Malaysia. Terima kasih kepada Mak, Abah, dan terutamanya Cik 'Dan' kerana bersusah payah membeli dan mengeposkan pelbagai barang untuk Najmi, Ain dan Imran. Semuanya Cik 'Dan' (nama sebenarnya Mohd Azlan- adik saya yang ke 5, sedang belajar di UUM) lakukan pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.



Najmi dan Imran tak sabar nak buka



'Sea Mail' Pos Malaysia lebih murah


Alhamdulillah semua barang tersebut telah pun selamat sampai. Cik 'Dan' poskan pada 14 Februari 2008 melalui 'jalan laut' sebab cajnya lebih murah. Bagi setiap 20kg kosnya ialah RM98.10 sahaja. Masa yang diambil antara 1 hingga 6 bulan. Untuk pengiriman kali ini, kami terimanya pada 1 April 2008 (iaitu lebih kurang 1 bulan setengah sahaja)..

Sunday, March 30, 2008

Lawatan ke War Memorial Library

Epuni Kindergarten menganjurkan lawatan ke War Memorial Library. Semua kanak-kanak ditemani oleh bapa/ibu masing-masing menaiki bas yang disediakan. Saya membawa Ain dan Imran bersama-sama. Sebenarnya mereka sudah selalu datang ke Library ini. Saya akan membawa mereka ke Library ini setiap hari Isnin untuk meminjam buku atau DVD. Di sini bagi semua DVD kanak-kanak, tiada sebarang caj dikenakan. Jadi, saya selalu meminjam lebih kurang 6-8 buah DVD untuk hiburan anak-anak di rumah. Kalau di Malaysia, ada Astro.. Di sini kami terpaksa berjimat cermat..(ha ha).



(Persembahan dari Librarian)



(Taman di Luar Library)


Perkara yang menarik berkaitan dengan lawatan ini ialah semua kanak-kanak di hiburkanoleh persembahan dari 'Librarian'. Dia bercerita, membuat persembahan 'puppet', menanyi dan menari bersama kanak-kanak tersebut. Ain dan Imran amat terhibur. Selepas habis lawatan tersebut. Mereka bermainan sebentar di Taman Permainan tidak jauh dari Perpustakaan tersebut. Selepas bermain kira-kira 1 jam, kami pulang semula ke kindergarten.

Thursday, March 27, 2008

Anugerah (3)

Allah swt mengaturkan segalanya. Setahun yang lepas, saya menghantar surat memohon cuti tanpa gaji selama tiga tahun bagi mengiringi isteri melanjutkan pengajian di New Zealand. Selepas itu pula, surat pengunduran diri dari jawatan Ketua Program B.Acc(Hons). Saya berlepas meninggalkan KLIA dengan keadaan penuh ketidakpastian tentang masa depan. Saya serahkan kepada Nya.

Hati ini penuh keinginan untuk turut melanjutkan pengajian. Namun apa kan daya. Selepas semua urusan keluarga di New Zealand selesai. Saya mengambil peluang untuk bekerja secara part-time. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk mengumpul sedikit wang bagi membayar yuran dan menampung perbelanjaan keluarga. Nasihat dari mak, abah, mertua serta Prof. MKI agar sentiasa bersabar, bersembahyang dan berdoa memohon kepada Nya, tidak saya lupakan. Saya tidak berhenti berdoa memohon dari Nya.


Saya sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya Cerah ditengah hari. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa hambaNya. Deb menerima AnugerahNya dua bulan yang lepas. Walaupun saya sedih dalam gembira, namun tiba-tiba Allah swt menganugerahkan peluang untuk melanjutkan pengajian kepada saya - Anugerah(2). Dan semalam, tanpa disangka-sangka saya menerima satu lagi anugerah, iaitu kenaikan ke gred perkhidmatan yang baru.


Saya panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Saya berdoa ”Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan dosaku, dosa ibu-bapaku, dosa datuk nenek moyang ku, dosa isteri ku, dosa ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan musliman. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Kau tambahkanlah rasa syukur di hati ku. Ya Allah, Ya Tuhanku, Masukkanlah aku dalam golongan hambamu yang sentiasa mensyukuri rahmatMu... Amin Ya Allah.”


Di sini saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Mustaffa, Prof. Dr. Ibrahim Kamal, Prof. Dr. Normah, Prof. MKI, Prof. Madya Omar Samat, Prof. Madya Zaluddin dan semua (bekas) Pengarah UiTM Johor, Timbalan-Timbalan Pengarah HEA/HEP UiTM Johor dan semua pensyarah serta kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam saya menjalankan tugas. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasabaik Prof./Prof Madya/Tuan/Puan/Cik.



Kepada Mak, Abah, Ma, Abah dan seluruh ahli keluarga. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan kami sekeluarga.

Tuesday, March 25, 2008

Petani Moden

Pada awal menyewa rumah ini, kami sangkakan semak-samun apa yang penuh di pagar rumah. Rupa-rupanya buah anggur. Ain lah yang paling gembira dengan buah anggur tersebut. Ain sentiasa menyiram pokok dan membelek anggur tersebut sejak ia kecil lagi.




Imran - Mandor

Kini buah tersebut telah besar. Baru-baru ini, Ain dan Imran memetik buah anggur tersebut. Mereka sungguh gembira. Hampir penuh satu baldi di petik. Berkaitan dengan rasanya, ada yang manis dan ada yang masam. Saya pun bertanya dengan Carol (jiran), "kenapa jadi begitu ?". Beliau mengatakan saya perlu membuang daun-daunnya supaya ia terdedah kepada matahari. Bahagian yang terkena matahari akan menjadi manis.




Ain- Petani Moden

Manalah saya tahu, begitu rupanya !!!Alhamdulillah, saya mendapat pengajaran dan pengetahuan baru. Saya pun segera membuang daun-daun supaya baki buah tersebut menjadi manis. Harap-harap anggur tersebut akan menjadi manis walaupun mungkin sudah terlambat... ha ha ..

Saturday, March 22, 2008

Perhimpunan

Sudah 2 kali saya menghadiri perhimpunan di sekolah Najmi. Ibu bapa dijemput hadir pada hari Jumaat (pukul 2.30 petang) setiap dua minggu sekali. Saya mengambil peluang terus ke perhimpunan tersebut sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat. Kali pertama saya menghadiri perhimpunan ini ialah sebulan yang lalu. Saya menerima 'newsletter' dari sekolah yang mengatakan perhimpunan pada hari tersebut akan dikendalikan oleh kelas Najmi iaitu kelas 'Ablaze'. Di sini, banyak perkara yang sangat menarik berkaitan dengan perhimpunan tersebut yang ingin saya kongsikan.


Pertama kali perhimpunan tersebut di kendalikan oleh para-pelajar yang berumur 7 tahun. Majlis di acarakan secara bergilir oleh pelajar dari kelas Ablaze. Peralatan PA System, Notebook dan LCD Projector pula dikendalikan oleh pelajar yang lebih senior. Kelas di mulakan dengan nanyian pelbagai lagu. Para pelajar dan guru-guru menyanyi sambil 'menari' gembira. Mereka bukan menyanyi lagu kebangsaan New Zealand tetapi lagu-lagu motivasi seperti 'Kiwi Kids' dan 'Individuality',


Selepas itu, pelajar-pelajar kelas Ablaze berkongsi pengalaman pembelajaran mereka di dalam kelas. Kemudiannya mereka membacakan satu puisi bertajuk 'Glad to be Me'. Mereka juga menyampaikan nasihat kepada rakan-rakan yang lain. Selepas itu, upacara penyampaian hadiah. Pelbagai kategori hadiah di berikan. Namun ianya jauh bebeza dari Malaysia kerana di Malaysia hadiah diberikan bukannya kepada pelajar yang pintar sahaja (mendapat nombor 1, 2 dan 3). Di sini hadiah diberikan kepada pelajar dengan pelbagai kategori (sebab) tersendiri seperti "Always raise hand in class", "Improve writting skill", "Always wearing hat outside class" dan pelbagai hadiah lagi. Pada pendapat saya semua pelajar akan menerima hadiah bila tiba masanya. Selain itu yang menariknya juga, Ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja kerana sesi persekolahan akan tamat pada pukul 3.00 petang. Guru besar hanya bercakap selama 3 minit sahaja, yang selebihnya ialah nasihat oleh sesama pelajar.


Berkaitan dengan hadiah. Selalunya pelajar akan menerima buku ataupun sijil bersaiz kecil (saiz A5). Namun ianya cukup mengembirakan para pelajar. Pelajar akan berdiri menghadap kesemua rakan-rakan yang lain sehingga semua hadiah disampaikan. Hadiah juga tidak di 'wrap' cantik seperti di Malaysia. Penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pelajar tanpa berasakan kepintaran ini menyebab semua pelajar tidak berasa di"diskriminasi"kan dan sentiasa berminat untuk ke sekolah.


Jumaat lepas saya menghadiri perhimpunan sekolah sekali lagi, tetapi kali ini ia dikendalikan oleh pelajar berumur 8 tahun iaitu kelas 'Rising Star'. Selepas menanyikan lagu "Reaching the Star', setiap pelajar membawa objek berbentuk bintang. Mereka memperkenalkan diri dan menyatakan apakah 'kehebatan' masing-masing. Ada yang mengatakan mereka hebat di dalam 'swimming', 'painting', 'horse riding', 'singing' dan banyak lagi. Saya percaya ini baik untuk membina 'self esteam' setiap pelajar.


Pada perhimpunan kali ini, Najmi menerima hadiah sebuah buku disebabkan "konon-konon"nya menunjukkan "Showing High Interest in Math'. Ia merupakan hadiah yang ketiga di terima oleh Najmi sejak 3 bulan bersekolah di situ. Dua minggu sebelum itu, Najmi mendapat hadiah 'Button' yang tertulis "Epuni Primary School Proud of You'. Apabila saya tanyakan kenapa mendapat 'Button' ini. Najmi mengatakan dia mendapatnya disebabkan "For Being Good and Responsible". Najmi bangga kerana hanya dia dan Zara mendapat "Button" tersebut. Saya percaya semua pelajar akan mendapatnya 'bila tiba masanya'. Pada Disember tahun lepas, Najmi mendapat hadiah "For Settling Well in Fireflies". Saya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar Najmi, Ain dan Imran sentiasa gembira di sini.

Tuesday, March 18, 2008

Berita: Pengumuman Tibanya Tarikh

Kami sekeluarga penuh sabar menunggu pengumuman rasmi dari presiden Malaysian-Wellingtonion Post Graduate Association, Saudara Fairuz tentang tarikh dan masa 'fruit picking' yang akan ditetapkan pada hujung minggu ini..



Selain itu juga beliau di jangka akan mengumumkan samada program BBQ akan diadakan juga atau tidak. Jika tidak ada, saya terpaksa mengadakannya juga kerana sudah berjanji dengan Najmi, Ain dan Imran...

Berita: Nik, Fatma & New Baby

Alhamdulillah, Nik dan Fatma telah selamat menerima kelahiran cahaya mata pertama di Wellington Hospital. Tahniah mereka mendapat anak lelaki. InsyaAllah Fatma akan keluar dari Wellington Hospital pada hari ini (rabu). Mereka akan pulang ke rumah mereka di 59B Pembroke Road, Northland.



Pasangan Bahagia

Pasangan Bahagia

Teringat kembali saat-saat manis menerima kelahiran Najmi, Ain dan Imran. Timbul perasaan syukur yang amat sangat kepada Allah swt. Saat menemani deb ketika dalam ’kesakitan’ sebelum bersalin membuatkan saya insaf tentang pengorbanan ibu kepada anaknya. Saya juga lebih sayangkan deb selepas melihatnya menahan sakit lebih 5 jam sebelum bersalinkan Najmi (masuk hospital 2 pg .. bersalin pukul 9.00 pagi). Namun saya tidak ada di sisinya pada saat deb bersalinkan Najmi. Yang kelakarnya ialah, apabila deb melahirkan Ain, saya berada di sininya. Saya demam selama satu minggu selepas itu. Terpaksalah Deb dan Mak mertua saya menjaga saya pula.



Tahniah atas Kelahiran orang Baru

Tak boleh jalan berdua lagi... kena bawa botol susu selalu

Berbalik kepada Fatma and Nik, InsyaAllah kami akan melawat mereka di rumah mereka. Kami doakan agar mereka sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa. Kami mengenali Fatma dan Nik melalui friendster. Ketika itu (sebelum berlepas), kami sedang tercangak-cangak mencari contact di Wellington. Kami meng’email’ lebih 10 orang pelajar dan pegawai MSD di Hicom. Fatma dan Nik dengan pantas menghulurkan tangan memberikan bantuan. Terima kasih Nik & Fatma. Selain mereka, 4 orang pelajar undergrad juga menghulurkan tangan mereka. Kepada yang tidak sudi membantu, tidak mengapa. Kami sekeluarga faham anda sibuk dengan pelajaran dan tugas-tugas rasmi anda.