Showing posts with label Turao. Show all posts
Showing posts with label Turao. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Bermain Salji di Turao

Kami tiba di Turao selepas pendakian bersalji sejauh 6 km. Najmi, Ain dan Imran melompat keriangan. Alhamdulillah cuaca amat baik pada ketika itu. Namun ianya amat sejuk dan berangin.





Saya menyewa sebuah ‘Sled’ iaitu papan luncur yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak. Ianya cuma beharga NZ$10 sahaja. Sementara itu, bagi rakan-rakan yang lain seperti Sham, Zura, Arisah dan Siti mereka mengambil kesempatan belajar bermain ski. Kelas peribadi dan lesen ski hanya melibatkan kos NZ95 sahaja. Bagi saya dan deb, keseronokan melayan anak-anak lebih utama dan sudah cukup menggembirakan





Najmi, Ain dan Imran sibuk dengan ‘sled’ tersebut. Mereka meluncur dari kawasan tinggi ke lembah yang rendah. Yang malasnya ialah ketika nak menarik semula papan sled tersebut ke atas. Tapi bagi anak-anak ini, itu tidak menjadi masalah. Cuaca yang sejuk dan berangin tidak sama sekali mematahkan keseronokan mereka bermain.





Snowman yang cuba dibina tidak menjadi kenyatan. Meluncur ‘sled’ lebih menyeronokkan. Kami berehat sebentar menikmati kopi dan coklat panas sebelum menyambung semula permainan.Selepas penat seharian bermain salji, kami bergegas turun ke hotel untuk berehat dan membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya.




...bersambung