Showing posts with label Mount Ruapehu. Show all posts
Showing posts with label Mount Ruapehu. Show all posts

Monday, July 14, 2008

Rombongan 'Che Kiah' Berehat

Setelah penat bermain snow, semua ahli rombongan Che Kiah bermalam di Ohakune. Kami memilih sebuah budget motel iaitu Miro Ridge. Yang menariknya untuk rombongan kali ini, semua ahli rombongan membawa makanan masing-masing. Memang lawak tetapi benar. Periuk nasi pun bawa. Mana tidaknya, bukan senang nak cari makanan halal kat sini.




Bergambar bersama Snowman Batu .. ha ha


Bila disemak semua stok makanan yang dibawa, MasyaAllah banyaknya, seperti nak naik kapal laut dari Tanah Melayu ke Mekah. Terdapat kari ayam, kari daging, kari kambing, kurma ayam, sambal ikan bilis, nasi lemak, ayam panggang rosemary, sambal belacan, ikan masin, ulam-ulaman, sayur cap choi, spaghetti bolognese, spiral goreng dan pelbagai makanan mentah yang belum dimasak. Seronok rasanya melihat semua makanan ini. Mana tidaknya, dah jemu makan makanan sendiri. Jika dapat merasa masakan orang lain, memang sedap sahaja.




Hasilnya malam itu kami makan dengan sunggh berselera sebelum berehat untuk perjalanan keesokan harinya.


... bersambung

Friday, July 11, 2008

Bermain Salji di Turao

Kami tiba di Turao selepas pendakian bersalji sejauh 6 km. Najmi, Ain dan Imran melompat keriangan. Alhamdulillah cuaca amat baik pada ketika itu. Namun ianya amat sejuk dan berangin.





Saya menyewa sebuah ‘Sled’ iaitu papan luncur yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak. Ianya cuma beharga NZ$10 sahaja. Sementara itu, bagi rakan-rakan yang lain seperti Sham, Zura, Arisah dan Siti mereka mengambil kesempatan belajar bermain ski. Kelas peribadi dan lesen ski hanya melibatkan kos NZ95 sahaja. Bagi saya dan deb, keseronokan melayan anak-anak lebih utama dan sudah cukup menggembirakan





Najmi, Ain dan Imran sibuk dengan ‘sled’ tersebut. Mereka meluncur dari kawasan tinggi ke lembah yang rendah. Yang malasnya ialah ketika nak menarik semula papan sled tersebut ke atas. Tapi bagi anak-anak ini, itu tidak menjadi masalah. Cuaca yang sejuk dan berangin tidak sama sekali mematahkan keseronokan mereka bermain.





Snowman yang cuba dibina tidak menjadi kenyatan. Meluncur ‘sled’ lebih menyeronokkan. Kami berehat sebentar menikmati kopi dan coklat panas sebelum menyambung semula permainan.Selepas penat seharian bermain salji, kami bergegas turun ke hotel untuk berehat dan membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya.




...bersambung

Wednesday, July 9, 2008

Cuti-cuti Kiwi

Cuti sekolah sudah bermula. Ia selama 2 minggu. Sejak sebulan lalu, kami dan rakan-rakan pelajar 'Post Grad' dan keluarga masing-masing merancang bercuti ke Mount Ruapehu, Lake Taupo dan Rotorua. Mesyuarat Luar Biasa (EGM) telah diadakan di Masjid Kilbirnie dan kemudiannya di kediaman Mas & Madi di Ross Street.





Antara rakan-rakan yang bersama-sama dalam percutian ini ialah Madi-Mas & Family, Sham-Zura, Bel-Abg Ali & Family, Siti Alwani dan Arisah. Perjalanan ke Mout Ruapehu mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Wellington. Kami bertolak pada pukul 4 pagi dan tiba bandar Ohakune (bandar di kaki gunung Ruapehu) pada pukul 9.00 pagi. Kami memilih menggunakan highway SH1, iaitu Wellington- Levin-Bulls- Waioru - Ohakune iaitu melalui Desert Road. Keindahan Mount Ruapehu jelas kelihatan ketika memandu di Desert Road. Najmi, Ain dan Imran melompat teruja tidak sabar untuk tiba di sana.




Selepas berhenti sebentar di Ohakune, kami memandu terus ke Turao yang terletak 17 km dari bandar Ohakune. Setelah memandu sejauh 11 km. kami berhenti memasang 'chain' pada tayar kereta bagi memastikan keselamatan ketika mendaki jalan yang bersalji. Najmi, Ain dan Imran tidak duduk diam di dalam kereta bila melihat salji yang memutih di kiri dan kanan jalan. (Maklumlah di Wellington.. tiada salji turun)




...bersambung