Sunday, December 27, 2009

Air Kelapa Muda

Dua minggu yang lalu, Najmi terkena chicken pox. Alhamdulillah, selepas seminggu dia pulih sepenuhnya. Tapi pada hari ini, Ainul dan Imran pula menyambung kisah chicken pox ini. Jika dibandingkan dengan pengalaman terkena chicken pox di Malaysia, ramai sahabat mengatakan bahawa bagi mereka yang terkena chicken pox di New Zealand pengalamannya kurang menyeksakan. Mungkin faktor cuaca menyebabkan ia tidak segatal di Malaysia. Mungkin juga kanak2 ini leka dengan permainan elektronik dan channel TV 24 jam.

Bila terkena penyakit ini, kami teringat akan air kelapa muda. Itulah minuman yang diberikan kepada pesakit chicken pox di Malaysia. Puas saya berpusing-pusing ke beberapa kedai untuk mencarinya. Kalau di Malaysia semua kedai mamak ada menjual buah kelapa ini. Pencarian ini berakhir di Supermarket PakNSave dan kedai Asian (Yan Trading). Harganya ialah NZD 4.00 sebiji. Maklumlah jauh importnya dari Thailand.

Tiba-tiba timbul beberapa persoalan berkaitan chicken pox ini. Mungkin boleh dijadikan asas kajian, antaranya:


  1. Apakah kesan air kelapa muda kepada pesakit chicken pox?
  2. Adakah faktor usia mempengaruhi tahap kesakitan dan tempoh penyembuhan
  3. Adakah mereka yang sudah mendapat chicken pox sebenarnya immune 100% kepada penyakit ini
  4. Apakah kesan menggoreng ikan kepada pesakit chicken pox
  5. Apakah kesan air hujan kepada parut chicken pox
  6. Apakah kesan makan ayam kepada pesakit chicken pox.. ha ha ..

No comments:

Post a Comment