Thursday, December 31, 2009

Perkahwinan

Hari ini genap 9 tahun perkahwinan kami. Apabila diimbas, banyak kenangan suka-duka sepanjang tempoh ini. Alhamdulillah, kami berjaya melaluinya dengan berkat doa dan sokongan ibu-bapa dan ahli keluarga yang lain. Perkahwinan sebenarnya hubungan antara dua keluarga. Kami bersyukur kepada Allah swt bahawa atas keharmonion dan kesejahteraan yang di anugerahkan oleh Allah kepada kepada kedua-dua keluarga kami.

Kami berdoa kepada Allah swt agar perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat kami. Ya Allah, jadikan perkahwinan kami penuh dengan keberkatan dan kegembiraan. Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah kesihatan yang baik kepada kedua-dua orang tua kami. Yang Allah Tuhan Maha Pengasih, Jalinkan kasih sayang antara keluarga kami. Ya Allah kurniakan kami anak-anak anak yang soleh dan solehah. Amin yang Allah.

Sunday, December 27, 2009

Air Kelapa Muda

Dua minggu yang lalu, Najmi terkena chicken pox. Alhamdulillah, selepas seminggu dia pulih sepenuhnya. Tapi pada hari ini, Ainul dan Imran pula menyambung kisah chicken pox ini. Jika dibandingkan dengan pengalaman terkena chicken pox di Malaysia, ramai sahabat mengatakan bahawa bagi mereka yang terkena chicken pox di New Zealand pengalamannya kurang menyeksakan. Mungkin faktor cuaca menyebabkan ia tidak segatal di Malaysia. Mungkin juga kanak2 ini leka dengan permainan elektronik dan channel TV 24 jam.

Bila terkena penyakit ini, kami teringat akan air kelapa muda. Itulah minuman yang diberikan kepada pesakit chicken pox di Malaysia. Puas saya berpusing-pusing ke beberapa kedai untuk mencarinya. Kalau di Malaysia semua kedai mamak ada menjual buah kelapa ini. Pencarian ini berakhir di Supermarket PakNSave dan kedai Asian (Yan Trading). Harganya ialah NZD 4.00 sebiji. Maklumlah jauh importnya dari Thailand.

Tiba-tiba timbul beberapa persoalan berkaitan chicken pox ini. Mungkin boleh dijadikan asas kajian, antaranya:


  1. Apakah kesan air kelapa muda kepada pesakit chicken pox?
  2. Adakah faktor usia mempengaruhi tahap kesakitan dan tempoh penyembuhan
  3. Adakah mereka yang sudah mendapat chicken pox sebenarnya immune 100% kepada penyakit ini
  4. Apakah kesan menggoreng ikan kepada pesakit chicken pox
  5. Apakah kesan air hujan kepada parut chicken pox
  6. Apakah kesan makan ayam kepada pesakit chicken pox.. ha ha ..

Tuesday, December 22, 2009

Free Quran Software

Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan satu software (freeware) Al-Quran yang sangat menarik. Boleh dowload dari website imaanstar.com. Apa yang perlu di buat ialah download (dan install) main program, dan kemudian download (dan install) surah/juzuk pilihan. Selain itu boleh pilih Qari yang digemari dan juga translation dalam bahasa apa yang dikehendaki.



Selamat mencuba

Tuesday, December 8, 2009

The seven secrets of highly successful PhD students

attached is a link to the article stated above.

http://www.grad.ac.uk/downloads/documents/PGR%20tips%20archive/PGR%20Tips%20Issue%2013.pdf

Thursday, December 3, 2009

Pencuri Masa

Pencuri Masa. Itulah antara modul yang sering dijalankan dengan peserta modul pembangunan pelajar. Kami bersama dengan sahabat setia modul-modul ini sepert Yamin, Basha, Roshasri, Juliana, Us. Sazali, Us. KZ, Us. Nawawi, Ustazah Zuina, Us. Lokman dan ramai lagi, memang sudah hafal dan lali dengan modul ini. Di akhir modul ini, peserta akan mengenali apakah aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang sering menghalang kecemerlangan pelajar.




Berbalik kepada pengajian PhD di New Zealand, ada banyak pencuri-pencuri masa, anatara yang paling hebat ialah facebook dan trademe.co.nz.


Kepada sahabat semua, selamat mengenali pencuri masa anda.

Wednesday, December 2, 2009

Queen Elizebeth Park & Lindale Farm

Pada hari raya ke dua, kami bersama-sama dengan beberapa keluarga yang lain mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ke Queen Elizebeth Park dan Lindale. Awal pagi lagi, Ainul, Nami, dan Imran melompat gembira bila diberitahu bahawa kami akan membawa mereka untuk memberi makanan kepada biri-biri dan rusa.

Jejaka Handsome Wellington

Kaum Ibu pun posing jugak


Antara kanak-kanak yang hadir. Yang lain semuanya lari mengejar Tram

Cita-cita saya nak jadi "Gardener"

Saya geli dengan lidah rusa ni

Ainul relaks je


Imran naik Pony je

Aktiviti yang paling Ainul suka


Imran posing kat antara Tram yang tertua di Wellington

Dalam perjalanan pulang, semua anak-anak tertidur kepenatan. Aktiviti ini amat memuaskan hati mereka berbanding dengan berjalan-jalan di Supermarket.