Alhamdulillah, Persatuan pelajar post-grad Malaysia di Wellington telah mengadakan majlis ‘farewell’ dan juga perkenalan kepada sahabat baru. Majlis begitu meriah dengan kehadiran semua pelajar post-grad dan keluarga, staf Hicom + JPA dan keluarga, dan sahabat-sahabat lain. Majlis BBQ dan makan-makan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pelbagai juadah di sediakan. Semuanya amat sedap dan mengiurkan.
Kami kemudiannya sembahyang zohor berjemaah. Selepas itu, semua hadirin di perkenalkan dengan sahabat baru iaitu Puan Rashidah Bolhassan dan keluarga. Majlis disusuli dengan ucapan dari sahabat yang akan pulang iaitu : Sufian & Nita; Fairuz; Ida; Nazrina; dan Sham & Zura. Hiba dan sedih sungguh rasa hati mendengar ucapan mereka. Selepas itu, majlis disusuli dengan ucapan Puan Siti Jalilah (aka CT.J).
Tiada lagi senyuman manis Nazrina
Jasa mu Pian tidak akan kami lupakan
Majlis berakhir dengan tayangan klip video “Pelangi Petang’. Video ni memang tangkap nangis punya. Boleh di lawati di website welly post grads.
---Sekian --
Doa kami untuk sahabat yang akan pergi
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa kami. Berikanlah kepada mereka pertolongan sebagaimana mereka telah menolong kami. Berikanlah kepada mereka bimbingan sebagaimana mereka membimbing kami. Ya Allah Ya Tuhanku. Mudahkan jalan hidup mereka dan kurniakanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat..
Terima kasih kerana membantu kami sejak tiba di Wellington. Ketika kami terkapai-kapai di mencari tempat berteduh, mencari ranting untuk bergantung, Mereka menghulurkan tangan dengan penuh keihlasan. Pelbagai bantuan, sokongan, nasihat diberikan. Walaupun asing pada awalnya, namun kami menjadi satu keluarga yang besar. Tiada sengketa, tiada hasad, tiada dengki dan benci, Yang ada cuma perasaan hormat dan kasih sayang. Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan berkekalan. Amin.
Khairul, saya sudah mula merasakan tangan2 yg membantu dari insan2 yang belum kami kenali.. dan saya amat bersyukur. Saya doakan semoga persahabatan Khairul dan kawan2 akan tetap berkekalan.
ReplyDeleteSalam Anija
ReplyDeleteSelamat mengembara ke Dunedin. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar dan selamat. Nanti bila dah settle down semuanya, giliran Anija pula menghulurkan tangan, memberikan bantuan.