Monday, April 27, 2009
Pelangi Petang
Video Clip - Ehsan Jask & Mask Production
Sunday, April 26, 2009
Majlis Farewell & Perkenalan
Alhamdulillah, Persatuan pelajar post-grad Malaysia di Wellington telah mengadakan majlis ‘farewell’ dan juga perkenalan kepada sahabat baru. Majlis begitu meriah dengan kehadiran semua pelajar post-grad dan keluarga, staf Hicom + JPA dan keluarga, dan sahabat-sahabat lain. Majlis BBQ dan makan-makan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pelbagai juadah di sediakan. Semuanya amat sedap dan mengiurkan.
Kami kemudiannya sembahyang zohor berjemaah. Selepas itu, semua hadirin di perkenalkan dengan sahabat baru iaitu Puan Rashidah Bolhassan dan keluarga. Majlis disusuli dengan ucapan dari sahabat yang akan pulang iaitu : Sufian & Nita; Fairuz; Ida; Nazrina; dan Sham & Zura. Hiba dan sedih sungguh rasa hati mendengar ucapan mereka. Selepas itu, majlis disusuli dengan ucapan Puan Siti Jalilah (aka CT.J).
Tiada lagi senyuman manis Nazrina
Jasa mu Pian tidak akan kami lupakan
Majlis berakhir dengan tayangan klip video “Pelangi Petang’. Video ni memang tangkap nangis punya. Boleh di lawati di website welly post grads.
---Sekian --
Doa kami untuk sahabat yang akan pergi
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa kami. Berikanlah kepada mereka pertolongan sebagaimana mereka telah menolong kami. Berikanlah kepada mereka bimbingan sebagaimana mereka membimbing kami. Ya Allah Ya Tuhanku. Mudahkan jalan hidup mereka dan kurniakanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat..
Terima kasih kerana membantu kami sejak tiba di Wellington. Ketika kami terkapai-kapai di mencari tempat berteduh, mencari ranting untuk bergantung, Mereka menghulurkan tangan dengan penuh keihlasan. Pelbagai bantuan, sokongan, nasihat diberikan. Walaupun asing pada awalnya, namun kami menjadi satu keluarga yang besar. Tiada sengketa, tiada hasad, tiada dengki dan benci, Yang ada cuma perasaan hormat dan kasih sayang. Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan berkekalan. Amin.
Thursday, April 16, 2009
Teaser Travelog Haji
Sunday, April 12, 2009
Fruit Picking di Otaki
Dua minggu yang lepas, kami menyertai aktiviti ‘fruit picking’ anjuran Persatuan Malaysian Post-Grad yang bertempat di Otaki. Inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak teruatamanya Ainul.
Najmi, Ainul, Imran.. Pilih yang merah macam ni
Yang ni ok tak mama ?
Ain lah yang paling gembira
Satu minggu ni saya bawa bekal epal ye papa ?
Jangan pilih yang bantut macam ni
Ini buah pear
Susahnya nak tarik buah ni
Posing di ladang cili
Ini pedas ni..
Ni guna kaedah hidroponik ke papa ?
Masak lomak pun sodap
Dah siap.. jom kita balik
Terima kasih kepada Uncle Zaidi dan Auntie Haza kerana menganjurkan program ini. Syabas dari kami sekeluarga.
Thursday, April 9, 2009
Najmi pun rindukan Cik Ja
Najmi pun rindukan Cik Ja
Najmi tak sabar nak suruh Cik Ja masak mee yang tersedap.
Tapi .. Najmi tak nak Cik Ja mandikan Najmi lagi, sebab Najmi malu (dah besar)
Najmi tak sabar nak naik kereta 'sport' cik Ja , vroooom, vrooom,
Najmi nak Cik Ja belanja KFC, McDonald, PIzza, Kenny Rogers, Chicken Rice, Apam Balik, Lemang, Roti canai tampal dan banyak lagi.
Kalau Cik Ja sayang kat Najmi, belikanlah Najmi PSP, PS3 dan Nintendo.. he he