Monday, January 11, 2010

Strawberry Picking & Levin Park

Untuk mengisi masa pada Sabtu lepas, saya membawa mereka ke Otaki untuk strawberry picking. Inilah aktiviti yang paling Ainul sukai. Alhamdulillah cuaca pun baik pada hari tersebut.

Imran - petani moden

Ainul pilih yang merah sahaja

Banyak tak strawberry saya Mama?


Kena bayar ke atau percuma ?


Bapa Mithali dan 3 anak

Selepas aktiviti 'strawberry picking', saya membawa Najmi, Ainul dan Imran ke Levin Park, yang terletak 30 minit di utara Otaki. Taman permainan ini amat menarik bagi kanak-kanak. Bagi yang dewasa, kami menghabis masa makan-makan dan berbual-bual dengan rakan-rakan sambil mengawasi anak yang bermain.

Buah hati papa

Anak bapak
Rambut tu di potong sendiri .. macam Auntie Shafinah

I made it !!

Lebih kurang pukul 4 petang, kami bertolak pulang ke Wellington. Kepada rakan-rakan yang menyertai aktiviti ini, saya ucapkan terima kasih. Saya sebernarnya sedar ada rakan-rakan yang hadir semata-mata untuk meneman dan menghiburkan anak-anak saya, bukan untuk strawberry picking sangat pun. Saya ucapkan terima kasih.

Friday, January 8, 2010

Pingat Logam

Saya teringat kembali kenangan minggu pertama berada di Wellington. Saya dan Deb pergi ke Halal Butcher, di Riddiford Street, Newtown. Tiba-tiba kami terserempak dengan seorang wanita rakyat Malaysia. Orangnya berumur, memakai baju kurung dan sedang sibuk membeli daging. Dia menyapa kami dan bertanya beberapa soalan ‘basic’ . Di akhir perbualan kami memperkenalkan diri kami, dan kemudiannya bertanya “Apa nama puan?”. Dia tersenyum-senyum, seperti malu kucing, sambil berkata, “Tak apalah, nanti you akan tahu siapa saya”. Saya dan Deb ditinggalkan terpinga-pinga oleh beliau. Mungkin beliau orang yang mempunyai gelaran.

Title atau gelaran merupakan sebahagian dari budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Macam-macam gelaran ada seperti Encik, Cik, Tuan, Puan, Tuan Haji, Puan Hajjah, Datuk, Datin, Dato Seri, Datin Seri, Tan Sri, ?, Tun, ?. Dalam dunia akademik Malaysia pun ada Dr., Prof. Madya, Professor dan sebagainya. Masing-masing membawa maksud yang berbeza. Semua gelaran ini adalah untuk membezakan satu kumpulan manusia dengan satu kumpulan yang lain.

Apabila berada di luar negara, ‘gelaran-gelaran’ seperti ini tidakldiagungkan seperti di Malaysia. Contohnya terdekat ialah kedua-dua supervisor kami, semua ahli fakulti memanggil mereka sebagai Tony dan Keitha sahaja. Pada mulanya kami agak janggal juga, tapi lama-lama sudah menjadi kebiasaan. Kalau di Malaysia, pemanggil mungkin akan di’sound’ kerana tidak 'reti' hormat pada orang yang ber’gelaran’ tersebut. Silap haribulan, gelaplah kerjaya dan masa depan budak itu.

Secara peribadi, saya hormat orang yang mempunyai gelaran-gelaran tersebut. Namun, ia bukanlah boleh dipaksa-paksa. Penghormatan sebenar lahir dari hati nurani manusia itu sendiri. Manusia dihormati kerana keperibadiannya, kerana ilmunya, kerana umurnya, kerana jasanya, kerana alimnya, kerana. kerana. kerana. tapi bukan Bukan Kerana Beberapa Keping Pingat Logam dalam simpanannya. Kepada mereka yang taksub dengan gelaran-gelaran tersebut, saya cadangkan agar jangan lupa untuk berpesan kepada anak-anak supaya arahkan Pembaca talkin turut menyebut Pingat-Pingat Logam anda.

Thursday, January 7, 2010

Jalan-jalan di Doota

Nampaknya Mama (Deb) telah berkesempatan untuk berjalan-jalan di Doota pada waktu malam selepas selesai conference. Harap Mama enjoy di sana.

Semoga conference ini memberi input yang berguna

Doota

Wan Adibah-JCAE 2010

Dah beli apa tu?

Sementara itu keadaan di Wellington terkawal dan baik. Imran dan Ainul telah pulih dari Chicken Pox. Mereka juga mendapat makanan 3 kali sehari. InsyaAllah, weekend ini kami akan pergi fruit picking di Otaki dan bermain di Lindale Park. Selain itu, semalam Mr. Papa bawa anak-anak ke PakNSave untuk beli barang keperluan. Yang menariknya, semasa dalam kereta Imran dan Ainul asyik berpesan, "Papa, you can't marry another woman". Saya terkejut mendengar pesanan itu. Saya tanyakan "kenapa." Mereka berdua memberi justifikasi panjang bersilih ganti antara Imran dan Ainul. Saya ketawa kecil mendengar hujah anak-anak budak berumur 5 dan 6 tahun. Mereka berdua sebenarnya hanyalah menjalankan amanah dan pesanan Mama mereka. He He.

Wednesday, January 6, 2010

Day 3: Presentation Day

Saya update beberapa gambar Deb pada hari perbentangan.



Hujan Salju bersama Dr. Mazlina

Pulang dengan kepuasan

Senyuman mama (Deb) nampaknya lebih manis setelah selesai pembentangan. Mungkin mama telah terbayangkan kedai-kedai yang ingin dilawati .. ha ha.. Jangan marah Mama.. Ucapan dari kami "Shopping jangan tak shopping... Alang-alang dah sampai.. pergi beli banyak sikit.. untuk hadiah atau jual pada kawan2 kat Wellington. He He."

Tuesday, January 5, 2010

Kanak-kanak & Persahabatan

Semalam, Najmi menerima kunjungan terakhir dari Nabhan. Nabhan akan pulang ke Malaysia kerana ayahnya, Mizan telah menamatkan pengajian di peringkat PhD. Dia akhir kunjungan tersebut, barulah saya maklumkan kepada Najmi bahawa Nabhan akan pulang ke Malaysia. Najmi terduduk - sedih dan dan begitu kecewa. Dia terus ke komputer dan ber'pura-pura' bermain game di internet untuk melindungi perasaannya. Najmi rasa kehilangan.

Najmi & Nabhan

Persahabatan antara kanak-kanak amat berbeza dengan persahabatan orang dewasa. Ianya suatu yang sangat mudah. Kanak-kanak bersahabat tanpa melihat warna kulit, bangsa, bahasa, harta dan sebagainya. Bagi mereka persahabatan adalah suatu proses sponton mengikut fitrah dan naluri. Mereka berkawan, bergaduh, dan esoknya berkawan kembali. Tiada dengki atau hasad dalam persahabatan kanak-kanak.

Jauh berbeza dengan orang dewasa yang menjadikan persahabatan suatu yang begitu kompleks. Kadangkala, orang dewasa bersahabat kerana 'bulu', fahaman politik, peluang perniagaan, peluang kerjaya, dan apa-apa sahaja yang menguntungkan. Bilamana tiada lagi keperluan yang menguntungkan, maka persahabatan tidak lagi perlu dijalinkan. Malah selisih di tepi jalan pun buat tak nampak. Namun itu sudah cukup baik. Ada setengahnya akan diakhiri dengan cercaan, kejian dan aksi tikam belakang yang begitu kejam dan amat mengerikan.

Sunday, January 3, 2010

Day 1: Tiba di Seoul

Alhamdulillah, Deb telah selamat tiba di Seoul, Korea.

Depan Hotel


Seoul National University

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga percaya "Mama Boleh !!"

Saturday, January 2, 2010

Winter Sonata

Semalam 1 Januari 2010, Deb(Mama) terbang ke Seoul, Korea, sempena Symposium 2010-Journal of Accounting and Economics (JCAE). Perjalanan kali ini agak panjang iaitu dari Wellington-Auckland-KLIA-Seoul. Mama transit 3 jam di KLIA sebelum bertolak ke Seoul. Saya dan anak-anak ucapkan syabas pada Mama kerana menjadi pleanary speaker untuk salah satu sesi bagi symposium ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas anugerahNya. Allah makbulkan doa dan usaha gigih mama kerana bukan semua 'research paper' diterima untuk perbentangan di JCAE. Bilangan pembentangan juga adalah sangat terhad. Kami sekeluarga doakan keselamatan dan kejayaan mama.

Bye Bye Mama, jangan lupa beli tau ..

Pihak pengajur (JCAE) juga membiayai kos perjalanan mama, ditambah pula peruntukan dari pihak SACL, VUW. Selepas habis symposium ini, mama akan meyertai Doctoral Consortium yang dikendalikan oleh Katherine Schipper, Dan Simunic dan Ross Watts. Kepada Papa, kenalah usaha lebih kuat lagi supaya boleh cemerlang macam mama. hu hu.

Selepas habis program ini, barulah mama akan pergi bercuti sambil ber'shopping'. Mengikut telahan, mama akan banyak menumpukan masa di Dongdaemun Market. He he..