Thursday, May 14, 2009

Menghitung Hari

Kami sekeluarga menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Najmi, Ainul dan Imran sudah tidak sabar lagi. Habis semua cikgu di sekolah diberitahu mereka. Cikgu-cikgu bertanya saya, adakah kami akan pulang semula ke sini. Saya terpaksa menerangkannya. Mereka lega bila mengetahui bahawa Najmi dan Ainul akan pulang semula ke sekolah itu.

Mungkin dalam tempoh dua tahun lagi, Najmi, Ainul dan Imran akan meninggalkan terus semua cikgu-cikgu dan kawan-kawan mereka. Pasti saat itu, mereka akan sangat sedih. Mana tidaknya, semua cikgu-cikgu dan kawan-kawan teramat baik. Walaupun kami 'merantau' di sini, namun tiada langsung diskrimininasi. Mereka berkawan dan dilayan seperti mana murid kiwi yang lain.

Sunday, May 10, 2009

All Black Malaysia

Semuanya berbaju hitam. Ianya melambang perpaduan dan keberanian menentang musuh. Kami semua nekad untuk berjuang habis-habisan dalam menentang lawan. Begitulah bersemangat seluruh warga Post-grad di Wellington.

Program kali ini dianjurkan oleh Bro Zaidi. Entah macam mana Bro Zaidi mendapat idea untuk mencabar pasukan Indonesia dalam pertandingan bola tampar. Yang pastinya pasukan lawan berlatih setiap minggu sejak beberapa tahun yang lalu. Sedangkan pasukan dari Malaysia hanya baru sekali berlatih. Walaubagaimanapun itu tidak menjadi kegentaran..


Team A (Muda dan Tua bergabung tenaga) he he


Pengurus: Bro. Syafiq, Bro Hadi & En. Dzul

Penyokong dari pasukan Malaysia mula memenuhi Dewan Kolej Newlands. Setelah memanaskan badan, perlawanan pun bermula. Tempik sorak dari penyolong Malaysia amat gamat sekali. Dewan Kolej Newland adalah kawasan Indonesia (ibarat Istora Senayan), tapi penyokong Malaysialah yang paling padu dan gamat sokongannya.


Ain dan Kak Alia memberikan sokongan


Team B Bersedia Mengasak Lawan

Setelah beberapa jam bermain, Pasukan Indonesia disitiharkan menang 3-1. Terlupa nak beritahu, saya pun main juga pada hari tu. Seronok juga exercise walaupun tidak keluar peluh. Mungkin selepas ini, boleh diadakan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan.

Monday, April 27, 2009

Pelangi Petang

Video Clip istimewa untuk Nita & Sufian; Fairuz; Ida; Sham dan Zura; dan Nazrina


Video Clip - Ehsan Jask & Mask Production

Sunday, April 26, 2009

Majlis Farewell & Perkenalan

Alhamdulillah, Persatuan pelajar post-grad Malaysia di Wellington telah mengadakan majlis ‘farewell’ dan juga perkenalan kepada sahabat baru. Majlis begitu meriah dengan kehadiran semua pelajar post-grad dan keluarga, staf Hicom + JPA dan keluarga, dan sahabat-sahabat lain. Majlis BBQ dan makan-makan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pelbagai juadah di sediakan. Semuanya amat sedap dan mengiurkan.


 




Meriah.. siap ada belon lagi




Aktiviti makan sambil beramah mesra bermula





Kelab Briscoes Wellington. Duduk dari kiri Nita (Presiden), Puan CT-J (Penasihat), Zura (S/U)




Makanan rasmi




Ikan pun ada

 




Mizan sedang memperkenalkan diri kepada Pn. Rashidah

Mizan: "semua kengkawan panggil saya King Mizan"

Puan Rashidah : (Dalam hati)."Betul ke mamat ni?"

Kami kemudiannya sembahyang zohor berjemaah. Selepas itu, semua hadirin di perkenalkan dengan sahabat baru iaitu Puan Rashidah Bolhassan dan keluarga. Majlis disusuli dengan ucapan dari sahabat yang akan pulang iaitu : Sufian & Nita; Fairuz; Ida; Nazrina; dan Sham & Zura. Hiba dan sedih sungguh rasa hati mendengar ucapan mereka. Selepas itu, majlis disusuli dengan ucapan Puan Siti Jalilah (aka CT.J).




Tiada lagi senyuman manis Nazrina




Jasa mu Pian tidak akan kami lupakan




Bro Fairuz selalu berkata:

"Biar kita datang ke sini dulu susah,

tapi jangan biarkan kawan-kawan lain susah macam kita,

Tolonglah kawan-kawan kita, hulurkan tangan, berilah bantuan,

 


"Nita, Terima kasih kerana membuka rumahmu

untuk kami yang baru tiba di Wellington"



Perginya Sham, satu kehilangan yang besar




Ida.. kami sekeluarga akan merinduimu




Zura, sekejap sungguh masa berlalu



All Black Kg Jawa



Kami bagaikan satu keluarga



Kanak-kanak bergambar bersama Nita "Penaja Rasmi Aiskrim"



"Kambate - Kambate ... "

Persembahan dan Wellington Lions

Majlis berakhir dengan tayangan klip video “Pelangi Petang’. Video ni memang tangkap nangis punya. Boleh di lawati di website welly post grads.


 


 ---Sekian --


 


 


Doa kami untuk sahabat yang akan pergi


Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa kami. Berikanlah kepada mereka pertolongan sebagaimana mereka telah menolong kami. Berikanlah kepada mereka bimbingan sebagaimana mereka membimbing kami. Ya Allah Ya Tuhanku. Mudahkan jalan hidup mereka dan kurniakanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat..


Terima kasih kerana membantu kami sejak tiba di Wellington. Ketika kami terkapai-kapai di mencari tempat berteduh, mencari ranting untuk bergantung, Mereka menghulurkan tangan dengan penuh keihlasan. Pelbagai bantuan, sokongan, nasihat diberikan. Walaupun asing pada awalnya, namun kami menjadi satu keluarga yang besar. Tiada sengketa, tiada hasad, tiada dengki dan benci, Yang ada cuma perasaan hormat dan kasih sayang. Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan berkekalan. Amin.



Thursday, April 16, 2009

Sunday, April 12, 2009

Fruit Picking di Otaki

Dua minggu yang lepas, kami menyertai aktiviti ‘fruit picking’ anjuran Persatuan Malaysian Post-Grad yang bertempat di Otaki. Inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak teruatamanya Ainul.



Najmi, Ainul, Imran.. Pilih yang merah macam ni



Yang ni ok tak mama ?



Ain lah yang paling gembira



Satu minggu ni saya bawa bekal epal ye papa ?



Jangan pilih yang bantut macam ni



Ini buah pear



Susahnya nak tarik buah ni



Posing di ladang cili



Ini pedas ni..



Ni guna kaedah hidroponik ke papa ?



Masak lomak pun sodap



Dah siap.. jom kita balik


Terima kasih kepada Uncle Zaidi dan Auntie Haza kerana menganjurkan program ini. Syabas dari kami sekeluarga.

Thursday, April 9, 2009

Najmi pun rindukan Cik Ja

Saya senyum + hiba membaca blog entri dari Cik Ja (suatumasa). Cik Ja menzahirkan rasa rindunya pada Najmi. Sebagai balasnya, 

Najmi pun rindukan Cik Ja

Najmi tak sabar nak suruh Cik Ja masak mee yang tersedap.

Tapi .. Najmi tak nak Cik Ja mandikan Najmi lagi, sebab Najmi malu (dah besar)

Najmi tak sabar nak naik kereta 'sport' cik Ja , vroooom, vrooom,

Najmi nak Cik Ja belanja KFC, McDonald, PIzza, Kenny Rogers, Chicken Rice, Apam Balik, Lemang, Roti canai tampal dan banyak lagi.

Kalau Cik Ja sayang kat Najmi, belikanlah Najmi PSP, PS3 dan Nintendo.. he he