Tuesday, November 18, 2008

Day 1: Wellington-Manukau City

Auckland City !! Itulah rancangan percutian selepas lulus pembentangan proposal. Namun apa pun, ia hanya berjaya direalisasikan selepas lulus ujian memandu terlebih dahulu. Kami bertolak dari rumah ke Auckland seawal 7.30 pagi.



Ohingaiti Scenic Lookout: Rehat sebentar sambil melihat pemandangan indah.


Mangaweka: Posing sambil rehat kat Kapal Terbang Cookie Time.


Utaki: Singgah-menyinggah di Wool Company ni


Dessert Road: Belakang tu punya Gunung ada Salji


Hallets Bay: Makan Tengahari kat tepi Lake Taupo


Bandar Taupo: Mat Saleh tu try hole in one kat tengah tasik Lake Taupo


Huka Falls: Sempat Lagi singgah untuk posing+rehat+makan aiskrim


Rumah Akmalia: Ainul & Adelia - sama-sama peminat Dora The Explorer

Perjalanan sejauh 650km, dijangka mengambil masa 9-10 jam. Namun kami lebih suka berhenti-henti. Najmi, Ainul dan Imran bukannya tahan untuk duduk begitu lama di dalam kereta. Yang menariknya sepanjang jalan sentiasa ada tempat rehat, jadi bolehlah berehat sebentar sambil berkelah. Selain itu, akan sentiasa ada papan tanda untuk ‘sight seing’ untuk melihat keindahan alam semula jadi yang menarik. Pukul 6.30 petang kami tiba di Top 10 Manukau City Holiday Park. Pada sebelah malam, kami makan malam di rumah Akmalia. Huh. sungguh sedap makan ikan pari masak merah di rumah Akmalia. Terima kasih atas jemputan.

Thursday, November 13, 2008

Cuti-Cuti Kiwi

Kami sekeluarga kini berada di Paihia, Bay of Islands. Selepas tiga malam tidur di Auckland, pagi tadi kami bergerak ke Paihia dan seterusnya akan bergerak ke Kaitaia sebelum menjejakkan kaki ke Cape Reinga. Ia adalah titik paling hujung di utara NZ di mana dua lautan bertemu. Bagi perjalanan pulang, kami akan melencong ke Coromandel dan Rotorua sebelum pulang ke Wellington.


Terima kasih kepada Akmalia, Zati&Shah dan Ridzuan sekeluarga atas jemputan makan malam di rumah mereka semasa kami berada di Auckland. Cerita seterusnya bila kami pulang ke Wellington.

Sunday, November 9, 2008

Rivendell & Kaitoke

Empat-belas buah kereta berkumpul di Kaiotoke Regional Park. Program di mulakan dengan BBQ dan makan-makan. Pelbagai jenis ayam, kambing, lembu dan sosej di bakar untuk hidangan. Makanan lain seperti nasi, mee, rojak, lauk pauk, kuih muih, buah-buahan dan banyak lagi menjadi santapan kami untuk hari itu.



Najmi suka berBBQ (gambar bersama Uncle Ahmad & Uncle Jestin)



Kelab Wanita sibuk menjamu selera



Kaum bapa pun begitu juga


Anak-anak mengambil kesempatan bermain bersama dengan rakan-rakan. Mereka berlari lari, bermain bola belon, bubble dan pelbagai lagi permainan. Ruang terbuka menjadikan mereka bebas melakukan apa-apa aktiviti.



Ainul & Mama



Air ni sangat sejuk



Sungai ni tempat pengambaran Lord of The Ring


Selepas itu, kami semua bersembahyang zohor berjemaah di tepi anak sungai Kaitoke. Sejurus selepas itu, anak-anak mengambil peluang bermain di anak sungai tersebut. Airnya sangat sejuk. Macam ais rasanya. Namun, ia tidak membantutkan rancangan anak-anak untuk bermain dengan air.



Rivendell



Swingbridge



Family Photo di Rivendell


More Photos at my flickr album


Selepas itu, kami melawat Rivendell, iaitu salah satu tapak pengambaran Lord of The Ring. Selepas mengambil peluang bergambar dan berjalan di Swingbridge, kami pulang ke rumah dengan penuh kepuasan.

Wednesday, November 5, 2008

Jurugambar & Model

Ainul sangat suka mengambil gambar. Semasa di kindergarten, Cikgu memberikan peluang kepada anak-anak ini untuk meminjam kamera. Jadi apabila di rumah, kadang-kadang Ainul merengek nak pinjam kamera. Yang istimewanya kali ini, Ainul berjaya pulak bodek Imran untuk jadi modelnya. Inilah antara hasilnya.. ha ha





He he ...




Pandai pulak ainul dan imran berpakat

Teringat zaman dahulu, berposing ambik gambar ni kira untuk special event sahaja. Maklumlah kos kodak dan cuci bukannya murah. Sekarang ni bila dah ada digital camera, asyik tangkap gambar sahaja, tapi cucinya entah bila.. ha ha..

Monday, November 3, 2008

New Invention (Keropok Lekor Wellington)

Perasaan teringin yang teramat sangat untuk memakan keropok lekor yang selalu dibeli di pasar malam telah mendorong kami membuat sendiri keropok lekor. Resepinya kami dapat dari laman ini.  Alhamdulillah kami berjaya mencipta sejarah membuat sendiri keropok lekor.



Ain penolong paling setia, "Mula mula buatkan begini"



Makan dengan gembira



Dapat juga melepaskan kerinduan kami pada mu



Senang sahaja, boleh cuba..


Najmi, Ain dan Imran tersenyum gembira. Sambil menelan air liur, najmi berkata “Saya tahu kuih ini, saya selalu beli kat Malaysia”. Tambah Najmi, “Ni macam sosej kan”. Ha ha kami ketawa sambil berkata, “ Ni keropok lekor lah Najmi”.


p/s: Kami juga bersedia menerima tempahan keropok lekor untuk mesyuarat pejabat, majlis hari jadi dan majlis perkahwinan. Ha ha ...

NZ Driving Test

Saya mengambil sekali lagi ujian praktikal memandu. Setelah kandas di percubaan kali pertama, saya tercari-cari di mana silapnya. Selepas mengenal pasti beberapa faktor teknikal yang perlu dibaiki, akhirnya jawapan yang paling utama dijumpai iaitu tiada rezeki dari Allah swt. Walaupun sudah berpengalaman memandu selama 15 tahun, ia adalah sebaik-baik peringatan bahawa Allah lah yang sebenarnya memberikan kejayaan dan rezeki. Jangan sekali kita ingat, kita boleh berjaya disebabkan kita dah 'terror' atau berpengalaman.



Sebelum mengambil ujian, saya telefon mak & abah di Malaysia mohon doakan kejayaan saya. Selain itu, saya bersembahyang hajat, baca Yassin dan berdoa agar di permudahkan. Sebelum ujian, saya berselawat, berzikir dan baca doa & ayat penyejuk hati, untuk tiupkan pada 'tester minah saleh' tu.



Tup tup, dapat Tester yang sama. Dua minggu lepas, dia berleter dan marah-marah. Semuanya salah. Dalam hati berkata "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkan Hamba mu Ini". Alhamdulillah kali ini Minah Salleh tu diam je. Saya tak berhenti berdoa kepada Allah. Lepas satu ujian ke satu ujian lulus. Mula dengan memandu di bandar, taman (kampung), highway dan Hazard identification semuanya berjalan lancar. Sebelum turun dari kereta, Minah Salleh tu berikan lesen memandu sementara sambil berkata "Good driving, your license will be in your mail box in two week times".



Saya bersyukur kepada Allah swt. Terima kasih kepada Bro. Nikin yang membantu mengajar saya dan Terima kasih kepada Abang Ali yang meminjamkan Mazda Capella kesayangannya. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Saturday, November 1, 2008

Setahun Lepas

Tanggal 4 November ini genaplah setahun, kami sekeluarga meninggalkan seluruh keluarga tercinta dan semua sahabat untuk melanjutkan pengajian. Doa Ma, Mak, Abah dan semua ahli keluarga adalah bekal yang amat berharga bagi kami. Ia sentiasa membakar semangat kami untuk gigih berusaha dalam menjalani kehidupan di sini.




Terima kasih kepada Nini, Din & Abe untuk video ni


Kami juga tidak putus berdoa kepada Allah SWT  agar dipermudahkan perjuangan ini.  "Ya Allah Ya Tuhanku, mudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami dengan kejayaan yang cemerlang."