Perasaan teringin yang teramat sangat untuk memakan keropok lekor yang selalu dibeli di pasar malam telah mendorong kami membuat sendiri keropok lekor. Resepinya kami dapat dari laman ini. Alhamdulillah kami berjaya mencipta sejarah membuat sendiri keropok lekor.
Ain penolong paling setia, "Mula mula buatkan begini"
Makan dengan gembira
Dapat juga melepaskan kerinduan kami pada mu
Senang sahaja, boleh cuba..
Najmi, Ain dan Imran tersenyum gembira. Sambil menelan air liur, najmi berkata “Saya tahu kuih ini, saya selalu beli kat Malaysia”. Tambah Najmi, “Ni macam sosej kan”. Ha ha kami ketawa sambil berkata, “ Ni keropok lekor lah Najmi”.
p/s: Kami juga bersedia menerima tempahan keropok lekor untuk mesyuarat pejabat, majlis hari jadi dan majlis perkahwinan. Ha ha ...