ibarat memakan daging saudaranya sendiri - mentah-mentah
Beberapa bulan yang lepas, seorang rakan lama mengamuk apabila permohonan maaf nya atas segala kesilapannya tidak saya penuhi. Saya dengan bergurau membalas emailnya dengan mengatakan bahawa saya maafkan segala kesilapannya kecuali kesalahan mengumpat. Dia perlu nyatakan umpatan yang telah dibuat, barulah saya maafkan beliau. Saya tahu, beliau cemas apabila saya saya menjawab sedemikian. Namun sebenarnya saya juga teramat cemas, jika kesalahan yang telah saya lakukan, tidak dimaafkan. Saya dengan tulus hati memohon kemaafan dari semua sahabat. Saya memohon keampunanNya dan berdoa kepada Allah swt agar menjauhkan saya dari dosa mengumpat dan mengfitnah. Amin Ya Allah.."