Showing posts with label Zakat Fitrah. Show all posts
Showing posts with label Zakat Fitrah. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

Nak Duit Zakat Fitrah ?

Beberapa hari sebelum tiba Idil Fitri, saya membayar Zakat Fitrah di Masjid. Imam mengumumkan selepas sembahyang Jumaat bahawa ada tabung di belakang masjid dengan label zakat fitrah. Arahan beliau, masukkan NZ$ 10 bagi setiap ahli keluarga ke dalam tabung tersebut. Terkejut saya, 'betul ke tok Imam ni !"



Saya kemudiannya bertanya kepada dua orang sahabat yang kedua-duanya adalah rakyat NZ, iaitu Niklin dan Sayid. "Tidakkah perlu saya berjumpa dengan Imam, bersalam (akad), berdoa dsbnya. Dengan pantas Sayid menjawab, "masukkan sahaja dalam kotak tu, Allah mengetahui segalanya ...". Saya terkedu..



Di satu malam yang lain, selepas sembahyang terawikh di Masjid, seorang AJK Masjid bertanya samada saya mahu menerima duit zakat atau mengenali sesiapa yang boleh diberikan wang zakat. Dengan pantas saya menjawab saya tidak layak menerimanya dan juga tidak mengenali sesiapa yang layak. Mungkin itulah cabaran AJK Masjid tersebut kerana tiada orang yang fakir atau miskin di sini. Mana tidaknya semua penduduk yang tidak berkerja menerima elaun dari kerajaan. Fikir saya, mungkin ada asnaf lain seperti memerlukan.