Saturday, March 22, 2008

Perhimpunan

Sudah 2 kali saya menghadiri perhimpunan di sekolah Najmi. Ibu bapa dijemput hadir pada hari Jumaat (pukul 2.30 petang) setiap dua minggu sekali. Saya mengambil peluang terus ke perhimpunan tersebut sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat. Kali pertama saya menghadiri perhimpunan ini ialah sebulan yang lalu. Saya menerima 'newsletter' dari sekolah yang mengatakan perhimpunan pada hari tersebut akan dikendalikan oleh kelas Najmi iaitu kelas 'Ablaze'. Di sini, banyak perkara yang sangat menarik berkaitan dengan perhimpunan tersebut yang ingin saya kongsikan.


Pertama kali perhimpunan tersebut di kendalikan oleh para-pelajar yang berumur 7 tahun. Majlis di acarakan secara bergilir oleh pelajar dari kelas Ablaze. Peralatan PA System, Notebook dan LCD Projector pula dikendalikan oleh pelajar yang lebih senior. Kelas di mulakan dengan nanyian pelbagai lagu. Para pelajar dan guru-guru menyanyi sambil 'menari' gembira. Mereka bukan menyanyi lagu kebangsaan New Zealand tetapi lagu-lagu motivasi seperti 'Kiwi Kids' dan 'Individuality',


Selepas itu, pelajar-pelajar kelas Ablaze berkongsi pengalaman pembelajaran mereka di dalam kelas. Kemudiannya mereka membacakan satu puisi bertajuk 'Glad to be Me'. Mereka juga menyampaikan nasihat kepada rakan-rakan yang lain. Selepas itu, upacara penyampaian hadiah. Pelbagai kategori hadiah di berikan. Namun ianya jauh bebeza dari Malaysia kerana di Malaysia hadiah diberikan bukannya kepada pelajar yang pintar sahaja (mendapat nombor 1, 2 dan 3). Di sini hadiah diberikan kepada pelajar dengan pelbagai kategori (sebab) tersendiri seperti "Always raise hand in class", "Improve writting skill", "Always wearing hat outside class" dan pelbagai hadiah lagi. Pada pendapat saya semua pelajar akan menerima hadiah bila tiba masanya. Selain itu yang menariknya juga, Ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja kerana sesi persekolahan akan tamat pada pukul 3.00 petang. Guru besar hanya bercakap selama 3 minit sahaja, yang selebihnya ialah nasihat oleh sesama pelajar.


Berkaitan dengan hadiah. Selalunya pelajar akan menerima buku ataupun sijil bersaiz kecil (saiz A5). Namun ianya cukup mengembirakan para pelajar. Pelajar akan berdiri menghadap kesemua rakan-rakan yang lain sehingga semua hadiah disampaikan. Hadiah juga tidak di 'wrap' cantik seperti di Malaysia. Penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pelajar tanpa berasakan kepintaran ini menyebab semua pelajar tidak berasa di"diskriminasi"kan dan sentiasa berminat untuk ke sekolah.


Jumaat lepas saya menghadiri perhimpunan sekolah sekali lagi, tetapi kali ini ia dikendalikan oleh pelajar berumur 8 tahun iaitu kelas 'Rising Star'. Selepas menanyikan lagu "Reaching the Star', setiap pelajar membawa objek berbentuk bintang. Mereka memperkenalkan diri dan menyatakan apakah 'kehebatan' masing-masing. Ada yang mengatakan mereka hebat di dalam 'swimming', 'painting', 'horse riding', 'singing' dan banyak lagi. Saya percaya ini baik untuk membina 'self esteam' setiap pelajar.


Pada perhimpunan kali ini, Najmi menerima hadiah sebuah buku disebabkan "konon-konon"nya menunjukkan "Showing High Interest in Math'. Ia merupakan hadiah yang ketiga di terima oleh Najmi sejak 3 bulan bersekolah di situ. Dua minggu sebelum itu, Najmi mendapat hadiah 'Button' yang tertulis "Epuni Primary School Proud of You'. Apabila saya tanyakan kenapa mendapat 'Button' ini. Najmi mengatakan dia mendapatnya disebabkan "For Being Good and Responsible". Najmi bangga kerana hanya dia dan Zara mendapat "Button" tersebut. Saya percaya semua pelajar akan mendapatnya 'bila tiba masanya'. Pada Disember tahun lepas, Najmi mendapat hadiah "For Settling Well in Fireflies". Saya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar Najmi, Ain dan Imran sentiasa gembira di sini.

Tuesday, March 18, 2008

Berita: Pengumuman Tibanya Tarikh

Kami sekeluarga penuh sabar menunggu pengumuman rasmi dari presiden Malaysian-Wellingtonion Post Graduate Association, Saudara Fairuz tentang tarikh dan masa 'fruit picking' yang akan ditetapkan pada hujung minggu ini..



Selain itu juga beliau di jangka akan mengumumkan samada program BBQ akan diadakan juga atau tidak. Jika tidak ada, saya terpaksa mengadakannya juga kerana sudah berjanji dengan Najmi, Ain dan Imran...

Berita: Nik, Fatma & New Baby

Alhamdulillah, Nik dan Fatma telah selamat menerima kelahiran cahaya mata pertama di Wellington Hospital. Tahniah mereka mendapat anak lelaki. InsyaAllah Fatma akan keluar dari Wellington Hospital pada hari ini (rabu). Mereka akan pulang ke rumah mereka di 59B Pembroke Road, Northland.



Pasangan Bahagia

Pasangan Bahagia

Teringat kembali saat-saat manis menerima kelahiran Najmi, Ain dan Imran. Timbul perasaan syukur yang amat sangat kepada Allah swt. Saat menemani deb ketika dalam ’kesakitan’ sebelum bersalin membuatkan saya insaf tentang pengorbanan ibu kepada anaknya. Saya juga lebih sayangkan deb selepas melihatnya menahan sakit lebih 5 jam sebelum bersalinkan Najmi (masuk hospital 2 pg .. bersalin pukul 9.00 pagi). Namun saya tidak ada di sisinya pada saat deb bersalinkan Najmi. Yang kelakarnya ialah, apabila deb melahirkan Ain, saya berada di sininya. Saya demam selama satu minggu selepas itu. Terpaksalah Deb dan Mak mertua saya menjaga saya pula.



Tahniah atas Kelahiran orang Baru

Tak boleh jalan berdua lagi... kena bawa botol susu selalu

Berbalik kepada Fatma and Nik, InsyaAllah kami akan melawat mereka di rumah mereka. Kami doakan agar mereka sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa. Kami mengenali Fatma dan Nik melalui friendster. Ketika itu (sebelum berlepas), kami sedang tercangak-cangak mencari contact di Wellington. Kami meng’email’ lebih 10 orang pelajar dan pegawai MSD di Hicom. Fatma dan Nik dengan pantas menghulurkan tangan memberikan bantuan. Terima kasih Nik & Fatma. Selain mereka, 4 orang pelajar undergrad juga menghulurkan tangan mereka. Kepada yang tidak sudi membantu, tidak mengapa. Kami sekeluarga faham anda sibuk dengan pelajaran dan tugas-tugas rasmi anda.

Sunday, March 16, 2008

Demam Pilihanraya = ?

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi semua orang. PM dan TPM pasti sibuk dengan pencaturan politik negara. Tambahan pula dengan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pastinya ia memberikan tekanan yang maksima. Begitu juga kepada pemimpin DAP, PKR dan PAS. Semuanya sibuk dan tertekan, terutama apa yang berlaku kepada negeri kelahiran ku, iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Disebalik kerisauan, kami sekeluarga di sini percaya dan yakin bahawa kemelut yang melanda negeri Perak akan selesai dengan kebijaksanaan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin.



Pasangan Bahagia

Rakyat Bertuah : Raja Muda & Raja Puan Besar Perak yang Bijaksana

Bagi kami sekeluarga di sini juga sangat sibuk pada mingu lalu. Pada hari Jumaat, saya membawa Deb, Imran dan Ain ke After Hours Medical Centre.Semuanya Demam (tetapi bukan Demam Pilihanraya). Alhamdulillah kini semuanya telah sihat. Kos perubatan di sini sungguh mahal. Untuk ’consultation’, Deb (NZ$ 75.00=RM 190), Imran (NZ$ 25.00 = RM 65.00) dan Ain di beri percuma. Itu belum termasuk kos ubat-ubatan lagi. Rasanya semua kos tersebut boleh dituntut dari syarikat insuran.



Wellington Hospital

Wellington Hospital

Sebelum itu, pada hari Isnin saya membawa Najmi ke berjumpa Family Dr. (Dr. Razia). Ia berkaitan dengan telinga Najmi yang mempunyai wax yang banyak. Selepas hampir sebulan menggunakan cerumol, Ianya tidak berjaya mengeluarkan wax tersebut. Dr. Khalid me’refer’ Najmi ke Wellington Hospital disebabkan tiada peralatan untuk mengeluarkannya. Selepas menunggu hampir 3 jam akhirnya kami dimaklumkan supaya berjumpa dengan pakar ENT pada hari Rabu. Alangkah geramnya. Perkhidmatan Hospital di Malaysia jauh lebih baik dari di New Zealand.




Dr Graham Titchener

Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa Najmi ke Boulcott Hospital (Hospital Swasta). Selepas mendaftarkannya pada hari Selasa, dan pihak Hospital menerima reference letter dari Dr. Razia, pihak Boulcott Hospital setuju dengan temujanji pada hari Rabu. Pakar ENT iaitu Dr. Graham Titchener memberikan perkhidmatan yang sangat baik. Caj yang dikenakan juga berpatutan iaitu NZ$ 120. Saya membayarnya dengan gembira apabila melihat Najmi gembira dengan pendengarannya.

Monday, March 10, 2008

Beri Laluan PRU 12

Tiada Entri baru sepanjang minggu ini bagi memberi laluan kepada Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan 'Post Election Scenarios'

Tuesday, March 4, 2008

Rugby vs Cricket (2)

Saya menghubungi Naenae Soccer Club untuk membuat beberapa pertanyaan berkaitan dengan latihan dan keperluan lain. Maklumat yang didapati ialah terdapat sesi latihan mingguan. Selain itu, mulai 12 April, setiap hari Sabtu akan di adakan perlawanan dengan kelab-kelab lain. Perlawanan mungkin akan di adakan di Home ground atau tempat lain seperti Eastbourne, Stock Valley dan beberapa tempat lagi. Saya terkejut, budak-budak ini baru berumur 7 tahun.





NZ Airforce

Saya berfikir samada untuk meneruskan kehendak Najmi atau pun tidak. Wang bukanlah faktornya. Saya boleh berusaha mencarinya. Namun kekangan utama ialah masa. Saya dan deb memang kedua-duanya sangat sibuk. Mampukah saya menghantarnya ke latihan dan ’weekly game’. Selepas pening memikirkannya, saya terpaksa mengecewakan Najmi.





Eastbourne

Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Najmi. Saya tidak mahu mengecewakannya. Namun saya juga takut lebih banyak mengecewakannya nanti bila tidak dapat menghantarnya untuk training dan weekly game. Saya tertekan. Saya ingin memberitahunya, tetapi saya lihat dia sedang makan. Saya tunggu ia selesai makan (takut hilang seleranya). Selepas makan saya memberitahunya. Najmi menerimanya walaupun sedih. (Dalam hati saya ... Ahhh!! Papa minta maaf Najmi).





Mount Victoria

Saya cepat-cepat bertanyakan samada dia mahu PS2 game yang baru atau tidak. Dia mengangguk. Pada petang semalam juga, saya membawanya ke kedai PS2, dia memilih 2 games iaitu Sponge Bob untuknya dan Imran dan Simpson untuk Ain.

Monday, March 3, 2008

Rugby vs. Cricket

New Zealand terkenal dengan kedua-dua sukan ini. Siapa yang tidak tahu pasukan Rugby New Zealand "All Black". Ianya begitu popular walaupun prestasi agak kurang memuaskan baru-baru ini. Bagi pasukan Cricket New Zealand, ia memang hebat di arena antarabangsa. Pasukan Black Caps memang sangat terkenal dan mempunyai ramai pemain-pemain yang bagus. Selepas bersekolah selama 4 bulan, Najmi telah mencuba ke dua-dua permainan ini. namun Najmi lebih sukakan Cricket. Bila di tanya berkaitan Rugby, dia berkata "Saya tidak minat, Main Rugby ini sakit, Nanti kawan-kawan tolak".




All Black

Ingatkan Najmi nak main Rugby

Namun kini perkara yang lain berlaku. Selepas habis waktu sekolah, Najmi akan bermain sekejap bola sepak bersama-sama kawan-kawannya. Minggu lepas, dia membawa balik 'Brochure' Naenae Soccer Club. Dia ingin menyertai kelab tersebut. Saya diamkan sahaja - seakan-akan tidak setuju. Mana tidaknya saya kaki bangku. Lagipun ianya bukannya percuma. Saya kena membayar Yuran kelab tersebut.




Blackcaps

Atau pun bermain Cricket

Tetapi.. kini... keputusan itu seakan-akan berubah. Setiap kali datang mengambilnya dari sekolah. Saya sentiasa melihat Najmi bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawannya. Bukannya Najmi pandai dan fit sangat, tapi dia begitu meminati sukan yang tiada masa depan di Malaysia. Bila ditanya "Do you want to join the Soccer Club". Najmi dengan pantas akan menjawab "Yes, I want ", "I want to be a goalkeeper". Ahhh !!! Posisi yang tidak glamour. Namun saya akan terus menyokongnya.