Showing posts with label Lavender Farm. Show all posts
Showing posts with label Lavender Farm. Show all posts

Thursday, January 15, 2009

Lavender Farm

Welly PostGrads menganjurkan lawatan ke Lavender Farm di Te Horo baru-baru ini. Punyalah ramai yang hadir. Bila dicongak-congak keluarga yang hadir ialah (1) Kami sekeluarga ; (2) Bel & Abg ; (3) Mizan & Yani ; (4) Jas & Mas ; (5) Sham & Ueya; (6) Nik & Fatma; (7) ; Zaidi & Haza (8) Siti, Khadijah & Alia; (9) Sufian & Nita ; (10) Jestin & Hani dan (11) Suzana & Sham. Turut memeriahkan program ini ialah dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Hicom, iaitu (1) Adi & Zaza; (2) Puan Siti; (3) Ina & Nezam dan (4) Tuan Kolonel. Kalau ada yang tertinggal mohon maaf. Ahli rombongan terlampau ramai.



Ainul & Mama



Ainul


 


Dalam lawatan ni kami sempat mendalami teknik penuaian dan penghasilan minyak lavender. Bunga Lavender ini hanya dituai dalam bulan Januari dan Februari sahaja setiap tahun. Hasil utama ialah minyak Lavender.



Demonstrasi mengetam Bunga Lavender.


Mesin ni di ubah suai dari mesin memetik daun Teh.



Sisa Lavender dari periuk memasak/menyuling 



Bahagian atas tu ialah minyak lavender


Cita-cita anak-anak untuk memetik strawberry berkecai apabila hujun mula turun. Apakan daya, kita sebagai makhluk menerima ketentuanNya. Selepas tu, kami berehat sebentar di Levin Park untuk makan tengahari. Apabila sesi makan tengahari tiba, masing-masing menghidangkan makanan masing-masing. Fulamak punyalah banyak. Terlupa pulak nak tangkap gambar, sebab terlampau fokus pada aktiviti makan ni. Kalau Blue Wave Shah Alam punya F&B Manager tengok makanan tu, dia pun akan mengucap panjang.



Imran pun posing kat bunga Lavender


Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan Aiskrim di Lindale. Ia adalah konon-kononnya Aiskrim yang tersedap di New Zealand, iaitu Kapiti Aiskrim.