Showing posts with label Khairul Imran Khairul Anuar. Show all posts
Showing posts with label Khairul Imran Khairul Anuar. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Gambar yang menceritakan

Sejak kebelakangan ini, kami berdua agak sibuk sedikit sehingga tidak cukup masa untuk menulis apa-apa di blog ini. Namun sempat juga mencuri peluang untuk bergumbira, Mungkin gambar-gambar di bawah boleh menceritakan dengan lebih baik. Untuk pengetahuan semua keluarga dan sahabat, kami semua di sini sihat dan baik. Doakan agar akan terus begitu.

Superman lepas 'stress' di aktiviti BBQ dan GP Joran Siri 2 - Churchil Park, Seatoun

Imran happy lepak di tepi pantai, mana taknya ... no homework, no problem

Mama & friends - Herny, Izah, Suzana, Dar

Mengiring Exco baru MWPGS mengadap TYT Dato Hasnuddin


Dialog dengan Pengarah MSD yang baru, Dr Rosli Mohamed

Kami sempat membawa anak-anak melihat persembahan bunga api sempena Guy Fawkes Day. Ia diadakan setiap tahun pada 5 November. Kebetulan, dua tahun yang lepas, kami tiba di Wellington pada Guy Fawkes Day, jadi malam pertama di Wellington isambut dengan kemeriahan dan pesta bunga api. Semacam di rancang-rancang pula. Mungkin itulah tanda permulaan hidup baru dan azam baru di sini.


Kunjungan balas dari Auckland, Ajeep, Dina & Asiah & Two babies


Di rumah Pn Siti Jalilah, Pegawai JPA di NZ



Ain tengok bunga api dari TSB Arena


Najmi dengan aksi kung fu ..

Esok saya nak main lagi .. boleh tak ?

Ain serius menikmati keindahan bunga api

Terus lompat atas trampoline sebaik saja siap pasang

Imran sedang melakukan gaya lompatan kucing


Selain itu, pada Ahad yang lalu, saya di bantu oleh bro Niklin memasang trampoline untuk anak-anak di belakang rumah. Najmi, Ainul dan Imran sabar menanti bilakah trampoline mereka akan siap. Sebaik sahaja siap, mereka melompat di atas trampoline itu dengan gembiranya. Nampaknya summer ini, Najmi, Ainul dan Imran akan asyik melompat di belakang rumah. Tiba-tiba kawasan perumahan kami, menjadi meriah dengan suara anak-anak kami. Mungkin jiran-jiran juga terkejut dengan kemeriahan dan suara jeritan anak-anak kami.

Sunday, September 28, 2008

Menagih Janji

Selepas hampir sebulan, anak-anak ‘stranded’ di rumah, Sabtu lepas semuanya berubah. Deb sudah boleh tersenyum gembira. Hatinya lega selepas selesai ‘defend proposal’. Anak-anak pun tak sabar-sabar untuk menagih segala janji yang telah di buat oleh mama .




Najmi nak skateboard



Happy Birthday Imran - Saya nak basikal



Happy Birthday Ainul - Ain nak basikal pink



Basikal ni 4 kedai pergi baru jumpa saiz Imran



Gembira melihat mereka gembira.. Terima kasih kerana bersabar




Bermain basikal di Mitchel Park - (100m dari rumah je)



Najmi testing Imran's bicycle




Di Wellington tiada theme park seperti di Genting Highland Malaysia

Najmi juga menyatakan hasratnya mahu ‘round the world’, nak pergi Disneyland. Nak bermain di theme park katanya. Mungkin dia ingat papa dan mama dia kerja print NZD ke ?... haha.. Kalau di Malaysia boleh juga bawa pergi ke Genting Highland. Tapi kat sini ‘funfair’ pun tak nampak batang hidung….