Semalam kami menerima hadiah yang sungguh istimewa. Bungkusan yang di bungkus dengan cantik dan kemas menimbul tanda tanya apakah gerangan kandungannya. Najmi, Ain dan Imran melompat riang bila bungkusan tersebut berjaya dibuka. Ia adalah sebotol kicap kipas udang. Anak-anak kami memang suka sangat dengan kicap ini. Saya dan deb pun gembira juga dengan hadiah ini, tetapi kami lebih gembira dengan "ingatan" penghantar hadiah tersebut.
Terima kasih kepada Syah dan Zati yang mengirimkannya. Mereka ialah pasangan pengantin baru yang kini berada di Auckland. Kami mengenali mereka apabila mereka singgah sebentar di rumah kami di Lower Hutt semasa Bersatu Games.
Tiba-tiba, saya teringat kembali pesanan dari seorang sahabat. Dia berpesan supaya jangan mengharap apa-apa balasan apabila membantu orang lain. Lakukanlah dengan Ikhlas. Selain itu, janganlah juga merasa sedih hati atau kecewa bila orang yang kita bantu tidak langsung mempedulikan kita apabila dia sudah terlepas dari kesusahan. Itu adalah lumrah alam.
Bantulah manusia dan lakukan kebaikan dengan niat untuk mencari keredahaanNYA. Jangan ada sedetik di dalam hati untuk mengharap sebarang balasan dari manusia. Ketika meminta pertolongan, manusia ini akan "lembut gigi dari lidah". Manis sungguh tutur katanya. Namun selepas dibantu, jika sudi menghulurkan senyuman atau menyapa kita.. itu sudah memadai. Yang paling menyedihkan ialah jika mereka langsung tidak sudi memandang, malah sanggup pula mengeji. Bukankah ada pepatah melayu, "seperti melepaskan anjing tersepit" dan buat "buat baik berpada-pada"... Fikir-fikirkanlah