Showing posts with label Aidil Fitri di Wellington. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri di Wellington. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

Aidil Fitri di Wellington (Day 1)

Rasanya tak terlewat lagi untuk cerita pasal raya. Saya tidak sempat upload gambar raya. Mana tidaknya, ini kerana (1) sibuk beraya; (2) kurang sihat, demam, selsema dan batuk; (3) kerja sekolah banyak; (4) ada meeting dengan supervisor. Walaubagaimanapun raya tetap disambut meriah.

Bagi mengubat kerinduan pada keluarga di Malaysia, kami di sini buat-buat sibuk. Kalau tak nangis wooo. Hari raya pertama kami bergegas sembahyang di Hicom. Kenapa ke sana? Suka takbir raya style Malaysia. Selain dari dapat jumpa adik-adik postgraduate dan staff Hicom. Lepas tu kami beraya sakan. Malam baru balik rumah ... ha ha ..

Bagi menjimatkan masa, wang dan tenaga, pelajar-pelajar postgrads buat open house ikut mukim. Secara amnya 3-4 rumah sama-sama organise satu open house. Satu tempat sahaja. Kelebihannya makanan lebih banyak, tetamu lebih ramai, dan lebih meriah

Beraya di Hicom Malaysia Wellington

Bersama keluarga Shahrizal dan Mizan

Rumah Nawawi (sahabat Combodia)


Empat Emak Dara - di Rumah Duta Malaysia di NZ

Family Photo di rumah Dato TYT


Rumah Kak Farah (Drummond Street)

Untuk menambahkan sibuk raya ni, kami buat open house pada raya ke 2. Bersama dengan keluarga Shahrizal dan keluarga Niklin kami sama-sama menganjurkan open house bertempat di rumah kami di Naenae, Lower Hutt. Malam tu bila balik dari beraya kami tidak dapat tidur walaupun badan sangat penat dan mata sangat mengantuk. Saya dan Deb bertungkus lumus mencucuk satay. Entah pukul berapa baru selesai. Kira punya kira dekat 500 cucuk juga.