Wednesday, February 25, 2009

Endnote X

Endnote X ialah ‘referencing software’ yang saya gunakan dalam pengajian ini. Mungkin ramai yang sudah mengetahuinya sejak dahulu lagi. Software ini banyak membantu untuk memudahkan penyimpanan dan artikel dan juag membuat rujukan. Saya hanya mendalaminya selepas mengikuti pengajian di sini. Proram ini dibekalkan oleh pihak Universiti kepada semua komputer milik di pejabat dan bagi kegunaan di komputer persendirian, pelajar boleh mendapatkannya software ini di perpustakaan.


Kursus untuk mengendalikan program ini juga sentiasa diadakan setiap kali ada permintaan dari pelajar. Apa yang perlu dibuat ialah mengisi borang di perpustakaan. Kepada rakan-rakan yang akan meneruskan pengajian di peringkat PhD, saya secara peribadi nasihatkan untuk belajar menggunakan software ini. Endnote X2 lebih sesuai bagi mereka yang menggunakan Windows Vista sebagai operating system. Namun begitu Endnote X juga boleh di’customise’ untuk Windows Vista dengan meng’update’ beberapa patches yang tertentu.

Sunday, February 15, 2009

Gum & Pine

Kesejukan mula menyelubungi Wellington. Walaupun masih berada dalam musim panas, namun beberapa hari+malam yang lepas mencatatkan kesejukan seolah-olah telah berada di musim sejuk. Matahari yang tidak menampakkan sinarnya dan hujan rimis yang tidak berhenti menyebabkan aktiviti luar dan aktiviti membasuh kain juga tergendala. Namun kadang-kadang, panas juga agak melampau. Mungkin inikah yang dikatakan ‘global warming’. Namun di NZ, tidaklah sepanas Australia (mengikut kata rakan-rakan di sana).



Ainul dan Najmi membantu memunggah baki (10%) dari kayu


Selain dari elektrik heater, kami menggunakan 'Wood Burner' untuk memanaskan rumah. Memanaskan rumah menggunakan 'Wood Burner' adalah cara yang paling jimat berbandingkan dengan gas atau elektrik. Untuk tujuan itu, kami membeli 2 jenis kayu iaitu kayu Pine dan Gum. Kayu Pine ialah kayu yang lembut dan mudah dibakar, manakala kayu Gum ialah kayu yang keras dan sukar untuk dinyalakan. Namun apabila ia telah menyala, ia akan tahan lama dan haba yang di keluarkan juga jauh lebih panas.

Wednesday, February 11, 2009

Kuasa Yang Maha Besar

Bukan semua manusia percaya akan kewujudan Tuhan. Di New Zealand ini ramai penduduk yang tidak percaya kepada Tuhan. Bagi mereka dunia ini terjadi dengan sendirinya. Saya teringat kata-kata seorang Ustaz ketika saya belajar di UiTM dahulu, bahawa semua manusia secara fitrahnya merasai kewujudan kuasa yang maha besar walaupun lidah mereka menafikannya. Sebagai contoh, apabila mereka sesat di dalam hutan atau hanyut ditengah lautan, hati dan jiwa mereka akan memohon bantuan dari yang Maha Kuasa.

Monday, February 9, 2009

Escape from winter

Dengan izin dari Allah swt, kami akan pulang ke Malaysia pada 6 Jun 2009 untuk pengumpulan data. Bak kata pepatah Melayu “Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..”. Begitulah perasaan hati, gembira yang amat sangat dan tidak sabar rasanya untuk berjumpa ahli keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.


Tambahan pula, kami dapat menyelamatkan diri dari kedinginan musim sejuk di Wellington ini. Kedinginan musim sejuk dan malam yang terlampau panjang menjadi kami tidak aktif kerana terpaksa berkurung di dalam rumah sahaja. Dalam masa yang sama, bil elektrik dan gas akan melambung tinggi.


Sudah tergambar kesedapan dan keenakan makanan di Malaysia. Ayam KFC adalah sasaran no 1 yang akan dituju sebaik mendarat di KLIA. Selain itu, Najmi, Ainul dan Imran akan dapat berpeluang bermanja bersama opah, nenek dan atuk mereka.


Sebenarnya, kami akan pulang bagi tujuan mengumpul data bagi tujuan penyelidikan. Semoga ianya berjalan dengan lancar. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan telita namun pantas. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Tuesday, February 3, 2009

Cuti Sekolah Berakhir

4 Februari 2009, sesi persekolahan akan mula seperti biasa, Sudah lama anak-anak bercuti di rumah. Kalau di Malaysia anak-anak ini mesti sibuk dengan tuisyen, kem motivasi atau pulang ke kampung. Di sini tiada aktiviti semeriah itu.


Alhamdulillah, sempena cuti sekolah ini, Masjid Lower Hutt, menganjurkan program Summer Camp untuk anak-anak berumur antara 6 hingga 16 tahun. Antara aktivitinya ialah Quran, Tauhid, Sejarah, Sukan, Melukis dan banyak lagi. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.



Aktiviti sukan semasa rehat



Hari pertama Najmi pergi dengan muka masam, sebab kena pergi studi masa cuti sekolah. Ha ha kena kerahan tenaga ... Program ini bermula dari Zohor (1.30pm) hingga Asar (5.30pm) selama 4 hari seminggu dan dijalankan selama 4 minggu. Selain dari belajar, pada masa rehat, disediakan permainan seperti bola sepak, kriket dan lain-lain untuk anak-anak ini . Selepas beberapa hari, Najmi tidak sabar untuk pergi ke Masjid.


Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat juga mengisi sedikit masanya, kalautidak dia akan bermain game atau menonton TV sahaja sepanjang hari.

Friday, January 30, 2009

Pencen vs. KWSP

Kerajaan memberi peluang semula penjawat awam yang telah tersalah memilih Skim KWSP untuk 'rujuk' ke Skim Pencen. Pada asalanya keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Kini pintu telah terbuka. Jalan Pulang telah terbentang. Namun, apa-apa pun terpulanglah kepada semua untuk memilih skim pilihan mereka. Bagi saya dan Deb kami awal-awal lagi memilih Skim Pencen. Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusan itu ialah :

  1. Kepastian tentang ganjaran masa akan datang. Dengan memilih skim pencen, kita akan dapat kepastian sebenar tentang jumlah pencen bulanan yang akan diterima setiap bulan apabila bersara pada umur 56 tahun nanti. Jumlahnya adalah lebih kurang separuh dari gaji terakhir perkhidmatan, insyaAllah ia adalah cukup untuk meneruskan saki baki kehidupan sebelum kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa.

  2. Pencen bulanan ini bukan sahaja akan dinikmati oleh penjawat awam yang memilih skim pencen, namun pencen terbitan juga akan dinikmati oleh ahli keluarga yang layak.

  3. Ganjaran perkhidmatan juga agak besar jumlahnya. Tambahan kami mula berkhidmat dengan kerajaan sejak usia muda lagi. Jumlah ganjaran perkhidmatan ini bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan gaji akhir. Jadi semakin lama, berkhidmat dengan kerajaan, semakin besarlah jumlahnya.

  4. Tiada caruman yang perlu dipotong setiap bulan juga faktor yang menjadikan kami tertarik untuk memilih skim ini. Di usia muda inilah kita memerlukan wang untuk membeli rumah, kereta, asset lain dan juga kos membesarkan anak-anak dan sebagainya. Jadi sekiranya, jumlah gaji dipotong setiap bulan sebanyak 11% atau 12%, apa yang masih tinggal untuk dibelanjakan. Jika saya memilih skim KWSP, jumlah wang terkumpul tersebut akan hanya boleh dibelanjakan selepas bersara. Ketika itu, anak-anak pun sudah besar dan berdikari. Keperluan kewangan tidak meruncing seperti ketika mereka kecil atau bersekolah / universiti. Ketika saya bersara pada umur 56 tahun nanti, Najmi ketika itu berusia 31 tahun, Ainul 29 tahun dan Imran 28 tahun. Saya gambarkan bahawa mereka sudah menamatkan ijazah pertama masing-masing.

  5. Saya seorang yang 'conservative', jadi saya memilih skim pencen. Saya tidak mahu terlampau optimis dan berangan-angan bahawa KWSP akan mendapat keuntungan 8-10% setahun. Keuntungan dari pelaburan-pelaburang di Bursa Malaysia sentiasa tidak menentu seperti mana ekonomi negara. Sekejap kukuh, lepas tu merudum (1997-1998), baru nak naik dan kini timbul lagi cabaran kegawatan global. Jadi persoalan mampukah KWSP mendapat pulangan yang sewajarnya dari pelaburan mereka, pasti sentiasa menjadi tanda -tanya pencarumnya.

  6. Selain itu ada juga faedah lain seperti faedah perubatan percuma dari hospital dan faedah kematian. Selain itu pegawai pencen juga dapat menerima semakin pencen mengikut semakan gaji yang diterima oleh kakitangan awam yang lain.


Namun begitu, penjawat awam yang memilih KWSP ada juga kelebihannya. Mereka bebas untuk bekerja dengan mana-mana majikan. Sebagai contoh, Jika mereka mendapat peluang yang lebih baik di tempat lain, seperti swasta atau jabatan lain, mereka boleh meletak jawatan dan masih menikmati jumlah wang caruman mereka.

Kesimpulannya, kedua-dua skim ini ada kelebihan yang tersendiri. Cuma bagi kami, skim pencen lebih sesuai bagi kami. Mungkin bagi setengah yang lain skim KWSP yang lebih baik. Tepuk dada, tanyalah iman..

Wednesday, January 28, 2009

Rumah Baru

Sudah lebih sebulan, kami berpindah ke rumah baru. Rumah baru ini terletak di Naenae, Lower Hutt iaitu lebih kurang 30 minit dari Wellington City. Sebelum ini kami tinggal di Epuni, iaitu sebuah rumah 2 bilik. Di rumah lama, kami gunakan 1 bilik sebagai office dan satu lagi sebagai bilik tidur. Kami semua tidur berjemaah la... Di rumah baru ni, anak-anak tidur di Master Bedroom, kami pula ambil 1 bilik dan 1 lagi kami gunakan sebagai office.



Sewa kawasan ni lebih murah sebab ia agak jauh sedikit untuk ke Bandar. Sewa rumah baru ini ialah NZD 320 seminggu iaitu mahal NZD 20 berbanding dengan rumah sebelumnya. Alhamdulillah rumah baru ini lebih selesa terutama anak-anak. Najmi, Ainul dan Imran sungguh gembira apabila pindah ke sini. Mereka boleh lepak di bilik mereka untuk bermain atau bermain di luar rumah.



Najmi minat memasak BBQ



Imran berehat makan Aiskrim lepas penat main basikal


Saya kemudiannya belikan satu set BBQ untuk Najmi. Apalagi, suka yang amat sangat Najmi. Jiran-jiran kawasan ni pun ok juga. Jiran sebelah kanan rumah namanya Claire, siap bagi kebenaran untuk ambik buah plum dia. Sementara jiran sebelah kiri pula namanya Ivan, dia siap offer pinjamkan mesin potong rumput jika perlukan.