Wednesday, January 30, 2008

Grandmaster in The Making

Bermain Chess ialah hobi Najmi sekarang ini. Boleh dikatakan dia akan bermain sekurang-kurangnya 1 game dengan saya setiap hari. Terima kasih kepada Cik Su yang mengajarnya. Sebulan sebelum berlepas ke Wellington, Najmi bercuti di rumah Opah. Di situlah dia belajar bermain chess dengan Cik Su (Firdaus).



Chess

Grandmaster in The Making


Saya mengajar Firdaus bermain Chess. Saya memperkenalkannya dengan basic openings dan end games. (Sebenarnya saya baru mempelajarinya dari sahabat bernama Halim-Christchurch). Dari situ Firdaus mendalami Chess melalui pembacaan dan kejohonan catur. Kini dia bermain mewakili sekolah, daerah dan negeri Perak.



 Chess

Najmi (Pemerhati)…Pertandingan Chess Sempena Aidil Fitri 2007


Sedikit sebanyak minat tersebut dikongsi oleh Najmi. Saya gembira dia mula mengusai permainan ini. Pada mulanya, saya sentiasa memberikan kemenangan kepadanya. Tetapi lama kemudian saya membelasahnya. Menitis juga air matanya menahan kesedihan disebabkan kekalahan itu. Lama kelamaan dia seakan-akan boleh menerima kekalahan. Namun saya sentiasa memberikannya kemenangan sekurang-kurangnya sekali sehari untuk tidak mematikan minatnya.

Monday, January 28, 2008

Teddy Bears Picnic at Wellington Botanical Garden

 Botanic Garden

Wellington Botanic Garden


Pada 27 Januari 2008. kami mengambil kesempatan membawa anak-anak ke Wellington Botanical Garden di mana diadakan Teddy Bears Picnic. Kelihatan ramai kanak-kanak membawa pelbagai jenis Teddy Bear masing-masing. Mereka berkelah di sini bersama dengan teddy bear yang berbagai saiz dan bentuk.



 Botanic Garden

Ain dan Imran Bersama Teddy dan Spidey


Ain dan turut membawa mainan masing. Ain membawa teddy bear kecil yang di bawa dari Malaysia, manakal Imran membawa patung Spiderman.Terdapat pelabagai pemainan dan aktiviti di jalankan pada masa ini.



 Botanic Garden

Najmi during Balloon Climbing


Terdapat pelbagai permainan, persembahan dan pertandingan melibatkan teddy bear diadakan. Antara persembahan yang sempat kami lihat ialah dari Zappo The Magician dan The Pirates band. Najmi, Ain, Imran dan semua kanak-kanak lain terhibur dengan persembahan ini.



 Botanic Garden

With one of the Mascot


Kami juga mengambil kesempatan untuk berehat sebentar di Norwood Rose Garden sambil menikmati keindahan dan haruman pelbagai bunga Ros. Sebelum pulang ke rumah, kami sempat menikmati ‘egg noodle ‘ Chef Ali sambil makan Sumi (Buatan Malaysia).



 Botanic Garden

Pirates Band Show

Wednesday, January 23, 2008

Food Ration

Semalam kami menerima 2 kotak besar dari Malaysia. Ia merupakan sebahagian dari 5 kotak yang diposkan oleh Opah dan Atuk. 3 kotak yang lain telah diterima minggu yang lalu. Kedua-dua kotak ini lewat tiba kerana mengandungi makanan, Ia terpaksa menjalani pemeriksaan ’Bio Security’ yang ketat. Alhamdulillah semua barang yang diposkan selamat tiba.



Food Ration

Najmi Tersenyum Gembira Sambil Membuka Kotak

Najmi, Ain dan Imran begitu gembira melihat barang-barang dan makanan yang dihantar dari Malaysia. Saya dan deb juga gembira melihat pelbagai rempah dan ’paste’ makanan. Ia akan mempelbagai masakan kami. Saya dan deb sudah kehabisan idea untuk menyediakan masakan di sini. Di sini kena masak setiap pagi, petang dan malam. Pada pagi ini kami masak nasi goreng ’special’ dengan menggunakan rempah yang disediakan oleh Opah. Habis licin dikerjakan Najmi, Ain & Imran.



Food Ration

Ain Bersama Telekung Baru


Di sini tiada Lauk-Pauk Din-Beringin, Nasi Tomato Kak Nor (Ustaz Kamaruzzaman), Soto Kg Jawa, Beriyani Wahila, Tomyam A-Salihin, Ikan Baung RZ, Masakan Siam Sakinah, Chicken Chop Two Cities, Nasi Ayam Pak Jamil, Roti Canai Mat Durian Tunggal, Nasi Lemak sebelah kedai P-Ramlee dan tak lupa 'Home Made Cake' Kak Dira and Karipap Special Kak Ayu (Ustaz Zaluddin). (huaahh) Belum lagi makanan-makan isitimewa di Lumut, Perak & Kota Bharu, Kelantan. Begitu juga Fast-Food (e.g. KFC, McDonald, Pizza Hut, Kenny Rogers, Burger King, Chicken Rice Shop.. dan banyak lagi). (huaahhh 3x .. nak balik !!!!)

Food Ration

Ye ye !!! Thank You very much..


Ucapan terima kasih juga kepada Cik Su (Firdaus), Cik Ja (Izatul) kerana membelikan semua barang-barang tersebut. Tak lupa kepada Nenek & Atuk (Kelantan) yang turut sama membekalkan kami dengan keropok ikan (makanan kegemaran Najmi & Imran). Bukan semua rempah dan ’paste’ ada dijual di sini. Jika ada harga memang jauh lebih mahal dari Malaysia. Jadi jalan yang terbaik ialah mengeposkan dari Malaysia. Rasa-rasanya belanja pos semuanya lebih kurang RM 500 dengan menggunakan Sea Mail. Setelah di hitung-hitung cukuplah bekalan makanan untuk 5-6 bulan ini.

Monday, January 21, 2008

Setinggi-Tinggi Puncak Mount Victoria

Pada hari Ahad baru-baru ini, kami sekeluarga sempat menikmati pemandangan indah Bandar Wellington dari puncak Mount Victoria. Ianya terletak di tengah-tengan bandar Wellington, iatu lebih kurang 25 minit dari rumah kami yang terletak di Lower Hutt.



Mount Victoria

Tinggi-tinggi Mount Victoria, Tinggi Lagi Harapan dan Cita Kami


Pemandangannya sungguh indah. Angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sekali-sekali mengusap pipi kami. Apabila kami tiba di puncak, jelas kelihatan di sebelah kanan kami, bandar Hataitai, Kilbirnie, Seatoun, Newtown dan Wellington Airport. Sementara di sebelah kiri kami kelihatan bangunan dan mercu penting bandar Wellington seperti pelabuhan, Basin Reserve, Stadium, Victoria University, Taranaki Street dan bangunan-bangunan lain.



Mount Victoria

Najmi, Imran dan Ain


Kelihatan bersama-sama kami ialah pelancong-pelancong yang turut menikmati pemandangan yang indah ini. Kemudahan letak kereta dan tangga yang tersedia memudahkan pelancong-pelancong. InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan datang lagi bagi menikmati pemandangan ini pada waktu malam pula.



Mount Victoria

My New Hair Cut and Ideal Weight

Thursday, January 17, 2008

Apa akan berlaku sekiranya…


  1. Salinan kunci rumah kita ada pada ‘meter reader’ TNB dan mereka perlu masuk ke dalam rumah kita untuk membaca meter (sebab meternya berada di dalam rumah). Mereka akan gunakan kunci tersebut jika kita tiada dirumah.

  2. Kita timbang sendiri barang di Supermarket dan tampalkan harganya sendiri.

  3. Isi sendiri petrol untuk kereta dan kemudiannya pergi bayar di dalam kedai bila selesai.

  4. Gunakan kad ‘Shop N Go’. Kita scan barang yang dibeli sendiri dan boleh keluar bila selesai tanpa perlu perlu ke ‘check out’ kaunter.

  5. Kita tak perlu bayar sebarang deposit untuk menjadi ahli ‘Library’ atau kedai menyewa ‘DVD/Games”.

  6. Anak-anak kita berjalan sendiri ke sekolah ? Adakah ianya selamat..


Ianya berlaku di sini. Yang hairannya penduduknya hanya minoriti beragama islam

Wednesday, January 16, 2008

Adik Sharlinie

Semalam selepas berbual dengan ahli keluarga di Malaysia, kami baru menyedari berita kehilangan adik Sharlinie. Ia telah hilang sejak 9 Januari 2008. Kami sekeluarga amat sedih kerana begitu kerap kejadian seperti ini berlaku. Kisah sedih adik Nurin Jazlin masih belum hilang dari ingatan.



Poster Adik Sharlinie

Adik Sharlinie


Berita lanjut tentang adik Sharlinie kami dapati dari link ini. Kami sekeluarga doakan agar adik Sharlinie dapat di kesan/ temui dengan segera. Kepada keluarganya semoga tabah dan jangan putus asa

Monday, January 14, 2008

Bercuti ke South Island ?

Rasanya sudah lama tidak meng’update’ blog ini. Salah satu sebabnya ialah kerana tiada entry yang menarik, mungkin juga ketandusan idea. Sekarang ini sedang musim cuti sekolah. Ia bermula sejak Christmas lagi. Najmi, Ain dan Imran sudah tiga minggu tinggal di rumah. Kami tidak bercuti ke mana-mana (Budget agak limited). Lagipun deb sudah sibuk dengan pengajiannya.



Interislander

Interislander Ferry


Rakan-rakan yang lain seperti Fairus, Dato' Prof Dr. Othman, Mizi, bro. Sufian dan beberapa family lagi mengambil kesempatan menjelajah ’South Island’. Mereka tour South Island selama 10 hari, menaiki 'interislander ferrry' dari Wellington ke Picton (South Island). Untuk bercuti di New Zealand adalah perkara yang mudah (janji ongkosnya ada). Apa yang perlu dilakukan hanyalah berikan cadangan perjalan dan budget ke i-site. Pihak i-site akan aturkan hotel/motel bagi melancarkan percutian tersebut. Untuk makluman, Fairus and the ’geng’ berbelanja NZ$700 seorang untuk percutian tersebut



Interislander

Connecting Wellington with Picton (South Island)


Kami sekeluarga bercadang untuk tour South Island pada Summer tahun 2009 (December-January). Sempatlah cari duit .. ha ha. Kepada students Malaysia di New Zealand, Australia atau sahabat-sahabat dan saudara-mara di Malaysia yang ingin turut serta bolehlah kita bercuti bersama-sama. Boleh email saya di khairul5737@yahoo.com, supaya saya boleh sewa satu feri tu.. ha ha. Kepada sahabatku Halim di Christhcurch, (jika membaca post ini) terimalah ucapan "kalau nak buat Aqiqah anak inilah masa yang terbaik. Kami akan tolong Halim & Yati menyempurnakan majlis tersebut.. (ha ha)".