Monday, June 30, 2008

Kenapa aku gatal sangat ?

Wellington ini menjadi tempat himpunan bagi pelajar-pelajar Malaysia di seluruh New Zealand. Semua mereka datang untuk Bersatu Games. Farah dan semua rakan-rakannya pasti sedang sibuk menguruskan penginapan, pengangkutan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bagi program ini. 


Saya dan deb tidak terlibat dan tidak dapat membantu Farah menjayakan aktiviti ini. Kesibukan ialah alasannya. Teringat kembali semasa di UiTM Johor, Saya, deb bersama rakan-rakan (seperti Yamin (The Rock), Ros Hasri, Basha, Juliana, Akmal dll adalah Pegawai Pembangunan Pelajar -PPP) yang sentiasa sibuk setiap Sabtu dan Ahad untuk program pelajar. Kini, masing-masing telah berpindah atau melanjutkan pengajian.


Kami sekeluarga di New Zealand, sedang mengalami kesibukan yang amat dasyat. Dengan kedua-duanya melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D sedikit sebanyak memberikan tekanan dari sudut pengurusan masa. Faktor yang lebih utama, ialah ketiadaan Bibik Tursiyah dalam membantu menguruskan hal-ehwal rumah dan anak-anak.


Kadangkala hati kecil berkata, “Kenapa aku gatal sangat nak datang sini, Hidup kat Malaysia bukan main senang”. Bila balik ke rumah dari pejabat, bibik akan bertanya, “Bapak @ Ibu mahu minum air apa, Bapak @ Ibu mahu makan sekarang ke?”, "Esok, bapak mahu sarapan apa?". Kesannya amat signifikan, bila melihat badanku semakin hari semakin membulat.”


Kini itu semua tinggal kenangan. Setiap kali balik dari Universiti, kami kena memasak, lepas tu bagi makan ke semua anak-anak, lepas tu basuh pinggan, periuk lepas tu basuh baju, jemur baju, lepas tu check homework Najmi, lepas tu …, lepas tu …..... Kesannya juga amat signifikan bila kami sekeluarga (kecuali Najmi) telah mencapai berat badan 'ideal', ha ha ha

Thursday, June 26, 2008

Tangan Bukan Jari

Saya bagaikan graduan baru bekerja. Perasaan seronok untuk menerima gaji pertama ketika mula bertugas dengan ITM pada tahun 1998 timbul kembali. Selepas 10 tahun berlalu, kini saya menghitung hari untuk menerima gaji pertama semula (iaitu selepas sekian lama bercuti tanpa gaji). Mana tidaknya, sudah 8 bulan tidak menerima gaji dari UiTM. Simpanan dan hasil jualan kereta Waja pun semakin kering@kurang.


Oleh itu, tanggal 25hb setiap bulan dinanti dengan penuh kesabaran (bagaikan kanak-kanak menanti saat untuk berbuka puasa). Sejak tiba di New Zealand, kami mengamal amalan berjimat cermat dalam berbelanja. Segala kemewahan ketika di Malaysia terpaksa dilupakan. Mana tidaknya, biasiswa hanya NZ$2300+ untuk kami lima sekeluarga. Bila tengok pelajar 'single' yang dapat NZ$1300++, jelous pun ada rasanya. Sepanjang hampir 8 bulan di sini, boleh di bilang dengan tangan, kami makan di luar. (bak kata Asiah tangan tau, bukan jari).. hu hu hu..


Semalam, pagi-pagi lagi, saya menyemak maybank2u online banking. Terkedip-kedip mata menunggu paparan baki keluar. Tiba-tiba terlihat baki wangnya tetap sama. Hati kecil berkata "Mungkin 25 Julai nanti, impian baru menjadi kenyataan."

Sunday, June 22, 2008

Website - Rujukan & Latihan

Di sini saya kongsikan beberapa alamat website yang diberikan oleh guru Najmi, untuk latihan dan rujukan anak-anak kita.

nzmaths
funbrain
playkidsgames
spelling city
rain forest maths

Wednesday, June 11, 2008

Musim Durian Atau Cempedak

Kepada rakan-rakan yang terlampau kuat bekerja tanpa mengira hari Sabtu atau Ahad, Siang atau Malam, Cuti sekolah atau tidak, Musim Durian atau Cempedak, Saya tujukan lagu ini untuk ingatan diri sendiri (dan juga rakan-rakan) dengan ucapan, "Ingatlah ada anak-anak kecil yang memerlukan perhatian anda, Insaflah"



Cats in the Cradle
by Harry Chapin


A child arrived just the other day,
He came to the world in the usual way.
But there were planes to catch, and bills to pay.
He learned to walk while I was away.
And he was talking 'fore I knew it, and as he grew,
He'd say, "I'm gonna be like you, dad.
You know I'm gonna be like you."

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
"When you coming home, dad?" "I don't know when,
But we'll get together then.
You know we'll have a good time then."

My son turned ten just the other day.
He said, "Thanks for the ball, dad, come on let's play.
Can you teach me to throw?" I said, "Not today,
I got a lot to do." He said, "That's ok."
And he walked away, but his smile never dimmed,
Said, "I'm gonna be like him, yeah.
You know I'm gonna be like him."

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
"When you coming home, dad?" "I don't know when,
But we'll get together then.
You know we'll have a good time then."

Well, he came from college just the other day,
So much like a man I just had to say,
"Son, I'm proud of you. Can you sit for a while?"
He shook his head, and he said with a smile,
"What I'd really like, dad, is to borrow the car keys.
See you later. Can I have them please?"

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
"When you coming home, son?" "I don't know when,
But we'll get together then, dad.
You know we'll have a good time then."

I've long since retired and my son's moved away.
I called him up just the other day.
I said, "I'd like to see you if you don't mind."
He said, "I'd love to, dad, if I could find the time.
You see, my new job's a hassle, and the kid's got the flu,
But it's sure nice talking to you, dad.
It's been sure nice talking to you."
And as I hung up the phone, it occurred to me,
He'd grown up just like me.
My boy was just like me.

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
"When you coming home, son?" "I don't know when,
But we'll get together then, dad.
You know we'll have a good time then."

Bahan Terlarang

Sejak 15 Mei, Stesen Epuni di tutup. Ini disebabkan bahan terlarang (Asbestos) di jumpai di strukur bangunan stesen tersebut. Ia dipercayai boleh menyebabkan kanser. Terpaksalah saya dan deb menapak (berjalan kaki) ke Stesen Waterloo. Ia mengambil masa 15-20 minit dari rumah. Saya percaya di Malaysia, bahan ini masih giat di gunakan sebagai syiling rumah. Pihak Tranzmetro mengumumkan pada jumaat yang lepas bahawa stesen keretapi tersebut akan di runtuhkan dan akan di bina dengan struktur yang baru. Entah bilalah ia akan siap ?

Saturday, June 7, 2008

Memancing di Seaview

Sejak tiba di Wellington, sudah beberapa kali Najmi mengutarakan hasratnya untuk memancing. Saya biarkan sahaa hasratnya berlalu begitu sahaja. Mana tidaknya, saya tidak berpengalaman dalam bidang memancing ini. Ia bukan bidang kepakaran saya. Minggu lepas, Najmi membeli satu batang joran. Harganya NZ$30.00. Dengan bantuan dan tunjuk ajar Uncle Niklin (sahabat dan penjaga mereka semasa saya pergi belajar), Najmi mula bersedia untuk memancing.



My First Catch



Kalau Goreng Pun Sodap !!!


Hari Sabtu minggu lepas, saya, Niklin dan Najmi memancing di Seaview. Dia begitu teruja dengan aktiviti ini. Keseronokan mengendalikan batang joran jelas kelihatan di raut wajahnya. Ketika berjaya menarik ikan naik, Najmi melompat keriangan. Dia benar-benar gembira dan puas. Aktiviti ini mengingat kembali zaman kecil saya, Arwah Opah (nenek) saya akan berkata bahawa dia tak akan membeli ikan hari ini, setiap kali saya menyatakan hasrat untuk pergi memancing di sungai. Kata-kata tersebut telah berjaya membatalkan hasrat saya.

Thursday, June 5, 2008

Di Kejar Polis Peronda

Dua hari yang lepas, ketika memandu kereta untuk pulang ke rumah, saya berselisih dengan sebuah kereta peronda polis. Tiba-tiba kereta peronda tersebut membuat U-turn. Alangkah terkejutnya saya, kereta peronda polis tersebut memasang lampu dan sirennya. Ia mengekori kereta saya. Nasib baik tiada adegan tembak menembak berlaku....


Saya pun membelokkan kereta dan parking di hadapan rumah. Kereta polis pun turut berhenti di belakang kerata kami. Keluarlah seoarang anggota polis (pemandu). Dia bertanyakan Adakah saya tahu berapa had laju jalan tersebut. Saya menjawab 50km/h (nota: memang semua jalan di NZ hadlaju ialah 50km/h melainkan Highway 100km/h). Dia memaklumkan bahawa saya memandu dengan kelajuan 65 km/h. Dia bertanya kenapa saya membawa begitu laju... Saya terkedu ketandusan idea.


Selepas memeriksa lesen memandu, Polis tersebut mengajak saya masuk ke kereta dan menunjukkan meter perangkap had laju. Memang canggih keretanya. Ia boleh mengesan hadlaju kereta walaupun hanya berselisih sahaja dengan kereta saya. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari 'radio' (alat komunikasi). Saya rasakan ia adalah panggilan yang penting.


Sejurus selepas itu, Pegawai polis tersebut berkata, " I give you a warning this time, It is not worth it to pay 80 dollar for speeding". Saya dengan tersenyum melebar dan meluas. Dengan pantas saya menjawab "I'll be more careful next time, thanks sir". Saya bersyukur kepada Allah swt. Keesokan harinya saya hanya memandu dengan kelajuan 50 km/h. Saya dapat menikmati semua pemandangan. Terasa seperti membawa kereta solar atau basikal.