Friday, December 28, 2007

Settlers Museum

Settlers Museum

Di Luar Settlers Museum
Settlers Museum

Pada minggu lepas kami membawa anak-anak melawat Settlers Museum. Muzium ini kecil sahaja dan ianya terletak di Petone (lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah). Ia memaparkan sejarah bagaimana ‘Mat Saleh’ boleh sampai ke New Zealand dan seterusnya hubungan dengan kaum Moari.



Settlers Museum

Melukis Tawa Block
Settlers Museum

Imran dan hasil karyanya
Settlers Museum

Ain memperagakan pakaian Maori

Najmi, Ain dan Imran sempat melukis menggunakan Tawa Block di Settlers Museum. Selain itu Ain sempat memperagakan pakaian ala Moari yang ada di Museum tersebut.



Settlers Museum

Settlers Museum




Thursday, December 27, 2007

Paraparaumu Beach

Christmas di New Zealand merupakan cuti yang paling besar sekali. Tiada satu kedai yang dibuka. Semuanya tutup. Kami mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak ke Paraparaumu Beach dengan menaiki keretapi. (Perkhidmatan percuma bagi semua ’public transport’ pada hari Christmas, ha ha).



Paraparaumu Beach

Tranz Metro Train

Kami menaiki keretapi ke Wellington Railway Station dari rumah (Epuni). Perjalanan mengambil masa 22 minit. Selepas itu mengambil keretapi lain ke Paraparaumu bersama dengan Balkish dan Family. Perjalanan mengambil masa 50 minit. Pemandangan di luar keretapi amat menarik. Terdapat bukit-bukit yang penuh dengan biri-biri dan kadang-kadang melalui tebing yang curam di tepi pantai. Paraparaumu ialah destinasi paling hujung bagi perkhidmatan keretapi ini.



Paraparaumu Beach

Paraparaumu Beach

Setibanya kami di Paraparaumu, kami menaiki bas ke Paraparaumu Beach. Di sana kami berkelah. Pemandangan di sana amatlah indah. Kami merancang untuk melawat Kapiti Island yang terletak berhampiran suatu hari nanti. Najmi, Ain dan Imran sibuk bermain dengan itik dan burung-burung yang banyak di sana. Manakala kami menikmati bekal yang dibawa.



Paraparaumu Beach

Bermain bersama itik-itk

Lebih kurang pukul 4 petang kami menaiki bas untuk pulang ke Paraparaumu Station. Pukul 5 bertolak ke Wellington dengan train dan kemudiannya ke Epuni (6.05 ptg) dengan train juga. Najmi Ain dan Imran tersenyum puas dapat menaiki keretapi. Saya dan deb pun tersenyum gembira, (kerana tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk perkelahan ini .. ha ha). Ke manakah kami akan pergi pada cuti Christmas akan datang?



Paraparaumu Beach

MaClean Park



Saturday, December 22, 2007

Hari Raya di Wellington

Sambutan Hari Raya di Wellington adalah sederhana sahaja. Kami bersembahyang sunat hari raya di Malaysian High Commission yang terletak di Washington Avenue, Wellington. Ramai juga para-pelajar ‘undergrad’ yang tidak pulang bercuti di Malaysia bersama-sama berhari raya di sana. Kami sama-sama bertakbir hari raya sebelum bersembahyang Aidil Adha. Khutbah di bacakan oleh Datok Sufian (No 1 di Hi-Comm).



Aidil Adha

Bergambar sebelum santapan hari raya di Hi-Com

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, iaitu selepas bersembahyang sunat, kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh pihak MSD dan JPA. Dikesempatan itu kami dan beramah mesra dengan rakan-rakan yang lain yang sama-sama berhari raya di Hi-Comm. Pelbagai juadah disediakan. Antaranya ialah pulut, rendah, nasi impit dan kuih muih. Di kesempatan ini kami dapat melepaskan rindu pada makanan Malaysia. Masing-masing tidak sabar untuk menikmati makanan yang disediakan.



Aidil Adha

Menanti giliran dengan kesabaran   

Najmi, Ain dan Imran sibuk dengan kawan-kawan yang baru ditemui. Alangkah gembiranya mereka bermain dengan anak-anak Malaysia yang lain. Mereka bermain bersama dengan kawan-kawan baru. sekejap kesan, sekejap lagi ke sini. Mereka inilah yang memeriahkan hari raya di Hi-Comm ini. Tanpa kehadiran mereka saya percaya, majlis sambutan ini akan menjadi seperti majlis yang sunyi sepi. selepas puas makan dan bermain, mereka menjelajah pula ke tingkat 2 dan 1 bangunan Hi-Comm.



Aidil Adha

Merekalah yang menggamatkan majlis   

Selepas lebih kurang 4 jam di Hi-Comm, kami bertolak ke rumah Dato’ Prof. Othman Yatim di Karori. Rumahnya kami perhatikan amat besar dan menarik. Kelihatan label ’Teratak Malaysia di hadapan rumahnya. Selepas penat berbual dan makan, kami pulang semula ke rumah. Barulah kami tahu, bahawa rumah tersebut adalah rumah milik kerajaan Malaysia yang untuk mereka yang bertugas menjadi Pof (’chair’) di Victoria University. Kami menikmati pelbagai sidangan sepert kuih muih dan laksa penang. Majlis ini agak berbeza kerana dihadiri oleh kebanyakan family Malaysia dan post-grad students.



Aidil Adha

Pelajar undergrad yang sibuk membuat burger   

Selepas itu kami pulang ke rumah. Kami makan masakan yang telah disediakan. Kebetulan Balkish dan keluarga datang berhari raya. Dapatlah mereka menikmati Nasi Beriyani ala ’Wahila (Restoran yang terkenal menjual Nasi Beriyani di Segamat, Johor). Kebetulan pada hari ini celebrate birthday khairul dengan makan kek yang disediakan oleh Chef Balkish. (... Teringat kek Kak Nadzira yang enak yang selalu kami tempah setiap kali kami menyambut birthday Najmi, Ain atau Imran)



Aidil Adha

Makan laksa penang di Teratak Malaysia, Karori, Wellington   

Akhirkata, kami sekeluarga mengucapkan .... Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, kakitangan UiTM , para pelajar dan semua yang mengenali kami.Ribuan kemaafan dipohon atas segala kesalahan dan kesilapan.



Aidil Adha

Ayam untuk Nasi Beriyani ala Wahila





Monday, December 17, 2007

Ain's First Day Report

Ain (Ainul) sudah mula menyesuaikan diri dengan rakan-rakan disini. Baru-baru ini saya mendapat laporan tentang pengalaman hari pertama Ain pergi ke kindergarten. Di sini kami kongsikan sedikit pengalaman Ain. Sila 'click' di gambar bawah untuk zoom laporan tersebut.



page 1

Page 1



page 1

Page 2



page 1

Page 3

Sunday, December 16, 2007

Apalah khabar ?

Sesekali kami membaca berita di utusan online dan menonton berita di www.tv3.com. Nampaknya keadaan banjir di beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan semakin teruk. Apalah khabar sahabat-sahabat di Segamat seperti Kak Zalina, En. Nasir, Onn, Muzali, Rafidah, Yang Chik, En. Khalid, Us. Kamaruzzaman dan ramai lagi kakitangan UiTM. Tak lupa kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat yang majoritinya datang dari negeri Johor, Pahang dan Terengganu. Bagaimanakah rumah mereka? Adakah dinaiki Air? Terukkah? Adakah bekalan makan telah sampai?



Banjir Segamat

Banjir 2007, Bagaimana 2008

Teringat kembali banjir besar yang melanda daerah Segamat setahun yang lalu. Tiada siapa menyangka banjir yang amat besar melanda bandar Segamat. Habis bandar Segamat dan kawasan sekitarnya dibanjiri air yang entah datang dari mana. Keadaan pada masa itu ’hiruk-pikuk’, tidak terusus, tiada koordinasi dan pelbagai masalah yang lain. Hanya mangsa-mangsa banjir sahaja yang tahu bagaimana keadaan pada masa itu. Keputusan bekalan makanan, ketiadaan air bersih, perhubungan jalanraya dan semua kedai ditutup (akibat di masuki air) menambah burukkan lagi keadaan.



Banjir Segamat

Air Sungai Segamat Melimpah

Saat-saat bersama Prof. Madya Norzian (Perakaunan), PM Us. Zaluddin (TPHEA), En. Khairul, Tuan Bada dan Adib terpaksa menaiki lori ke Segamat untuk menghantar bekalan makanan kepada kakitangan UiTM yang terlibat tidak dapat dilupakan. Perjalanan yang biasa mengambil masa 15 minit, kini mengambil masa 3 jam kerana terpaksa melalui pekan Gemas, Pasir Besar..... sebelum keluar ke Taman Yayasan di Segamat. Pemandu yang bertugas (Sam) bekerja siang malam selama seminggu untuk membawa kami menghantar makanan, air, bersih, pakaian dan pelbagai peralatan lain. Tak lupa pada Din dan Nini (adik ipar) yang datang dari KL untuk melawat deb yang baru ’operation’, turut sempat membantu menjadi sukarelawan banjir di Segamat.



Banjir Segamat

Alangkah pilunya rasa hati bila bertemu dengan rakan-rakan kakitangan UiTM yang –menjadi mangsa terutama di Kg Jawa dan Felda Medoi. Habis semua barang di rumah rosak di naiki air. Terngiang-ngiang lagi di telinga kata-kata ’En. Khairul, habis barang yang saya kumpul selama 15 tahun ini musnah di landa banjir. Yang tinggal hanyalah cerita sedih sahaja’.



Banjir Segamat

Kami sekeluarga doakan agar banjir segera surut dan semua mangsa berada di dalam keadaan selamat.



Tuesday, December 11, 2007

Berkenal-Kenalan

Nasihat dari Professors dan Pensyarah di UiTM, PhD bukanlah sekadar membuat ‘research’, menulis ‘thesis’ dan ‘viva’. Ianya lebih dari itu. Jika ada peluang, carilah kenalan seramai mungkin. Hari Jumaat yang lalu, kami berpeluang berjumpa dengan hampir semua ahli Faculty of Commerce and Administration’, khususnya daripada ‘School of Accounting and Commercial Law’. Kami dijemput untuk menghadiri Christmas Lunch di Kelburn Campus, sambil meraikan pemergian Dr. Ciaran ke Ireland dan menyambut pelajar-pelajar PhD baru di fakulti.



Lunch di Kelburn

Antara Pensyarah dan Tetamu Yang Makan Bersama di Meja Kami

Sambutannya ‘simple’ tetapi amat bermakna bagi kami pelajar- pelajar baru. Bila ada peluang, kami bercerita tentang Malaysia dan semestinya UiTM (of course, the biggest university in Malaysia). Mereka kagum dengan pentadbiran UiTM yang berjaya menguruskan lebih dari 14 cawangan. Kami berasa sungguh bertuah mendapat peluang belajar di sini. Terima kasih, UiTM!



Deb dan Balkish

VUW, Wellington

Imran's New Skill

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Imran mula mahir bermain playstation. Dia kini sibuk menghabis masanya bermain PS2. Puas (kata orang Perak .. ’Jenuh’) saya memujuknya untuk tidur, makan, pergi ke Tadika, tukar diapers dan macam-macam lagi...



Play Station

Hobi Imran Yang Baru   

Antara games yang diminati oleh Imran ialah Winnie the Pooh, Shrek, Ultimate Alliance, Cars dan Meet the Robinson. Teringat saya kembali tentang abangnya Najmi. Dia bermula bermain PS1 semasa umurnya 2 tahun setengah dan permainan yang paling diminatinya ialah Power Rangers. Dia akan mengajak sesiapa sahaja yang ada untuk menjadi ’partner’ dalam permainan tersebut. Selain dari saya dan deb, turut menjadi mangsa ialah Cik Su, Cik Ja, Opah, Abg Shahnon dan Bibik Mei Nurlia.



Play Station

Abg Najmi, Abg Hamdi, Ayah Nil . I'll join the club   

Kini masa Imran telah tiba... Sekali sekala dia akan mengajak saya untuk membantunya dalam permainannya. Tapi kali ini saya lebih bernasib baik sebab di sebelah petang, Najmi akan membantu Imran sekiranya dia ’tersesat’ atau ’mati di belasah lawannya’.



Play Station

Susahnya Nak Memujuk Imran Untuk Tukar Diapers   

Permainan PS2 di sini sangat mahal. Harga satu game adalah sekitar (NZ$ 70-90). Kalau convert dan jadi (RM 182-234). Oleh sebab itu, kami hanya menyewa satu atau dua game sahaja dari kedai, ianya lebih murah (NZ$6 seminggu). Kepada rakan-rakan yang ingin datang belajar ke New Zealand, saya nasihatkan belilah PS2 console di Malaysia kerana banyak kelebihannya...




Monday, December 10, 2007

Nissan Bluebird APJ 526

Bagi memenuhi permintaan kawan-kawan yang suka sangat bila mana dimaklumkan pasal kereta kami yang baru beharga NZ$2,000. Inilah dia gambar kereta kami.



kereta

Tahun 1997, 1800cc Manual, Mileage: 130,000km         

Alhamdulillah kereta ni berfungsi dengan baik buat masa ini. Minta-minta sampai habis belajar pun masih baik juga. Untuk pengetahuan semua, di New Zealand, semua penumpang mesti ada tempat duduk sendiri. Tak boleh himpit-himpit macam ikan Sardin. (teringat masa kecil dahulu). Satu lagi kanak-kanak mesti pakai ’car seat’. Semua penumpang mesti pakai tali pinggang keselamatan. Denda NZ$200 bagi setiap penumpang yang tak pakai tali pinggang. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mesti beli MPV atau kenderaan 7-seaters yang lain. Harganya pun tidak ada beza sangat



kereta

Interior - Ok lagi  

Pilihan kereta dan harga sebenarnya bergantung kepada kehendak, keperluan dan citarasa masing-masing. Seorang sahabat (Halim + 4 anak) beli Toyota Ipsum (7 seater) NZ$2,600 dan Balkish (+3 anak) beli Mazda Capella NZ$3,000 – 7 seater). Untuk kereta ’brand new’ harganya sangat mahal di sini.



kereta

Saiz lebih kurang Waja  

Ada juga kawan-kawan yang membeli kereta yang lagi murah tapi condition ok. (Nik beli NZ$ 500, Azahari (NZ$ 600–Mitsubishi Chariot–7 seaters). Antara yang membeli kereta yang agak mahal ialah Ann (Honda Jazz – NZ$11,000) dan rekod tertinggi di pegang oleh Fairus (Mercedes – lampu kacang – NZ$40,000=RM104k)). Kami sekeluarga berbelanja sederhana sahaja. Takut juga kalau ada keperluan yang tidak dijangka.



kereta

Ain dan Imran mesti kena pakai Car Seat 

Roselina, iaitu pegawai di HiCom Malaysia ada maklumkan kepada saya bahawa pelajar Malaysia boleh bawa kereta balik ke Malaysia, tetapi kereta mestilah di beli 9 bulan sebelum pulang. Harap-harap peraturan tersebut masih kekal sebelum kami pulang ke Malaysia. Kalau tiada budget kami akan bawa balik kereta Nissan ni, he he .. buat kenang kenangan ....(huaaah).





Thursday, December 6, 2007

Keretapi - Pengangkutan Utama

Deb sudah mula sibuk ke Victoria University. Pihak Faculty sudah memberikan bilik, komputer, printer, akses internet, student ID dan Staf ID. Dia juga sudah beberapa kali berjumpa dengan supervisor (Prof. Keitha Dunstan). Sebenarnya Prof. Keitha ialah Head kepada Faculty of Commerce and Law. Dia meminta deb untuk datang ke kelas Research Methodology dan Financial Reporting, yang mana kelas tersebut akan diajar oleh beliau. Mengikut kata deb, Prof Keitha ini sangat baik ala-ala Prof. Dr. Normah. Kelas hanya akan bermula pada Januari 2008. Sekarang ini, deb mengambil peluang untuk membaca artikel dan menyediakan ’research proposal’.



waterloo station

Imran & Deb- Kat Waterloo Station

Saya tidak dapat menghantar ke Fakulti yang terletak di Pipitea Street, Thorndorn. Bukannya jauh sangat hanya 20 km sahaja dari rumah. Tetapi kos petrol memang tinggi. Harga minyak disini adalah NZ$ 1.74 seliter (kalau convert duit RM 4.56 seliter). Tambahan pula parking kenderaan adalah terhad dan sangat mahal di Wellington NZ$4.00 sejam. Jadi jalan yang terbaik ialah pergi sendiri menggunakan keretapi. Di sini perkhidmatan keretapi adalah adalah lebih mudah. Satu perjalanan tambangnya ialah NZ$4.50. Untuk lebih jimat deb beli tiket bulanan, iaitu NZ$ 108 sebulan. Dari rumah kami ke Stesen keretapi Epuni adalah tersangat dekat. (Depan mata memandang). Kalau jalan kaki – hanya 1 minit sahaja. Kami bersyukur kepada Allah kerana diberikan rumah ini. Kadang-kadang deb naik keretapi di Stesen Waterloo. Ianya lebih besar dan mereka interchange ke destinasi yang lain juga. Jika saya menghantar Ain dan Najmi ke sekolah/tadika menaiki kereta, kami akan melalui stesen keretapi ini.



epunistation

Epuni Station betul-betul dihadapan rumah kami

Apabila sampai di Wellington Railway Station, deb akan terus tiba di hadapan Faculty of Commerce and Law. Ianya betul betul terletak di hadapan Railway Station. Malahan sebahagian dari bangunan (West-Wing) Railway Station ini digunakan sebagai bilik kuliah untuk pelajar undergrad Commerce.



Platform 3/4 London

Platform 9 3/4 London. Mungkinkah disinilah JK Rowling mendapat ideanya !!!

Kepada peminat filem Harry Potter, mesti ingat bahawa ada platform 9¾, yang digunakan oleh semua ‘wizard’ untuk menaiki Hogwart Express. Mengikut kata deb, platform 9¾ wujud di Wellington Railway Station. Walaupun pengambaran tersebut tidak dibuat di situ, tapi yang pasti kami akan pergi melihatnya dan bergambar di situ suatu hari nanti, He he..




Tuesday, December 4, 2007

Pengalaman Hari Pertama Imran

Imran

Khairul Jr.

Semalam semasa saya mengambil Imran di Epuni Kindergarten, Esther memanggil saya dan menunjukkan laporan pengalaman hari pertama Imran pergi ke kindergarten. Saya berkata kepada beliau ‘Alangkah baiknya jika saya mendapat soft-copy, supaya saya boleh hantar kepada keluarga di Malaysia’. Pada petang itu, saya menerima email mengandungi laporan tersebut.


Di sini saya kongsikan pengalaman tersebut kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengenali Imran. Untuk membacanya boleh klik di sini. (Perlukan Acrobat reader untuk membacanya).


Saya kagum bagaimana mereka sempat menulisnya. Semua pelajar mempunyai fail tersendiri yang mengandungi laporan semasa perkembangan masing masing. Semoga Imran terus gembira di Kindergarten tersebut.


Wednesday, November 28, 2007

Ain dan Imran ke Epuni Kindergarten




Depan Epuni Kindergarten

Imran dan Ain Di Laluan Masuk ke Epuni Kindergarten

Selepas Najmi mendaftar sekolah, saya terus mendaftarkan Ain dan Imran di Epuni Kindergarten. Ianya terletak di belakang sekolah Najmi. Di Kindergarten ini, Ain akan pergi setiap pagi, manakala Imran pula pada 3 kali seminggu pada sebelah petang. Mereka berdua memulakan persekolahan pada hari Isnin (26 Nov) ini. Apa yang menarik perhatian kami di sini ialah kami dipesan agar anak-anak dipakaikan dengan pakaian yang lama. Apabila menemani mereka semasa sesi melawat pada hari khamis, saya faham kenapa di nasihatkan begitu. Mana tidaknya kanak-kanak tersebut bermain warna air dan banyak aktiviti luar kelas seperti main pasir, air dan banyak lagi.Kami percaya mesti ramai terkejut melihat kanak-kanak di sini bermain pasir siap dengan pelbagai alatan.



Depan Kelas

Depan Kelas Ain and Imran

Satu perkara yang istimewa ialah, penglibatan ibu-bapa. Terdapat jadual untuk ibu bapa bertugas membantu guru-guru. Selain itu terdapat 'white board' menyatakan tugas-tugas yang ibu-bapa boleh membantu secara sukarela setiap hari. Sepanjang pengamatan, saya dapati sentiasa ada ibu bapa berada di kindergarten bagi membantu guru-guru. Mereka benar-benar terlibat didalam pembangunan anak-anak disini. Saya perhatikan ada ibu bapa yang sama-sama mengajar menyanyi, menggunting kertas, membaiki alatan di 'playground dan menjaga keselamatan anak-anak yang bermain pasir.



Playground

Di sinilah tempat Ain dan Najmi Main

Tentang bayaran yuran, kami dikecualikan dari membayar sebarang yuran. Kami menerima 20 jam ECE (early child education) dari NZ Government. Ini membolehkan kami menghantar Imran dan Ain di pusat jagaan atau tadika selama 20 jam seminggu tanpa sebarang bayaran.jJika kami menghantar mereka kepada lebih dari satu pusat jagaan/kindergarten menyebabkan jumlah jam melebihi 20 jam barulah dikenakan bayaran.



Playground

Masa Summer Ni. Mereka Banyak Bermain Di Luar Bilik Kelas

Terdapat 3 orang guru yang bertugas. Mereka ialah Esther, Donna dan Linda. Semuanya mempunyai latihan selama 3 tahun dan mempunyai Diploma in Early Education. Selain itu mereka juga dibantu oleh seorang staff Admin (Wendy). Setakat ini Ain dan Imran gembira sahaja pergi ke Kindergarten tersebut. Cuma Imran ada menangis sedikit pada hari pertama. Ain gembira sahaja tanpa sebarang masalah.




Sunday, November 25, 2007

Najmi Mula Bersekolah

Epuni Primary School

Inilah Sekolah Baru Najmi

Pada hari Isnin minggu lepas, saya mendaftarkan Najmi bersekolah di Epuni Primary School. Guru besar membawa Deb dan Najmi melawat ke kelasnya semasa saya sibuk mendaftarkannya. Saya sibuk bertanyakan baju ’uniform’, buku teks, yuran dan banyak lagi semasa mendaftarkannya. Yang menariknya, tiada baju uniform, yuran atau buku teks perlu dibeli. Apa yang perlu di bawa ialah buku tulis, alat tulis dan bekal makanan. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai pelajar dari pelbagai negara tetapi Najmi ialah satu-satunya pelajar Malaysia yang bersekolah di situ.



Pora

Najmi dan Pora

Najmi mula bersekolah pada keesokan harinya. Guru kelasnya ialah Miss Trouttman. Di kelasnya terdapat pelbagai kaum. Ada 25 orang pelajar di kelasnya. Kelas bermula pada pukul 8.50 hingga 3 petang. Setiap hari saya akan membekal makanan untuk tengahari. Berbuih mulut saya memesan Najmi agar makanan yang dibekalkan sahaja. ’Jangan makan makanan kawan-kawan yang lain. Najmi pun dah berbuih mulut mengatakan ’Ya, Saya Faham’ setiap kali saya berpesan. Saya tahu dia faham, tapi saya takut jika ada kawan-kawan yang mempelawanya, dia akan lupa segala pesanan saya. Selepas 5 hari Najmi bersekolah, saya lega kerana mendapati semua pelajar hanya dibenarkan makan makanan masing-masing.



Depan Kelas Najmi

Depan Kelas Najmi

Kini sudah lima hari Najmi bersekolah di situ. Semoga Najmi cepat menyesuaikan diri dengan sekolah barunya dan bergembira bersekolah di sini.




Saturday, November 24, 2007

Makanan Halal di Wellington

Mencari makanan merupakan suatu cabaran bila berada di luar negara. Alhamdulillah, daging halal boleh didapati di beberapa buah kedai di Wellington. Bagi menjimatkan masa, kami di sini mengambil langkah membeli peti sejuk yang besar supaya tidak perlu selalu ke kedai tersebut. Barangan seperti daging lembu, kambing, sosej dan nugget kami beli di kedai ’Wellington Butcher’ di Newtown, Wellington yang jaraknya 25 minit dari rumah kami.



PakNSave

Tempat Kami Bershopping... sementara ada duit

Bagi Ayam, ianya boleh didapati di supermarket ’Pak N Save’ yang ada di mana- mana di sekitar Wellington. Pasaraya ini ibarat Giant, Carrefour atau Tesco di Malaysia. Ia di buka dari seawal pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Ayam Frozen (berat 5kg) biasanya menjadi pilihan kami. Harganya NZ$24.00. Bagi barangan lain seperti udang, ikan, potato fries,fish fngers dan groceries yang lain semuanya boleh di dapati di pasaraya tersebut. Jaraknya dari rumah kami lebih kurang 300 meter. Cuma pada peringkat awal sampai di sini, saya dan deb asyik membelek satu-satu barangan supaya dapat mengelakkan membeli barangan yang tidak halal. Dengan pertolongan dan panduan dari kawan-kawan seperti Ann dan Farah kerja menjadi lebih mudah



Imran and Sandwich

Mmm. Sedapnya

Nugget dan burger (buatan arab) tak berapa menjadi. Begitu juga kicap ABC buatan Indonesia tidak sesuai dengan tekak Najmi. Puas saya mencari ke Asian Market di Kilbirnie dan Davies Trading di Petone namun tidak nampak bayang kicap ’Cap Kipas Udang’ atau kicap ’Tamin’. Akhirnya deb terpaksa menggunakan ’kreativiti’nya untuk mengubahsuai kicap ’Siam’ bagi memenuhi selera Najmi.



Friday, November 23, 2007

Fardhu Jumaat

Pada minggu awal di Wellington, saya bersembahyang di Masjid di Kilbirnie. Ada lebih kurang 150 jemaah di situ. Masjidnya cantik walaupun saiznya kecil. Ia terletak di tengah-tengah pekan Kilbirnie. Khutbah dibaca oleh Imam dalam bahasa Inggeris. Selepas sembayang ada Jemaah yang menjual Nasi Beriyani (NZ$7.00).



Masjid Kilbirnie

Masjid Kilbirnie

Pada Jumaat baru ini, saya bersembahyang di Masjid Lower Hutt. Ia terletak 10 minit dari rumah baru kami. Apabila tiba di sana, saya dapati ianya sebuah rumah kedai yang disewa. Terdapat label masjid di situ. Jemaahnya pun tidak ramai. Ada lebih kurang 60 orang sahaja. Kalau di Malaysia, masjidnya besar, indah, lengkap dengan pelbagai perhiasan serta jemaah untuk sembahyang jumaat pun ramai. Di Masjid di Lower Hutt ini ia sebaliknya. Namun begitu, Alhamdulillah fardhu jumaat tetap dilaksanakan dengan sempurna. Hati saya menjadi sayu.


Thursday, November 15, 2007

Rumah Baru

Rumah Lower Hutt

(With Sofea and Adam)

Selepas puas mencari rumah di Wellington City, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyewa di Lower Hutt. Ianya lebih murah.Selepas di campur tolak, kami hanya mampu menyewa rumah dengan kadar NZ$300 seminggu. Kadar sewa di Wellington City agak mahal (NZ$ 400-NZ600 seminggu). Itu belum lagi kos parking. Selepas hampir sepuluh buah rumah, akhirnya kami memilih sebuah rumah di Copeland Street, Lower Hutt. Ianya betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi. InsyaAllah, Deb akan ke kelas di Pipitea Street, Thorndon menaiki keretapi. ‘School of Law and Commerce berada betul betul berhadapan Stesen Keretapi Wellington. InsyaAllah kami akan berpindah masuk ke rumah baru ini pada 18 Nov 07.



epuni

(Bunga Rose kot !!!)

Pada hari ini Sabtu (17 Nov 07), kami sekeluarga pergi sekali lagi melawat rumah baru ini. Sebahagian dari beg kami pindahkan ke sana. Selepas itu kami keluar membeli pelbagai barang keperluan. Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami menerima kunjungan dair Balkish dan Abg Ali. Setelah kami teliti 'garden' di hadapan rumah kami, rupa-rupanya sudah banyak tanaman bunga Ros pelbagai warna sedang kembang segar dan harum wangi. Selain itu terdapat juga pokok epal dan anggur di hadapan rumah. Begitu seronok rasa hati.



epuni

(Najmi dan Ain - Watering flowers)

Bila kami melawat ke belakang rumah, alangkah terkejutnya kami kerana tumbuhan seperti Pegaga, Limau Purut, Sadri, Rosemary dan Pudina sudah sedia ada di sana. Teringat kembali semasa di Malaysia, kami tinggal di rumah Pegawai Pembangunan pelajar di UiTM Johor. Kebetulan rumah kami di tingkat 1. Jadi kami tiada tempat untuk 'gardening'.



epuni

Semoga Allah terus melindungi dan memudahkan perjalanan kami sekeluarga di bumi asing ini. Amin.