Kesihatan adalah nikmat Allah yang jarang disyukuri. Bila sakit baru teringat-ingat waktu sihat.
Kami sekeluarga mengharungi ujian 'kesihatan' yang hebat di musim sejuk yang lalu. Empat kali kami sekeluarga terpaksa berehat panjang. Demam silih berganti. Najmi, Ainul, dan Imran pun selalu tidak ke sekolah. Pada ketika itu, rasa ingin balik terus ke Malaysia. Beli tiket, kemas barang, dan cabut balik. Terasa nikmat cuaca panas di Malaysia (satu lagi nikmat yang jarang disyukuri).
Genap tiga bulan yang lalu, Imran di masukkan ke Hutt Hospital. Badannya demam, lemah, dan pelbagai lagi. Sepanjang tempoh tersebut, kami mengambil shift menjaga beliau. Selepas 5 hari beliau sihat kembali, Alhamdulillah. Yang bagusnya, pihak hospital menyediakan satu katil tambahan untuk ibu-bapa, ala-ala kemudahan first class. Yang tak bagusnya, kami terpaksa menunggu selama 4 jam sebelum Imran di masukkan ke Wad.